Menelusuri Warisan Melayu & Kesultanan Siak

Tour Code: BT01

Terokai Pekanbaru dan Siak Sri Indrapura dalam perjalanan 3 Hari 2 Malam yang menggabungkan warisan Melayu Riau, sejarah Kesultanan Siak dan tarikan ikonik tempatan. Lawati Masjid An-Nur, Balai Adat Melayu, Pasar Bawah serta Mahad Tafaqquh sebelum meneruskan perjalanan ke Istana Siak Sri Indrapura dan Makam Diraja Kesultanan Siak. Nikmati juga suasana Pekanbaru, peluang membeli-belah produk tempatan dan kunjungan ke Asia Heritage sebelum pulang.

PAKEJ HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/ BERTIGA
KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only: -
Pekanbaru: Cititel 3* / Grand Jatra 4*
OR similar
1,090 820 550 2
890 670 450 4- 6
800 600 400 8 - 10
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru, anda akan disambut oleh wakil tempatan sebelum dibawa ke restoran tempatan untuk menikmati makan tengah hari. Perjalanan kemudian dimulakan dengan lawatan ke Mahad Tafaqquh, sebuah institusi pendidikan yang memberi fokus kepada pengajian Islam serta hafazan Al-Quran.

Seterusnya, kunjungi Masjid An-Nur, masjid utama yang menjadi antara mercu tanda penting masyarakat Riau. Perjalanan diteruskan ke Balai Adat Melayu untuk sesi bergambar. Bangunan ini merupakan antara ikon yang mengetengahkan adat, budaya dan warisan masyarakat Melayu Riau.

Selepas itu, singgah di Pasar Bawah, pasar tradisional yang terkenal di Pekanbaru, sebelum menikmati suasana Pekanbaru Citywalk dan meneroka pilihan kulinari tempatan. Setelah selesai aktiviti hari pertama, daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke Siak Sri Indrapura. Dalam perjalanan, anda akan melalui Jambatan Tengku Agung Sultanah Latifah, salah satu mercu tanda utama yang merentasi Sungai Siak.

Setibanya di Siak, kunjungi Istana Siak Sri Indrapura, peninggalan terkenal Kesultanan Siak Sri Indrapura. Lawatan diteruskan ke Makam Marhum Buatan, pengasas Kesultanan Siak Sri Indrapura, serta kawasan makam keluarga Diraja Siak.

Anda kemudiannya diberikan masa untuk meneroka kawasan Masjid Kerajaan Siak atau menikmati suasana di sekitar Sungai Siak. Selepas selesai lawatan, bertolak kembali ke Pekanbaru dan singgah membeli-belah produk tempatan sebelum kembali ke hotel.

Nikmati sarapan pagi di hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Asia Heritage, salah satu tarikan pelancongan di Pekanbaru yang mempunyai konsep unik dan menarik.

Di sini, pengunjung berpeluang merasai suasana dan seni bina yang diinspirasikan daripada empat buah negara dalam satu lokasi, iaitu Indonesia, Korea, Jepun dan China. Kawasan ini sesuai untuk berjalan santai serta merakam gambar kenangan sebelum meninggalkan Pekanbaru.

Setelah selesai lawatan, anda akan dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II untuk penerbangan pulang. 

Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.

 

Tertakluk kepada terma & syarat.