VIETNAM
Jadual ringkas untuk pengalaman yang seronok dalam tiga lokasi yang menarik – Da Lat, Mui Ne & Ho Chi Minh.
- BUTIRAN HARGA:
| TYPE OF PACKAGE | PRICE PER PERSON (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| BASED ON TWIN / TRIPLE SHARING ROOM | ||||||
| TWIN/ TRIPLE | CHILD WITH BED | CHILD NO BED | ||||
| Ground only: Alunar Hotel, Nicecy Boutique Hotel or similar | 2,050 | 1,550 | 1,050 | 2 | ||
| 1,590 | 1,200 | 800 | 3-4 | |||
| 1,390 | 1,050 | 700 | 5-8 | |||
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-DLI-KUL (kos RM700/seorang)* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel 3 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan.
- Sarapan pagi di hotel, makan tengah hari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Pengangkutan yang selesa sepanjang lawatan.
- Tiket masuk lawatan mengikut aturcara.
- Kereta kabel di Robin Hill
- Roller Coaster di Datanla Waterfall
- Kereta Jeep di White Sand Dune
- Tour guide berbahasa Melayu / Inggeris.
- Air mineral (1 botol/pax/hari)
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan
- Tips untuk guide & driver (RM75/pax/hari)
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Selain dari yang dinyatakan dalam itineri
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI DALAT - CITY TOUR (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Lien Khuong, para tetamu akan disambut oleh pemandu pelancong sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Bandar Dalat, yang dikenali sebagai permata tanah tinggi Vietnam Tengah.
Dalat terkenal dengan persekitarannya yang seakan taman, cuaca nyaman sekitar 15°C hingga 24°C, serta cahaya matahari sepanjang tahun. Keadaan ini mewujudkan landskap semula jadi yang indah, termasuk air terjun, bukit pine, tasik, hutan hijau serta taman-taman yang subur.
Setibanya di Dalat, nikmati makan tengah hari di restoran halal, diikuti dengan daftar masuk hotel. Pada sebelah petang, lawatan diteruskan ke Stesen Kereta Api Lama Dalat dan Tasik Xuan Huong untuk sesi fotografi menikmati pemandangan yang cantik dan tenang.
Seterusnya, kunjungi Puppy Farm, di mana para tetamu berpeluang bermain dan bergambar bersama anak-anak anjing yang comel dan terjaga rapi. Lawatan ini turut menawarkan pengalaman Alpine Rainbow yang sesuai untuk semua peringkat umur, menjanjikan detik-detik keseronokan dan kenangan manis.
Makan malam dan bermalam di Dalat. Pada waktu malam, para tetamu bebas meneroka Pasar Malam Dalat.
- HARI 2: DALAT CITY TOUR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan ke Robin Hill dan menaiki kereta kabel hingga ketinggian kira-kira 2,300 meter, menikmati pemandangan panorama yang menakjubkan. Setibanya di stesen, lawatan diteruskan ke Biara Zen Truc Lam untuk bergambar dan menikmati suasana yang tenang.
Seterusnya, kunjungi Clay Tunnel (Sculpture Tunnel) yang menampilkan gabungan seni arca dan alam semula jadi, termasuk tarikan ikonik Infinity Lake.
Makan tengah hari di restoran halal sebelum meneruskan lawatan ke Fresh Garden, sebuah taman bunga yang terkenal dengan landskap indah dan miniatur unik.
Lawatan diakhiri di Datanla Waterfall. di mana para tetamu berpeluang menaiki roller coaster gunung terpanjang di Asia Tenggara yang meluncur di tengah hutan pine Dalat.
Makan malam di restoran halal dan bermalam di Dalat.
- HARI 3: DALAT - MUI NE - HO CHI MINH (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar dan meneruskan perjalanan darat ke Mui Ne (anggaran 3–4 jam). Mui Ne dikenali sebagai “ibu kota resort” Vietnam, dengan deretan resort di sepanjang pesisir pantai.
Setibanya di Mui Ne, lawatan dimulakan ke White Sand Dunes, antara landskap gurun tercantik di Vietnam. Nikmati pemandangan bukit pasir yang luas dengan dua tasik semula jadi serta kolam teratai yang mewujudkan suasana alam yang sangat indah. Pengalaman diteruskan dengan menaiki Jeep merentasi Saddle Desert, sambil menikmati pemandangan panorama Mui Ne dan melihat aktiviti harian perkampungan nelayan dari kawasan tinggi.
Makan tengah hari di restoran halal sebelum meneruskan perjalanan ke Ho Chi Minh City. Setibanya di bandar, lawatan ringkas ke Katedral Notre Dame (Red Cathedral), Bangunan Pejabat Pos Lama, People’s Committee Hall dan Book Street.
Daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam di Ho Chi Minh City.
- HARI 4: HO CHI MINH - DEPARTURE (SP)
Sarapan pagi di hotel. Nikmati masa santai sebelum bertolak ke airport untuk penerbangan balik ke Malaysia.
- NOTES & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj untuk Krismas, Tahun Baru dan Hari Raya
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN