INDONESIA
Tour Code: PTR01
Bali, Pulau Dewata, adalah syurga di Indonesia yang terkenal dengan pantai yang menakjubkan, teres padi yang subur dan budaya yang meriah.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1 : TIBA DI BALI - ULUWATU TOUR (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Lawatan dimulakan dengan makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Pandawa atau Pantai Melasti yang terkenal dengan pasir putih dan pemandangan laut yang memukau.
Seterusnya, lawatan ke Pura Uluwatu untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang indah di atas tebing laut. Pada sebelah malam, peserta akan menikmati makan malam BBQ makanan laut di Pantai Jimbaran sebelum daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 2 : KINTAMANI – KAMPUNG TRADISIONAL (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke Kampung Tradisional Penglipuran, sebuah perkampungan Bali yang terkenal dengan seni bina tradisional, susun atur yang kemas serta diiktiraf sebagai antara kampung paling bersih di dunia.
Perjalanan diteruskan ke kawasan Kintamani untuk menikmati pemandangan indah Gunung dan Tasik Batur. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan dengan konsep bufet. Seterusnya, peserta dibawa melawat Teres Padi Alas Harum di Ubud serta ladang kopi untuk melihat proses penghasilan kopi tempatan.
Pada sebelah petang, rombongan kembali ke Kuta. Makan malam di restoran tempatan sebelum pulang ke hotel untuk berehat.
- HARI 3 : TANAH LOT TEMPLE – DEPARTURE (SP)
Selepas sarapan pagi, peserta akan daftar keluar hotel. Lawatan diteruskan ke Pura Tanah Lot, sebuah kuil Hindu ikonik yang terletak di atas batu di pesisir pantai dan menjadi antara simbol pelancongan Bali.
Seterusnya, peserta akan singgah untuk aktiviti membeli-belah di Krisna atau pusat beli-belah terpilih sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
- MAKLUMAT HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
|
Ground Only:
- Tusita Kuta Hotel*3 - Stark Boutique Hotel*3 - Solaris Kuta Hotel*3 |
1,080 | 300 | 980 | 650 | 2-3 |
| 1,010 | 300 | 910 | 610 | 4-7 | |
| 980 | 300 | 890 | 590 | 8-10 | |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-DPS-KUL (kos RM800/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong atau berbahasa Melayu (02 - 07 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya, Cuti Sekolah & High Season (Julai - Ogos)
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN