Indonesia
Lihat Keunikan Banda Aceh! 🌟 Dari seni warisan hingga kecantikan alamnya yang menakjubkan, sertai perjalanan kami ke destinasi yang memikat hati. Nikmati pengalaman tak terlupakan di Banda Aceh bersama pakej istimewa kami! 🏞️🌊
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI BANDA ACEH - BANDA ACHEH TOUR (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, rombongan anda akan disambut oleh tour guide. Dalam perjalanan, anda akan singgah di kawasan kuburan beramai-ramai mangsa tsunami di Kampung Siron sebelum meneruskan lawatan ke Kapal PLTD Apung.
Selepas itu, anda akan menikmati makan tengah hari di restoran tempatan sebelum menuju ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.
Lawatan diteruskan ke Masjid Baiturrahim Ulee Lheue dan Escape Building, yang merupakan simbol ketahanan dan sejarah Aceh. Selepas itu, anda akan menikmati makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 2: FULL DAY TOUR BANDA ACHEH (S/MT/MM)
Sarapan di hotel sebelum memulakan lawatan ke Masjid Raya Baiturrahman, Muzium Aceh, Gunongan atau Taman Putro Phang, serta Muzium Tsunami. Selepas itu, makan tengah hari akan disediakan di restoran tempatan.
Perjalanan diteruskan dengan membeli-belah cenderahati khas Aceh dan lawatan ke Kapal di Atas Rumah. Hari anda diakhiri dengan makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 3: FULL DAY TOUR BANDA ACHEH (S/MT/MM)
Sarapan di hotel. kemudian mulakan aktiviti membeli-belah di Pasar Aceh, pusat pelbagai barangan seperti pakaian, tudung, jubah, seluar, kasut, dan keperluan solat. Lawatan diteruskan ke Kubah yang terdampar di tengah sawah, simbol sejarah tsunami Aceh.
Selepas itu, makan tengah hari akan disediakan di restoran tempatan. Seterusnya, anda akan membeli oleh-oleh di Pusat Kuih Khas Aceh, diikuti dengan lawatan ke Masjid Rahmatullah dan menikmati keindahan Pantai Lam Puuk.
Aktiviti hari ini diakhiri dengan makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 4: DEPARTURE - SULTAN ISKANDAR MUDA AIRPORT (S)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Kemudian, anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, menandakan tamatnya perjalanan anda.
- MAKLUMAT HARGA
| PENGINAPAN | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
| Ground Only: Grand Permata Hati / Oasis / Hip Hop Hotel / Similar | 1,095 | - | 1,095 | 550 | 2 |
| 955 | - | 955 | 480 | 3-5 | |
| 910 | - | 910 | 455 | 6-8 | |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-BTJ-KUL (kos RM500/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK :
- Penginapan hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong (berbahasa Melayu) (02 - 07 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Tips untuk pemandu dan tour guide
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- HARGA KANAK-KANAK:
- Harga kanak-kanak (02 – 11 Tahun): 100% Bilik Kongsi
- Harga kanak-kanak (02 – 11 Tahun): 50% Tiada Katil
- Untuk Bayi, akan berkongsi makan dan tidur dengan ibu bapa dan oleh itu FOC.
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
The above itineraries are to be used as guide, may change slightly.
TERMS & CONDITIONS APPLY!