INDONESIA

Hayati sejarah yang kaya, mercu tanda ikonik, dan budaya meriah Surabaya, dari tapak warisan hingga tarikan moden. Sesuai untuk pengalaman yang tidak terlupakan!

Tiba di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya. Rombongan akan disambut oleh pemandu pelancong. Nikmati lawatan Surabaya Discovery dengan melawat Monumen Kapal Selam (Monkasel), Monumen Pahlawan (Tugu Pahlawan), dan Zoo Surabaya yang menempatkan Komodo, biawak terbesar di dunia. Selepas itu, daftar masuk hotel dan makan malam di restoran tempatan.

Sarapan pagi di hotel, kemudian lawatan diteruskan ke Masjid dan Makam Sunan Ampel, masjid tertua di Surabaya yang dibina oleh Raden Rahmatullah pada tahun 1421. Tempat ini menceritakan kisah istimewa tentang Sunan Ampel, salah seorang anggota Walisongo (sembilan wali) yang menyebarkan Islam di Jawa. Anda juga berpeluang membeli-belah di kawasan Arab Quarter. Seterusnya, melawat Masjid Cheng Ho, masjid pertama di bandar ini yang reka bentuknya menyerupai kuil Buddha atau Tao.

Lawatan diteruskan ke bandar Sidoarjo untuk singgah membeli-belah di Tanggulangin, terkenal dengan produk kulit pada harga yang sangat berpatutan. Kemudian, singgah di Mitra Shop untuk membeli keropok udang, keropok ikan, dan pelbagai snek tradisional tempatan. Selepas itu, melawat Indah Embroidery Moslem Fashion Store.

Seterusnya, kembali ke bandar Surabaya dan melawat Tunjungan Plaza Shopping Mall atau Grand City Mall. Akhir sekali, kembali ke hotel untuk bermalam.

Selepas sarapan pagi, masa bebas untuk aktiviti sendiri sehingga waktu berlepas. Anda akan dijemput oleh pemandu pelancong kami untuk dihantar ke lapangan terbang Surabaya.

PENGINAPAN HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only: Surabaya - Santika Premier Gubeng Hotel *4 / Malang - Santika Premier Hotel *4 / Bromo - Grand Whiz Hotel *2 1,110 320 1,000 700 2-3
980 320 880 560 4-7
950 320 860 570 8-10
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-SUB-KUL (kos RM500/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

The above itineraries are to be used as guide, may change slightly.

TERMS & CONDITIONS APPLY!