Indonesia

Tour Code: PTR01

Pakej Lombok Indonesia 4 Hari 3 Malam: Menikmati keindahan alam Lombok, melawat pantai-pantai yang menakjubkan, desa tradisional Sasak, dan pulau Gili Trawangan.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan sebelum memulakan lawatan ke Sasak Sade Village, sebuah perkampungan tradisional masyarakat Sasak yang masih mengekalkan adat, budaya serta seni bina asal rumah-rumah tradisional mereka.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum lawatan diteruskan ke Kuta Beach (Mandalika) atau Putri Nyale Beach, antara kawasan pantai terkenal di Lombok yang menawarkan pemandangan laut yang indah.

Seterusnya, singgah untuk sesi bergambar di hadapan Mandalika Circuit sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Aan Beach yang terkenal dengan pasir putih serta air laut yang jernih.

Lawatan diteruskan ke Merese Hill, sebuah kawasan bukit menghijau yang menawarkan panorama laut yang luas. Selepas itu, peserta akan mengunjungi Sukarara Village, sebuah perkampungan kraftangan tenunan yang terkenal dengan tekstil tradisional Lombok serta kain tenun ikat.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan singgahan di Malimbu Hill untuk sesi bergambar sambil menikmati panorama tiga pulau Gili iaitu Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan.

Seterusnya, bertolak ke Pelabuhan Teluk Nare untuk menaiki Glass Bottom Boat menuju ke Gili Trawangan. Peserta turut berpeluang menikmati pengalaman island hopping di sekitar Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air.

Sepanjang berada di kawasan Gili, peserta boleh menikmati pelbagai aktiviti pilihan seperti menyelam, berbasikal mengelilingi pulau serta aktiviti sukan air lain atas perbelanjaan sendiri.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke Lombok. Setibanya di Lombok, peserta akan diberikan masa untuk membeli-belah cenderamata, makanan tradisional serta mutiara Lombok yang terkenal dengan kualiti dan harga yang berpatutan.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, perjalanan diteruskan ke kawasan Sembalun untuk memulakan lawatan di Selong Hill, sebuah lokasi yang terkenal dengan panorama semula jadi termasuk pemandangan Gunung Rinjani serta kawasan sawah di sekitarnya.

Lawatan turut diteruskan ke Beleq Traditional Village, sebuah perkampungan tradisional yang berkait rapat dengan sejarah dan asal-usul masyarakat Sembalun.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum peserta melawat Strawberry Farm. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Sembalun Flower Garden, sebuah lokasi bergambar yang dihiasi pelbagai jenis bunga dengan latar pemandangan Selong Hill.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta diberikan masa bebas mengikut kesesuaian sebelum daftar keluar.

Seterusnya, anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok untuk penerbangan pulang.

Dengan itu, berakhirlah perjalanan anda di Lombok dengan membawa pulang kenangan indah sepanjang percutian.

PENGINAPAN HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only:
- Fave Hotal 3*
-Grand Madani 3*
- Montana 3*
- Puri Saron 3*
1,440 450 1,300 870 2 - 3
1,210 450 1,090 730 4 - 7
1,070 450 970 650 8 - 10
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-LOP-KUL (kos RM1,100/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

The above itineraries are to be used as guide, may change slightly.

TERMS & CONDITIONS APPLY!