PATTAYA - BANGKOK
A Perfect Blend of Beach, Leisure & Bangkok Night Experience
Tour Code: ST001
Perjalanan ini menggabungkan keseronokan Pattaya, keindahan pulau Koh Larn, serta pengalaman shopping dan dinner cruise di Bangkok dalam satu trip yang lengkap, santai dan penuh momen menarik
- BUTIRAN HARGA:
| TYPE OF PACKAGE | PRICE PER PERSON (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| BASED ON TWIN / TRIPLE SHARING ROOM | ||||||
| TWIN/ TRIPLE | SINGLE SUPP | CHILD WITH BED | CHILD NO BED | |||
|
Ground only: BKK/PTY: Al Mas-Halal or similar |
2,500 | 390 | 1,890 | 1,250 | 2 - 3 | |
| 1,890 | 390 | 1,420 | 950 | 4 - 5 | ||
| 1,650 | 390 | 1,250 | 830 | 6 - 9 | ||
| Penerbangan pergi balik KUL-BKK/DMK-KUL (kos RM1,500/seorang)* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel 3 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan.
- Sarapan pagi di hotel, makan tengah hari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Makanan disediakan mengikut yang dinyatakan dalam aturcara perjalanan.
- Pengangkutan sepanjang perjalanan seperti yang dinyatakan dalam aturcara.
- Tiket masuk ke semua tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam aturcara.
- Lawatan adalah tanpa kunjungan ke kedai wajib (non-shopping tour).
- Tour guide berbahasa Inggeris.
- Air mineral (1 botol/pax/hari)
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan
- Tips untuk guide & driver (RM50/pax)
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Selain dari yang dinyatakan dalam itineri
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- Surcaj tambahan akan dikenakan bagi tempoh perayaan seperti Loy Krathong, Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan Songkran.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KETIBAAN DI BANGKOK – PATTAYA (MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok (BKK/DMK), peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum memulakan perjalanan ke Pattaya melalui kawasan Sriracha.
Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Pattaya Floating Market, di mana peserta dapat melihat suasana pasar tradisional di atas air serta pelbagai barangan tempatan yang unik. Seterusnya, peserta akan dibawa ke Terminal 21 Pattaya, pusat membeli-belah dengan konsep antarabangsa yang menarik, sesuai untuk berjalan santai dan membeli-belah.
Makan malam di Pa Boon Café (Halal) sebelum meneruskan lawatan ke Pattaya Walking Street, kawasan hiburan terkenal yang meriah dengan suasana malam. Selepas lawatan, peserta akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan masa bebas. Bermalam di Pattaya.
- HARI 2: PATTAYA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan hari ini dimulakan dengan perjalanan menaiki bot persendirian ke Koh Larn (Coral Island), sebuah pulau yang terkenal dengan air laut yang jernih kebiruan dan pantai berpasir putih yang indah. Peserta akan menikmati masa bebas separuh hari di pulau ini untuk berehat atau mencuba pelbagai aktiviti air mengikut pilihan sendiri (bayaran tambahan di lokasi).
Seterusnya, lawatan diteruskan ke Nong Nooch Tropical Garden, taman landskap yang luas dan terkenal dengan keindahan taman bertema. Peserta juga berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan serta menaiki shuttle untuk meneroka keseluruhan kawasan taman. Makan tengah hari di restoran tempatan sebelum menikmati makan malam BBQ Seafood Buffet di Amporn (Halal).
Selepas makan malam, peserta akan dibawa kembali ke hotel dan masa bebas untuk berehat. Bermalam di Pattaya.
- HARI 3: PATTAYA – BANGKOK (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan urusan daftar keluar. Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Great & Grand Sweet Destination, sebuah taman bertema berwarna-warni yang menawarkan pelbagai spot fotografi unik dan menarik.
Seterusnya, peserta akan dibawa ke Swiss Sheep Farm Pattaya, sebuah ladang bergaya Eropah yang sesuai untuk bersantai dan bergambar dengan latar belakang pemandangan yang cantik. Lawatan diteruskan ke Honey Bee Farm, di mana peserta dapat melihat produk berasaskan madu serta mengenali penghasilan madu tempatan. Perjalanan diteruskan ke Bangkok dan singgah di Icon Siam, pusat membeli-belah ikonik bertaraf antarabangsa untuk masa bebas membeli-belah atau bersiar-siar.
Pada waktu malam, peserta akan menikmati pengalaman menaiki Chao Phraya Princess Dinner Cruise, sambil menikmati makan malam dengan pemandangan indah bandar Bangkok pada waktu malam di sepanjang Sungai Chao Phraya. Selepas itu, peserta akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.
Bermalam di Bangkok.
- HARI 4: BANGKOK – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di hotel. Masa bebas untuk aktiviti sendiri sehingga waktu daftar keluar. Kemudian, anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj tambahan akan dikenakan bagi tempoh perayaan seperti Loy Krathong, Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan Songkran.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN