Explore Kyrgyzstan and Kazakhstan

Nomadic Heritage • Silk Road Landscapes • Central Asia Discovery
Tour Code: 

Satu pengembaraan epik merentas dua permata Asia Tengah — Kyrgyzstan dan Kazakhstan — yang menampilkan gabungan landskap semula jadi yang luar biasa serta budaya nomad yang unik. Perjalanan ini membawa anda dari tasik alpine yang jernih dan latar gunung yang megah di Kyrgyzstan, ke hamparan steppe luas dan bandar moden berjiwa tradisi di Kazakhstan.

Setibanya di Almaty, peserta akan disambut mesra oleh wakil tempatan. Seterusnya, peserta akan transfer ke hotel untuk check in masuk sebelum menikmati makan malam di restoran. Bermalam di Almaty.

“Khush Keldiniz” yang bermaksud Selamat Datang.

Selepas sarapan pagi, lawatan bandar Almaty dimulakan dengan kunjungan ke Panfilov Park, taman bersejarah yang dinamakan sempena 28 wira yang gugur demi kebebasan negara. Lawatan diteruskan ke Zenkov Cathedral, antara bangunan paling ikonik di Almaty yang diperbuat sepenuhnya daripada kayu tanpa penggunaan paku logam, serta Memorial Complex Perang Dunia Kedua yang menampilkan nyalaan api abadi.

Seterusnya, peserta dibawa ke Green Bazaar, lokasi terbaik untuk membeli cenderamata, manisan tradisional serta produk tempatan. Selepas makan malam di restoran tempatan, peserta mempunyai masa bebas untuk berehat atau meneroka sekitar bandar. (Optional: night walking tour di Arbat Street). Bermalam di Almaty.

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke Charyn Canyon, destinasi alam semula jadi yang terkenal dengan formasi canyon yang unik dan pemandangan dramatik. Peserta akan menikmati sesi berjalan santai dan photo stop di kawasan canyon sebelum berehat seketika menikmati suasana sekitar.

Lewat petang, perjalanan diteruskan ke perkampungan Saty. Setibanya di sana, peserta daftar masuk penginapan gaya guesthouse dan menikmati makan malam. (Optional: horse riding tour sekitar kampung). Bermalam di Saty.

Selepas sarapan pagi, bergerak ke Kolsai Lake untuk menikmati pemandangan tasik yang indah serta sesi bergambar. Selepas itu, perjalanan diteruskan menuju ke sempadan Kazakhstan–Kyrgyzstan untuk proses imigresen dan formaliti lintasan negara.

Setibanya di Karakol, peserta akan daftar masuk hotel sebelum lawatan bandar ringkas ke Wooden Orthodox Church dan Dungan Mosque yang terkenal dengan seni bina unik berinspirasikan gaya China. Kyrgyzstan merupakan negara berbilang etnik, dan lawatan ini memberi peluang untuk mengenali keunikan budaya serta masyarakat setempat. Makan malam disediakan. (Optional: seasonal fruit picking di kebun tempatan). Bermalam di Karakol.

Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke Jety Oguz, kawasan lembah batu merah yang terkenal dengan panorama semula jadi yang sangat memukau. Perjalanan seterusnya membawa peserta ke Barskoon Gorge, antara lembah tercantik di Kyrgyzstan yang dikelilingi hutan cemara tebal, aliran sungai dan air terjun.

Lawatan diteruskan ke Fairytale Canyon, tarikan popular yang dikenali dengan bentuk batu-batuan unik seolah-olah dunia fantasi. Selepas selesai lawatan, peserta akan check-in di yurt camp yang lengkap dengan kemudahan bilik air dan menikmati makan malam. (Optional: picnic in nature). Bermalam di Tosor.

Selepas sarapan pagi, peserta akan menikmati pengalaman unik menyaksikan Eagle Hunting Show di Bokonboyev — antara aktiviti paling autentik dan ikonik di Kyrgyzstan. Seterusnya, perjalanan diteruskan menuju ke Chon Kemin melalui laluan alam semula jadi yang memukau, gabungan hutan hijau dan tasik yang indah. Dalam perjalanan, peserta akan singgah untuk photo stop di kawasan taman negara dengan pemandangan padang luas yang cantik.

Setibanya di Chon Kemin, peserta daftar masuk penginapan gaya guesthouse dan menikmati makan malam. (Optional: aktiviti berkuda atau short tour menaiki horse-drawn carriage). Bermalam di Chon Kemin.

Selepas sarapan pagi, peserta mempunyai masa santai dan bebas menikmati suasana sekitar National Park yang terkenal dengan keindahan alam serta kawasan konservasi di lembah Chong-Kemin. Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan menuju ke Bishkek.

Dalam perjalanan, peserta singgah ke Oroloyka untuk menaiki cable car dan menikmati pemandangan panoramik dari atas. (Optional: turun menggunakan roller coaster ride). Lawatan diteruskan dengan singgah ke Issyk Ata. (Optional: pengalaman budaya Nomad Horse Game “Kokpar”). Setibanya di Bishkek, peserta daftar masuk hotel dan makan malam disediakan. Bermalam di Bishkek.

elepas sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Chunkurchak dan Ala Archa National Park, antara taman negara paling cantik di Kyrgyzstan dengan pemandangan gunung dan lembah yang menenangkan. Peserta berpeluang berjalan santai hingga ke kawasan air terjun (disarankan memakai kasut yang sesuai untuk hiking ringan).

Selepas lawatan, peserta kembali ke bandar untuk masa bebas. Makan malam di restoran dan bermalam di Bishkek.

Sarapan pagi disediakan dalam bentuk breakfast take-away sebelum peserta memulakan perjalanan menuju ke Almaty.

Setibanya di Almaty, makan tengah hari disediakan sebelum lawatan diteruskan ke Ayusai Gorge untuk menyaksikan keindahan Ayusai Waterfall yang memukau. (Optional: sesi bergambar memakai pakaian tradisional di kompleks Ayusai).

Seterusnya, masa membeli-belah turut diperuntukkan sebelum makan malam di restoran. Bermalam di Almaty.

Sarapan buffet di hotel sebelum masa bebas sehingga jam 11.00 pagi. Peserta akan daftar keluar hotel dan meneruskan lawatan ke Koktobe Hill. (Optional: solo roller coaster). Makan tengah hari disediakan sebelum peserta bergerak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

“Khajyr Sogh Buliniz” — ucapan perpisahan dalam tradisi Kazakh, semoga berjumpa lagi. Tamat program.

HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE
HOTEL BUDGET OPTION 3* HOTEL TOURIST OPTION 4*
7,390 7,890 6 pax
6,490 6,990 8 pax
5,690 6,090 10 pax
1,350 1,800 Single supplement
SENIOR CITIZEN - RM100 / PAX
(58 TAHUN KE ATAS)
LOYALTY CUSTOMER - RM100 / PAX
Penerbangan pergi balik KUL-ALA-KUL (kos RM2,500/seorang)estimate*
Kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL BUDGET OPTION 3* HOTEL TOURIST OPTION 3*
Almaty Alma / Royal Plus Oscar / Plaza
Saty Guesthouse Saty Guesthouse
Karakol Caravan / Tagaytay Ak maral / 78 hotel
Tosor Yurt Camp / Guesthouse Gate Yurt Camp
Chon Kemin Guesthouse Guesthouse
Bishkek Golden / Muras Duo / Plaza
OR SIMILAR HOTELS OF THE SAME CATEGORY

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN