Indonesia

Tour Code: PTR01

Pengembaraan Jakarta & Bandung: Pakej Lengkap untuk Membeli-belah dan Meneroka Tarikan Ikonik!

Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung sama ada melalui lebuh raya atau menaiki Whoosh Speed Train.

Setibanya di Bandung, lawatan bandar dimulakan dengan melalui beberapa mercu tanda utama seperti Gedung Merdeka / Gedung Sate, Jalan Asia Afrika, Alun-Alun Bandung dan Jalan Braga. Seterusnya, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Rumah Kain Sulam serta Factory Outlet terkenal seperti Heritage atau Rumah Mode.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel di Bandung dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan memulakan lawatan ke The Lodge Maribaya, sebuah destinasi popular di kawasan Lembang yang menawarkan suasana alam semula jadi serta spot bergambar yang menarik. Lawatan diteruskan ke Lembang Floating Market, lokasi unik yang menampilkan konsep pasar terapung dengan pelbagai pilihan makanan dan produk tempatan.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum aktiviti membeli-belah di Pasar Baru, yang terkenal dengan jualan kain batik, sutera, baju kurung, telekung, kain sarung serta pelbagai produk makanan tempatan. Singgahan turut dibuat di Kartika Sari untuk membeli ole-ole terkenal Bandung.

Pada sebelah petang, perjalanan diteruskan ke Jakarta sama ada melalui lebuh raya atau menaiki Whoosh Speed Train. Setibanya di Jakarta, makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan lawatan ke The Lodge Maribaya, sebuah destinasi alam semula jadi yang terkenal dengan suasana hijau, udara sejuk dan pelbagai spot bergambar yang menarik. Lawatan diteruskan ke Lembang Floating Market, sebuah tarikan unik yang menampilkan konsep pasar terapung dengan pelbagai pilihan makanan dan produk tempatan.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah di Pasar Baru, yang terkenal dengan jualan kain batik, sutera, baju kurung, telekung, kain sarung serta pelbagai produk makanan tempatan. Peserta juga akan singgah ke Kartika Sari untuk membeli ole-ole popular Bandung serta Bandung Perfume yang menawarkan pelbagai pilihan minyak wangi tempatan.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan memulakan Jakarta City Tour dengan singgahan bergambar di Monumen Nasional (Monas) serta Masjid Istiqlal, mercu tanda utama yang melambangkan sejarah dan kebesaran Jakarta.

Seterusnya, peserta akan diberi masa untuk membeli-belah di Mangga Dua atau Thamrin City Mall, yang terkenal dengan pelbagai pilihan barangan dan cenderamata.

Akhir sekali, peserta akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. 

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan bertolak menuju ke Jakarta sama ada melalui lebuh raya atau menaiki Whoosh Speed Train.

Setibanya di Jakarta, peserta akan terus dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. 

PAKEJ HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only: Bandung: Tebu Hotel3 / Pasar Baru Square Hotel3 / Similar Jakarta: Orchardz Jayakarta Hotel3 / Holiday Inn Express Matraman Hotel3 / Similar 1,160 320 1,050 700 2-3
940 320 850 570 4-7
910 320 820 550 8-10
Additional Whoosh Speed Train Ticket & Transfer: RM200/pax/way - (Jakarta - Bandung OR Bandung - Jakarta)
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-CGK-KUL (kos RM400/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN