Indonesia
Indonesia, dan lebih tepat lagi Gili Trawangan di Pulau Lombok! Dikenali dan diiktiraf dengan pantai idamannya, gunung berapi yang menyedut api, penduduknya yang tersenyum, dan landskapnya yang mempesonakan, Lombok pastinya mesti dilawati di seluruh dunia!
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI LOMBOK - SASAK TOUR (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan sebelum memulakan lawatan ke Sasak Sade Village, sebuah perkampungan tradisional masyarakat Sasak yang masih mengekalkan adat, budaya serta seni bina asal rumah-rumah tradisional mereka.
Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum lawatan diteruskan ke Kuta Beach (Mandalika) atau Putri Nyale Beach, antara kawasan pantai terkenal di Lombok yang menawarkan pemandangan laut yang indah.
Seterusnya, singgah untuk sesi bergambar di hadapan Mandalika Circuit sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Aan Beach, yang terkenal dengan pasir putih dan air laut yang jernih.
Lawatan diteruskan ke Merese Hill, sebuah kawasan bukit yang menawarkan panorama laut dan landskap semula jadi yang luas. Selepas itu, peserta akan mengunjungi Sukarara Village, sebuah perkampungan kraftangan tenunan yang terkenal dengan tekstil tradisional Lombok serta kain tenun ikat.
- HARI 2: GILI TRAWANGAN (S/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan singgahan di Malimbu Hill untuk sesi bergambar sambil menikmati panorama tiga pulau Gili iaitu Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan.
Seterusnya, bertolak ke Pelabuhan Teluk Nare untuk menaiki Glass Bottom Boat menuju ke Gili Trawangan. Peserta turut berpeluang menikmati pengalaman island hopping di sekitar Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air.
Sepanjang berada di kawasan Gili, peserta boleh menikmati pelbagai aktiviti pilihan seperti menyelam, berbasikal mengelilingi pulau serta aktiviti sukan air lain atas perbelanjaan sendiri.
Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke Lombok.
Setibanya di Lombok, peserta akan diberikan masa untuk membeli-belah cenderamata, makanan tradisional serta mutiara Lombok yang terkenal dengan kualiti dan harga yang berpatutan.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 3: DEPARTURE - PANTAI SENGGIGI TOUR (S)
Selepas sarapan pagi di hotel, daftar keluar dan bersiap untuk perjalanan pulang.
Seterusnya, anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok untuk penerbangan pulang.
Dengan itu, berakhirlah perjalanan anda di Lombok dengan membawa pulang kenangan indah sepanjang percutian.
- MAKLUMAT HARGA
| PENGINAPAN | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
|
Ground Only: - Fave Hotal 3* -Grand Madani 3* - Montana 3* - Puri Saron 3* |
1,130 | 320 | 1,020 | 680 | 2-3 |
| 950 | 320 | 900 | 580 | 4-7 | |
| 890 | 320 | 800 | 540 | 8-10 | |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-LOP-KUL (kos RM600/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong atau berbahasa Melayu (02 - 07 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Air Mineral setiap hari
- Kain selendang Lombok sebagai hadiah alu-aluan
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- Lawatan tambahan
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Mac 2027
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN