Indonesia

Tour Code: PTR01

Jakarta & Bandung + Lawatan Istimewa Kawah Putih: Pakej Unik dengan Pengalaman Membeli-belah, Alam Semula Jadi, dan Keindahan Kawah Berwarna!

Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung sama ada melalui lebuh raya atau menaiki Whoosh Speed Train.

Setibanya di Bandung, lawatan bandar dimulakan dengan melalui beberapa lokasi utama seperti Gedung Merdeka / Gedung Sate, Jalan Asia Afrika, Alun-Alun dan Jalan Baraga. Seterusnya, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Rumah Kain Sulam serta Factory Outlet pilihan seperti Heritage atau Rumah Mode.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel di Bandung dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan bertolak menuju ke kawasan Ciwidey dengan perjalanan kira-kira 2 jam untuk melawat Kawah Putih, sebuah tasik kawah gunung berapi yang terkenal dengan warna putih kehijauan dan suasana berkabus yang unik. Lawatan diteruskan ke Glamping Lakeside, lokasi tasik yang menawarkan pemandangan indah, sebelum singgah ke Strawberry Farm untuk membeli strawberi segar (atas perbelanjaan sendiri).

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum perjalanan diteruskan kembali ke Bandung City. Setibanya di Bandung, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Cibaduyut Shoes Center, pusat industri rumah yang terkenal dengan barangan kulit seperti kasut dan beg, diikuti singgahan ke Bandung Perfume.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan meneruskan lawatan ke kawasan Lembang dengan mengunjungi The Lodge Maribaya, destinasi alam semula jadi yang terkenal dengan suasana hijau, udara sejuk serta pelbagai spot bergambar yang menarik. Lawatan diteruskan ke Lembang Floating Market.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum peserta menikmati aktiviti membeli-belah di Pasar Baru yang terkenal dengan kain batik, baju kurung, telekung dan sarung.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum perjalanan diteruskan ke Jakarta melalui lebuh raya atau menaiki kereta api laju Whoosh. Setibanya di Jakarta, peserta akan daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan meneruskan lawatan ke The Lodge Maribaya dan Lembang Floating Market, destinasi pelancongan popular yang menawarkan suasana alam semula jadi yang indah serta pelbagai tarikan menarik.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum peserta menikmati aktiviti membeli-belah di Pasar Baru yang terkenal dengan kain batik, baju kurung, telekung, sarung serta pelbagai produk makanan tempatan. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Kartika Sari untuk membeli pelbagai pilihan produk makanan dan buah tangan tempatan.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan meneruskan lawatan bandar Jakarta dengan mengunjungi Monas dan Masjid Istiqlal. Seterusnya, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Mangga Dua atau Thamrin City Mall.

Kemudian, peserta akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. Semoga berjumpa lagi dalam pakej pelancongan yang akan datang.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan perjalanan diteruskan ke Jakarta melalui lebuh raya atau menaiki kereta api laju Whoosh. Setibanya di Jakarta, peserta akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. Semoga berjumpa lagi dalam pakej pelancongan yang akan datang.

PAKEJ HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only: Bandung: Tebu Hotel3 / Similar Jakarta: Holiday Inn Express Menteng Hotel3 / Similar 1,500 230 1,350 900 2-3
1,190 230 1,080 720 4-7
1,150 230 1,040 690 8-10
Additional Whoosh Speed Train Ticket & Transfer: RM160/pax/way - (Jakarta - Bandung OR Bandung - Jakarta)
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-CGK-KUL (kos RM400/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN