CHIANG MAI

Discover Chiang Mai Beyond the City – Nature, Culture & Authentic Moments

Tour Code: ST001

Perjalanan ini membawa anda menikmati keindahan Chiang Mai melalui gabungan lawatan bandar, pengalaman budaya tempatan, aktiviti alam semula jadi dan masa santai dalam satu itinerari yang lengkap dan seimbang.

TYPE OF PACKAGE PRICE PER PERSON (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BASED ON TWIN / TRIPLE SHARING ROOM
TWIN/ TRIPLE SINGLE SUPP CHILD WITH BED CHILD NO BED
Ground only: Casamorroc / Arch Hotel or similar 2,090 405 1,570 1,050 2 - 3
1,640 405 1,230 820 4 - 5
1,380 405 1,040 700 6 - 9
Penerbangan pergi balik KUL-CNX-KUL (kos RM800/seorang)* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih

Berkumpul di lapangan terbang untuk penerbangan ke Chiang Mai. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum memulakan lawatan pengenalan bandar.

Lawatan dimulakan dengan City Orientation Tour meliputi beberapa mercu tanda utama seperti Three Kings Monument, Thapae Gate, dan City Moat yang menjadi simbol sejarah bandar Chiang Mai.NSeterusnya, peserta akan dibawa melawat masjid pertama di Chiang Mai serta kawasan komuniti Muslim tempatan, memberi gambaran kehidupan masyarakat Islam di bandar ini.

Lawatan diteruskan ke Mae Kha Canal Walking Street, sebuah kawasan yang diinspirasikan daripada suasana Jepun, terkenal dengan laluan tepi terusan yang cantik serta kedai-kedai kecil yang unik. Makan malam akan disajikan dalam bentuk Kantoke Dinner bersama persembahan kebudayaan (Halal) sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Chiang Mai.

Sarapan pagi di hotel. Lawatan hari ini dimulakan dengan kunjungan ke Dantewada – Land of Angels, sebuah taman landskap yang terkenal dengan suasana indah, dekorasi kreatif dan spot fotografi yang unik. Peserta turut menikmati satu minuman ringan sambil menikmati pemandangan sekitar.

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Mae Taeng Elephant Camp untuk menyaksikan persembahan gajah yang memaparkan kebolehan haiwan ini dalam aktiviti harian. Peserta juga berpeluang merasai pengalaman menaiki gajah selama kira-kira 30 minit di kawasan sekitar. Lawatan diteruskan ke Long Neck Hill Tribe Village, di mana peserta dapat melihat kehidupan masyarakat etnik tempatan yang masih mengekalkan tradisi unik mereka.

Pada sebelah petang, peserta akan dibawa ke Festival Central Mall, pusat membeli-belah terbesar di Chiang Mai, untuk masa bebas membeli-belah atau bersantai. Makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Chiang Mai.

Sarapan pagi di hotel. Lawatan hari ini dimulakan dengan pengalaman santai di kawasan taman hijau yang tenang, di mana peserta berpeluang menikmati suasana alam semula jadi sambil mencuba pakaian tradisional Thai serta menikmati hidangan ringan seperti kopi dan mango sticky rice.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Royal Flora Garden, taman landskap yang luas dan indah, di mana peserta akan menaiki tram untuk meneroka pelbagai taman bertema dan kawasan bunga yang berwarna-warni. Kemudian, peserta akan dibawa ke Baan Kang Wat Artist Village, sebuah perkampungan seni yang unik, dipenuhi dengan galeri kecil, kafe dan kedai kraftangan tempatan yang memaparkan hasil seni kreatif komuniti setempat.

Pada waktu petang, masa bebas di Chiang Mai Night Bazaar, salah satu pasar malam paling terkenal di Chiang Mai, sesuai untuk membeli-belah, menikmati makanan tempatan serta merasai suasana malam bandar ini. Makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Chiang Mai.

Sarapan pagi di hotel dan urusan daftar keluar. Peserta kemudiannya akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN