VIETNAM
Lawatan ini menampilkan tempat-tempat menarik di Nha Trang dan Da Lat.

- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI NHA TRANG (MM)
Apabila tiba di lapangan terbang Cam Ranh, Pemandu kami akan mengalu-alukan kedatangan anda dan bergerak ke Nha Trang, kemudian melawat Menara Po Nagar Cham – yang dahulunya dibina oleh tamadun Cham antara abad ke-7 dan ke-12. Makan malam dan bermalam di Nha Trang.
- HARI 2: VINPEARL THEME PARK - DA LAT CITY (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, bertolak ke Stesen Bot Vinpearl Land, kemudian teruskan perjalanan dengan bot ke Pulau Vinpearl Land. Masa lapang untuk meneroka sendiri tarikan, taman tema dan pertunjukan di Taman Hiburan.
Anda bebas untuk melawat taman tema, tunggangan, akuarium, safari, taman burung, pertunjukan ikan lumba-lumba dsb. Bergerak kembali ke Nha Trang untuk menikmati masa lapang membeli belah di pasar Dam. Kemudian pergi ke Bandar Dalat (3 – 4 jam). Makan malam dan bermalam di Dalat.
- HARI 3: DA LAT CITY - MUSLIM TOUR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, kemudian bertolak untuk lawatan bandar Da Lat. Discovery Bao Dai Summer Palace, Katedral Da Lat, Robin Hill 1600m (kereta kabel hingga 2300 meter dengan panorama yang mengagumkan pemandangan – atas perbelanjaan sendiri), Buddhist Meditation Monastery & Paradise Lake, Datanla Waterfall (dengan menaiki coaster). Selepas makan tengah hari melawat Valley Of Love, Clay Tunnel, dan Preserved flowers showroom, Singgah di kilang jem Da Lat untuk menikmati jem hasil buatan tempatan dan membeli makanan tempatan. Makan malam & bermalam di Da Lat
- HARI 4: DEPARTURE DA LAT (SP)
Selepas sarapan pagi, masa lapang sehingga pemindahan ke lapangan terbang untuk penerbangan balik.
- BUTIRAN HARGA:
PENGINAPAN | HARGA SEORANG (MYR) - BILIK BERDUA / BERTIGA | SINGLE SUPP | ||
---|---|---|---|---|
2 PAX | 3-4 PAX | 5-8 PAX | ||
Hotel 3* | 2,550 | 1,950 | 1,780 | - |
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan
- Makanan halal
- Tiket masuk lawatan
- Bot peribadi
- Guide berbahasa Melayu / English
- Pengangkutan peribadi
- Air mineral (1 botol/pax/hari)
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan
- Tips untuk guide & driver (RM15/pax/hari)
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Selain dari dalam itineri
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- TOUR FARE FOR CHILD:
- Infant below 2 years old sharing the same room with parents is free of charge
- Child below 12 years old (with extra bed) and sharing the room with parents is charged 75%
- Child below 12 years old (no extra bed) and sharing the room with parents is charged 50%
- NOTES & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj untuk Krismas, Tahun Baru dan Hari Raya
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2025
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN