TAIWAN
Discover The Best of Taipei & Northern Taiwan Experience
Tour Code: TLT01
Nikmati pengalaman 4 Hari 3 Malam yang membawa anda meneroka tarikan paling popular di Taipei dan Utara Taiwan. Dari keindahan alam semula jadi di Yehliu Geopark dan pengalaman Sky Lantern di Shifen hingga ke mercu tanda ikonik, budaya tempatan dan destinasi membeli-belah terkenal, perjalanan ini menawarkan pengalaman Taiwan yang lengkap dalam masa yang singkat.
- SENARAI HARGA:
| PENGINAPAN | HARGA SEORANG (MYR) | SAIZ KUMPULAN (PAX) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| HARGA BILIK BERDUA / BERTIGA | ||||||
| DEWASA | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK - KANAK TANPA KATIL | ||||
| 3 nights at 3* Delight Hotel or similar | 3,730 | 3,170 | 2,240 | 2 - 3 | ||
| 2,700 | 2,300 | 1,620 | 4 - 7 | |||
| 3,010 | 2,560 | 1,810 | 8 - 10 | |||
| ANGGARAN KOS PENERBANGAN PERGI BALIK KUL- TPE - KUL (RM2,300/PAX)* | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel 3 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara (Makanan Halal)
- Tiket masuk dan aktiviti seperti yang dinyatakan dalam aturcara
- Pengangkutan persendirian sepanjang lawatan (maksimum 10 jam sehari)
- Perkhidmatan pemindahan pergi dan balik lapangan terbang (Airport Transfer)
- Pemandu merangkap pemandu pelancong berbahasa Inggeris (untuk 2 - 9 pax)
- 1 Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris & 1 Pemandu (untuk minibus dan ke atas)
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Harga yang dinyatakan tidak termasuk perkhidmatan porter dan perbelanjaan peribadi.
- Insurans perjalanan.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- Kadar harga adalah tertakluk kepada perubahan semasa musim cuti umum, pameran antarabangsa dan tarikh-tarikh tertentu (blackout dates).
- Blackout dates 2026: 19 – 21 Jun | 25 – 28 Sept | 9 – 11 Okt | 24 – 26 Dis
- Blackout dates 2027: 1 – 3 Jan | 4 – 10 Feb | 27 Februari – 1 Mac
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.
- ITINERARI PAKEJ
- HARI 1: KUALA LUMPUR - TAIPEI
Perjalanan dimulakan dengan penerbangan menuju ke Taipei, ibu negara Taiwan yang terkenal dengan gabungan budaya tradisional, pembangunan moden dan kehidupan bandar yang dinamik.
Setibanya di Lapangan Terbang Taoyuan, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat. Masa selebihnya adalah bebas untuk menikmati suasana sekitar atau meneroka kawasan berhampiran hotel.
Bermalam di Taipei.
- HARI 2: TAIPEI - NEW TAIPEI CITY (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan ke Yehliu Geopark, sebuah kawasan geopark yang terkenal dengan formasi batuan unik hasil hakisan semula jadi selama ribuan tahun. Antara tarikan paling terkenal di sini ialah batuan ikonik Queen’s Head yang menjadi simbol Yehliu.
Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Shifen Old Street, sebuah pekan lama yang terkenal dengan landasan kereta api yang merentasi kawasan kedai dan restoran tempatan. Di sini, peserta berpeluang menyertai Sky Lantern Experience, satu tradisi popular Taiwan di mana tanglung dilepaskan ke udara sambil membawa harapan dan doa.
Lawatan diteruskan ke Taipei 101, bangunan ikonik yang pernah menjadi pencakar langit tertinggi di dunia. Masa diberikan untuk menikmati suasana sekitar serta pusat beli-belah yang terletak di dalam kompleks tersebut. (Tidak termasuk tiket masuk ke dek pemerhatian.)
Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Bermalam di Taipei.
- HARI 3: TAIPEI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan dengan Pineapple Cake Experience, peluang untuk mengenali dan merasai sendiri salah satu makanan tradisional yang paling terkenal di Taiwan.
Lawatan diteruskan ke Chiang Kai Shek Memorial Hall, mercu tanda bersejarah yang dibina bagi memperingati bekas Presiden Republik China. Kompleks ini terkenal dengan seni bina yang megah serta dataran yang luas.
Selepas makan tengah hari, kunjungi Taipei Grand Mosque, masjid terbesar di Taiwan yang menjadi pusat komuniti Muslim tempatan sejak tahun 1960.
Kemudian, nikmati masa bebas di Ximending Shopping District, kawasan membeli-belah dan hiburan yang paling popular di Taipei. Kawasan ini terkenal dengan pelbagai pilihan kedai, makanan tempatan, butik fesyen serta suasana bandar yang meriah.
Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Bermalam di Taipei.
- HARI 4: TAIPEI - KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Taoyuan untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Maka berakhirlah percutian di Taiwan yang memperkenalkan keunikan budaya, sejarah, kulinari dan kehidupan moden Taipei yang menjadikan destinasi ini antara bandar paling menarik untuk diterokai di Asia.
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Mac 2027
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!