Indonesia

Tour Code: PTR01

Jakarta ialah destinasi yang menarik untuk membeli-belah. Dengan lebih daripada 150 pusat beli-belah dan pasar, pelancong mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih tempat membeli-belah mereka di Jakarta.

Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, para peserta akan disambut oleh wakil dan pemandu pelancong tempatan sebelum menikmati makan tengah hari di restoran tempatan. Seterusnya, meneruskan Jakarta City Tour meliputi lawatan ke Monas (Monumen Nasional), Masjid Istiqlal dan kawasan bersejarah Fatahilah Square. Perjalanan diteruskan ke Mangga Dua, pusat membeli-belah popular yang menawarkan pelbagai barangan pada harga menarik.

Selesai lawatan, makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel dan masa bebas.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa melawat Taman Mini Indonesia Indah, taman budaya yang menampilkan kepelbagaian etnik dan seni bina tradisional seluruh Indonesia.

Seterusnya, makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah di Thamrin City Mall, pusat jualan pakaian dan batik terkenal di Jakarta. Pada sebelah petang, lawatan diteruskan ke Aloha Beach, Pantai Indah Kapuk, diikuti masa membeli-belah dan santai di kawasan PIK by The Sea, antara lokasi gaya hidup dan waterfront paling popular di Jakarta.

Setelah makan malam di restoran tempatan, peserta kembali semula ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa untuk sesi membeli-belah di Tanah Abang, pusat tekstil dan pakaian terbesar di Jakarta yang menawarkan pelbagai pilihan pada harga menarik.

Setelah selesai, peserta akan dihantar ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta untuk penerbangan pulang.

PAKEJ HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
ORCHARDZ JAYAKARTA HOTEL*3 / HOLIDAY INN EXPRESS MATRAMAN HOTEL*3 / SIMILAR 1,060 310 960 640 2-3
900 310 810 550 4-7
860 310 780 520 8-10
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-CGK-KUL (kos RM400/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN