Indonesia

Tour Code: PTR01

Terokai sejarah Surabaya, saksikan keindahan magis Gunung Bromo, dan nikmati tarikan menarik di Batu & Malang — pengembaraan istimewa yang pasti buat anda teruja!

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum menikmati makan tengah hari di restoran tempatan.

Lawatan dimulakan dengan Surabaya City Tour ke Submarine Monument (Monkasel), sebuah monumen kapal selam sebenar yang pernah digunakan oleh Tentera Laut Indonesia dan kini menjadi tarikan bersejarah. Seterusnya, kunjungi Heroes Monument (Tugu Pahlawan), monumen ikonik yang dibina bagi memperingati perjuangan rakyat Surabaya dalam mempertahankan kemerdekaan Indonesia.

Selepas lawatan, perjalanan diteruskan menuju ke Malang, sebuah bandar tanah tinggi yang terkenal dengan suasana nyaman dan pemandangan pergunungan. Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel untuk berehat.

Bermalam di Malang.

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Batu Highland, sebuah kawasan tanah tinggi yang terkenal dengan udara sejuk, pemandangan pergunungan serta ladang buah-buahan. Peserta akan melawat Apple Plantation, sebuah ladang epal tempatan yang menawarkan pengalaman memetik buah epal secara langsung.

Selepas makan tengah hari, lawatan diteruskan ke Flora Wisata San Terra de Laponte, taman rekreasi bunga yang terkenal dengan landskap berwarna-warni serta replika bangunan bergaya Eropah dan Korea, menjadikannya lokasi menarik untuk bergambar.

Seterusnya, kunjungi Museum Angkut, sebuah muzium pengangkutan yang mempamerkan pelbagai koleksi kenderaan klasik dan moden dari seluruh dunia, lengkap dengan kawasan bertemakan bandar antarabangsa serta Movie Star Studio.

Selesai lawatan, perjalanan diteruskan menuju ke kawasan Gunung Bromo (anggaran 2 jam perjalanan). Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel untuk berehat.

Bermalam di Bromo.

Seawal jam 3.00 pagi, peserta akan memulakan pengalaman Mount Bromo Sunrise Tour dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD Jeep) menuju ke kawasan Mount Penanjakan, salah satu lokasi terbaik untuk menyaksikan keindahan matahari terbit berlatarbelakangkan Gunung Bromo. Peserta akan berjalan kaki sekitar 10–15 minit menuju ke kawasan panorama yang dipilih oleh pemandu pelancong.

Selepas menikmati pemandangan matahari terbit, perjalanan diteruskan dengan Jeep merentasi Sea of Sand (Lautan Pasir Bromo), kawasan hamparan pasir gunung berapi yang luas dan terkenal dengan landskap semula jadi yang unik. Peserta berpeluang menerokai kawasan sekitar Gunung Bromo dan merakam gambar kenangan sebelum kembali ke hotel sekitar jam 8.00–9.00 pagi.

Setibanya di hotel, peserta akan menikmati sarapan pagi, membersihkan diri dan daftar keluar sebelum meneruskan perjalanan ke Surabaya. Selepas makan tengah hari, singgah di Tanggulangin, Sidoarjo, sebuah kawasan membeli-belah yang terkenal dengan pelbagai produk kulit seperti beg tangan, kasut, tali pinggang dan dompet pada harga berpatutan.

Lawatan membeli-belah diteruskan dengan mendapatkan Keropok Udang Sidoarjo, pelbagai makanan ringan tradisional Indonesia serta pakaian Muslim dan produk sulaman tempatan.

Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel.

Bermalam di Surabaya.

Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar dan meneruskan aktiviti membeli-belah di Tunjungan Plaza Mall, salah sebuah pusat membeli-belah terbesar dan terkenal di Surabaya yang menawarkan pelbagai pilihan jenama fesyen, aksesori, cenderamata serta produk tempatan.

Selesai membeli-belah, peserta akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa kenangan indah sepanjang percutian di Surabaya, Malang dan Gunung Bromo.

PAKEJ HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only:
Surabaya - Neo Gubeng Hotel 3* / Similar
Malang - Fave Hotel 3* / Similar
Bromo - Grand Whiz Hotel 3* / Similar
1,650 250 1,490 990 2-3
1,300 250 1,170 780 4-7
1,250 250 1,130 750 8-10
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY - RM50/PAX
DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-SUB-KUL (kos RM900/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN

CADANGAN BUTIRAN PENERBANGAN: INDONESIA AIRASIA (QZ)

QZ 321 KUL SUB 0910 1045

QZ 324 SUB KUL 1330 1710