Indonesia
Tour Code: PTR01
Nak bercuti ke Medan sambil menikmati keindahan Danau Toba? Pakej 4 Hari 3 Malam Medan, Parapat & Berastagi ini membawa anda meneroka keunikan budaya Batak di Pulau Samosir, menikmati panorama Air Terjun Sipiso-Piso serta suasana tanah tinggi Berastagi yang nyaman. Trip ini turut dilengkapi lawatan ke Istana Maimoon, Masjid Raya Medan dan masa untuk shopping oleh-oleh tempatan. Sesuai untuk percutian santai bersama keluarga atau rakan-rakan yang sukakan gabungan alam semula jadi, budaya dan sejarah.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI MEDAN - PARAPAT (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan sebelum menikmati makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas itu, perjalanan diteruskan menuju ke Parapat, pintu masuk utama ke Tasik Toba, melalui pemandangan desa dan kawasan luar bandar Sumatera Utara.
Dalam perjalanan, singgahan dibuat di Patent Shop untuk membeli produk makanan tempatan seperti Teng-Teng, Ting-Ting dan pelbagai snek tradisional lain sebagai buah tangan. Setibanya di Parapat, peserta akan daftar masuk hotel dan berehat sambil menikmati suasana tenang di tepi Tasik Toba.
Makan malam disediakan di hotel sebelum peserta berehat untuk persediaan hari seterusnya.
- HARI 2: PARAPAT - SAMOSIR ISLAND – PARAPAT – BERASTAGI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan menaiki feri menyusuri Tasik Toba selama kira-kira 45 minit menuju ke Pulau Samosir. Lawatan dimulakan di Kampung Tomok, untuk melihat batu nisan bersejarah Raja Sidabutar, peninggalan penting warisan masyarakat Batak. Seterusnya, peserta dibawa ke Kampung Ambarita, yang terkenal dengan kerusi batu dan kawasan perbicaraan zaman dahulu yang digunakan oleh Raja Siallagan, memberikan gambaran unik tentang sistem keadilan tradisional Batak.
Selepas lawatan, peserta kembali ke Parapat untuk menikmati makan tengah hari di restoran tempatan. Perjalanan kemudian diteruskan ke Berastagi, dengan singgahan di Simarjarunjung bagi menikmati teh halia panas dan pisang goreng sambil menghayati pemandangan indah Tasik Toba dari sudut utara (perbelanjaan sendiri).
Lawatan diteruskan ke Air Terjun Sipiso-Piso, salah satu air terjun tertinggi di Indonesia dengan ketinggian sekitar 110 meter, yang menawarkan pemandangan luar biasa Tasik Toba dari kawasan tanah tinggi. Setibanya di Berastagi, peserta singgah di Pasar Buah Berastagi untuk membeli buah-buahan tropika, sayur-sayuran segar dan bunga tempatan.
Peserta kemudian daftar masuk hotel di Berastagi. Makan malam disediakan di hotel sebelum berehat.
- HARI 3: BERASTAGI - MEDAN TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan bertolak kembali ke Medan melalui laluan indah Sibolangit dan Sembahe, dengan perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam. Setibanya di Medan, lawatan bandar dimulakan dengan kunjungan ke Istana Maimoon, istana bersejarah Kesultanan Deli yang terkenal dengan seni bina gabungan Melayu dan Eropah, diikuti lawatan ke Masjid Raya Medan, salah satu mercu tanda Islam yang paling ikonik di Sumatera Utara.
Seterusnya, peserta akan singgah ke kedai cenderamata dan kedai batik untuk membeli buah tangan tempatan. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah di Pasar Ikan Lama, pasar tradisional yang terkenal dengan tekstil dan barangan tempatan. Peserta juga berpeluang mengunjungi Medan Mall, atau bagi yang berminat dengan jenama antarabangsa, lawatan boleh diteruskan ke Sun Plaza (SOGO) atau Plaza Medan Fair.
Pada sebelah petang, peserta akan daftar masuk hotel. Makan malam disediakan di restoran tempatan atau di hotel sebelum berehat.
- HARI 4: PENERBANGAN BALIK (SP)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang
- MAKLUMAT HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
|
Ground Only:
Parapat - Danau Toba Cottage 3* Medan - Madani Hotel 3* Berastagi - Green Garden Hotel 3* OR Similar |
1,370 | 250 | 1,240 | 830 | 2-3 |
| 1,210 | 250 | 1,090 | 730 | 4-7 | |
| 1,150 | 250 | 1,040 | 690 | 8-10 | |
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY - RM50/PAX | |||||
| DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | |||||
| Penerbangan pergi balik indonesia AirAsia KUL-KNO-KUL (kos RM900/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Driver cum Guide: 2 - 7 pax
- Tour guide English atau Malay speaking: Min 8 pax
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Air Mineral setiap hari
- Return feri ke Tomok Village (Less than 10pax)
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- High season surcharge
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- NOTA & SURCAJ
- Harga pakej yang dipaparkan adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan tertakluk kepada perubahan sekiranya berlaku turun naik kadar pertukaran mata wang asing.
- Surcaj tambahan dikenakan bagi tempoh perayaan, cuti umum dan cuti sekolah, termasuk Krismas, Tahun Baharu dan Hari Raya.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Mac 2027
Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
Tertakluk kepada terma & syarat.
CADANGAN BUTIRAN PENERBANGAN: INDONESIA AIRASIA (QZ)
QZ 121 KUL KNO 1210 1210
QZ 128 KNO KUL 1250 1500