INDONESIA

Tour Code: PTR01

Pengembaraan Pulau Komodo: Jelajah Ikonik Alam Liar, Island Hopping & Keajaiban Lautan Timur Indonesia

Setibanya di Lapangan Terbang Komodo, Labuan Bajo, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Lawatan diteruskan ke Amelia Hill, salah satu lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di Labuan Bajo.

Peserta akan melakukan pendakian ringan sambil menikmati panorama laut dan pulau-pulau sekitarnya yang memukau.

Selepas itu, makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel (disediakan dalam bentuk breakfast box), peserta akan dijemput dari hotel sekitar jam 5.40 hingga 6.15 pagi sebelum bertolak terus ke pelabuhan untuk urusan daftar masuk bot. Tepat jam 6.30 pagi, pelayaran bermula menaiki bot laju menuju ke beberapa destinasi ikonik di sekitar Taman Negara Komodo, termasuk Pulau Padar, Pink Beach, Pulau Komodo, Taka Makassar dan Manta Point.

Sepanjang lawatan, peserta berpeluang menikmati pemandangan pulau-pulau eksotik, pantai berpasir merah jambu serta laut biru jernih yang menjadi kebanggaan Labuan Bajo.

Makan tengah hari disediakan dalam bentuk lunch box. Pada sebelah petang, bot akan kembali ke Labuan Bajo dan dijangka tiba sekitar jam 4.30 hingga 5.00 petang.

Peserta kemudian dihantar semula ke hotel untuk berehat dan menikmati masa bebas. Makan malam adalah atas perbelanjaan sendiri.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dijemput sekitar jam 9.00 pagi untuk memulakan lawatan hari ini. Destinasi pertama ialah Melo Village, sebuah perkampungan tanah tinggi di Labuan Bajo yang menawarkan pemandangan landskap hijau yang luas dengan latar langit biru, terletak pada ketinggian kira-kira 624 meter dari paras laut.

Lawatan diteruskan ke Weaving House, di mana peserta dapat melihat secara dekat proses tenunan tradisional serta kepelbagaian tekstil khas Nusa Tenggara Timur. Di sini, peserta juga berpeluang menikmati kopi Flores di kawasan sawah padi (perbelanjaan peribadi).

Seterusnya, peserta dibawa ke Mirror Stone Cave, sebuah gua unik yang terletak di dalam bukit berbatu gelap, terkenal dengan pantulan cahaya matahari pada dinding gua yang menghasilkan kesan seperti cermin. Perjalanan diteruskan dengan menaiki bot selama kira-kira 30 minit menuju ke Goa Rangko, sebuah gua air masin jernih yang sesuai untuk berenang dan bergambar.

Sebelum pulang, peserta akan singgah untuk membeli cenderamata tempatan di sekitar Labuan Bajo. Makan tengah hari dan makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta dihantar kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel dan urusan daftar keluar, peserta akan dihantar ke Lapangan Terbang Komodo untuk penerbangan pulang. 

PAKEJ HARGA SEORANG (MYR)
BERDUA/BERTIGA
KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL GROUP SIZE (PAX)
Ground Only: FLAMINGO WAECICU / ZASGO HOTEL *3 2,400 2,160 1,440 2-3
2,060 1,860 1,240 4-5
2,010 1,810 1,210 6-7
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-LBJ-KUL (kos RM1,500/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN