INDONESIA
Terokai Pesona Padang hingga Bukittinggi dalam Pengembaraan 3 Hari 2 Malam! 🌄🚗 Nikmati keindahan alam, warisan budaya, dan pengalaman tak terlupakan bersama pakej istimewa kami. Sertai perjalanan ini untuk pengembaraan yang pasti tidak dapat dilupakan!Â
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI BUKITTINGGI - TOUR BUKITTINGGI (MT/MM)
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, peserta akan disambut oleh wakil tempatan MyZarra Travel. Lawatan dimulakan dengan singgah bersarapan di restoran berhampiran (perbelanjaan sendiri).
Perjalanan diteruskan menuju ke Bukittinggi, dengan hentian pertama di Air Terjun Lembah Anai untuk bergambar dan menikmati keindahan alam semula jadi yang ikonik di Sumatera Barat.
Seterusnya, singgah di Pusat Informasi dan Dokumentasi Minangkabau, Padang Panjang, di mana peserta berpeluang menyewa dan bergambar dengan pakaian adat Minangkabau.
Selepas makan tengah hari, lawatan diteruskan ke beberapa lokasi tempatan termasuk pusat sulaman tradisional serta tempat pembuatan kuih bika tradisional Minangkabau yang dikenali sebagai kue neraka.
Pada sebelah petang, tiba di Bukittinggi untuk daftar masuk hotel dan berehat.
Makan malam disediakan di restoran tempatan. Bermalam di Bukittinggi.
- HARI 2: BUKITTINGGI – ISTANA PAGARUYUNG – PADANG (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, daftar keluar dan lawatan dimulakan ke Panorama Baru untuk menikmati pemandangan alam sekitar Bukittinggi. Seterusnya, singgah di kebun salak bagi melihat hasil pertanian tempatan.
Perjalanan diteruskan menuju ke Daerah Pagaruyung. Dalam perjalanan, singgah di beberapa home industry tempatan termasuk Ummi, pusat pembuatan keropok dan pelbagai snek tradisional, serta Kiniko, terkenal dengan pisang salai, kopi tempatan dan aneka makanan ringan Minangkabau.
Selepas makan tengah hari, lawatan diteruskan ke Istana Raja Minangkabau di Pagaruyung, ikon kebanggaan budaya dan sejarah Minangkabau.
Kemudian, perjalanan diteruskan ke Padang. Setibanya di sana, makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel untuk berehat. Bermalam di Padang.
- HARI 3: PADANG CITY TOUR – AIRPORT (SP)
Selepas sarapan pagi di hotel, daftar keluar dan lawatan bandar Padang City Tour dimulakan. Antara lawatan termasuk Pasar Mudik dan Pasar Gadang (Kota Tua) yang terkenal dengan suasana tempatan serta aktiviti perdagangan tradisional.
Seterusnya, singgah di Pelabuhan Muara, pelabuhan lama yang menyimpan sejarah awal bandar Padang, sebelum meneruskan lawatan ke Kampung China yang kaya dengan pengaruh budaya dan seni bina klasik.
Perjalanan diteruskan ke Jambatan Siti Nurbaya, ikon legenda Minangkabau, sebelum menikmati pemandangan santai di Pantai Padang.
Selesai lawatan, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tamat perjalanan. Alhamdulillah.
- MAKLUMAT HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
| Ground Only: Bukittinggi: Monopoli Inn 3*/ Grand Bunda 3*/similar Padang: Axana 4*/Whiz 3*/similar | 760 | 300 | 570 | 460 | 4 |
| 740 | 300 | 560 | 450 | 5-6 | |
| 700 | 300 | 530 | 420 | 7-9 | |
| 680 | 300 | 510 | 400 | 10 | |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-PDG-KUL (kos RM500/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan di hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong atau berbahasa Melayu (02 - 10 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Pertunjukan Kebudayaan Minangkabau
- Porter di Airport
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- HARGA KANAK-KANAK:
- Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah adalah percuma.
- Kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun dengan tilam tambahan dikenakan bayaran sebanyak 75% daripada harga dewasa.
- Kanak-kanak tanpa tilam tambahan dikenakan bayaran sebanyak 60% daripada harga dewasa.
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN