BANGKOK - KANCHANABURI
Discover the Best of Thailand – River Kwai, Floating Market & Bangkok Vibes
Tour Code: ST001
Bukan sekadar trip Thailand biasa — perjalanan ini membawa anda dari suasana tenang Kanchanaburi, pengalaman ikonik seperti River Kwai dan Floating Market, hingga ke vibe moden Bangkok, semuanya dalam satu journey yang lengkap, smooth dan memang berbaloi untuk setiap moment.
- BUTIRAN HARGA:
| TYPE OF PACKAGE | PRICE PER PERSON (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| BASED ON TWIN / TRIPLE SHARING ROOM | ||||||
| TWIN/ TRIPLE | SINGLE SUPP | CHILD WITH BED | CHILD NO BED | |||
|
Ground only:
BKK/ KAN - Al Mas - Halal or similar |
3,440 | 440 | 2,580 | 1,720 | 2 - 3 | |
| 2,330 | 440 | 1,750 | 1,170 | 4 - 5 | ||
| 1,960 | 440 | 1,470 | 980 | 6 - 9 | ||
| Penerbangan pergi balik KUL-BKK/DMK-KUL (kos RM1,500/seorang)* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel 3 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan.
- Sarapan pagi di hotel, makan tengah hari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Makanan disediakan mengikut yang dinyatakan dalam aturcara perjalanan.
- Pengangkutan sepanjang perjalanan seperti yang dinyatakan dalam aturcara.
- Tiket masuk ke semua tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam aturcara.
- Lawatan adalah tanpa kunjungan ke kedai wajib (non-shopping tour)
- TTour guide berbahasa Inggeris.
- Air mineral (1 botol/pax/hari)
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan
- Tips untuk guide (RM50/pax)
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Selain dari yang dinyatakan dalam itineri
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- Surcaj tambahan akan dikenakan bagi tempoh perayaan seperti Loy Krathong, Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan Songkran.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KETIBAAN DI BANGKOK (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok (BKK/DMK), anda akan disambut oleh wakil tempatan sebelum memulakan perjalanan menuju ke Kanchanaburi, kira-kira 2 jam dari Bangkok.
Lawatan dimulakan dengan singgah di Giant Raintree, sebatang pokok hujan tropika gergasi yang menjadi tarikan unik kawasan ini. Seterusnya, nikmati makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Sai Yok Noi Waterfall, sebuah air terjun semula jadi yang tenang dan sesuai untuk sesi fotografi santai.
Pengalaman diteruskan dengan kunjungan ke Won Dae Song, di mana anda berpeluang mengenakan pakaian tradisional Korea (Hanbok) untuk sesi bergambar. Kemudian, anda akan dibawa ke Skywalk Songkwae Mae Klong serta kawasan Kanchanaburi Walking Street untuk menikmati suasana petang yang meriah. Makan malam disediakan sebelum daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Bangkok.
- HARI 2: KANCHANABURI TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke River Kwai Bridge, sebuah jambatan bersejarah yang terkenal dengan kisah Perang Dunia Kedua.
Seterusnya, anda akan menaiki kereta api dari River Kwai Bridge Station ke Thamkrasae Bridge, melalui laluan scenic yang menghadap Sungai Kwai — satu pengalaman unik yang menjadi highlight di Kanchanaburi. Lawatan diteruskan ke Thamkrasae Cave, sebuah gua kecil yang mempunyai nilai sejarah dan keagamaan. Selepas makan tengah hari, anda akan dibawa ke Safari Park Kanchanaburi untuk lawatan gaya “bus safari”, memberi peluang melihat haiwan secara lebih dekat dalam habitat terbuka.
Seterusnya, kunjungan ke Mallika R.E.124, sebuah perkampungan budaya yang memaparkan kehidupan masyarakat Siam pada era lampau. Makan malam disediakan sebelum kembali ke hotel. Malam adalah waktu bebas untuk berehat atau aktiviti sendiri.
- HARI 3: KANCHANABURI – RATCHABURI – BANGKOK (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan bertolak menuju ke Ratchaburi. Lawatan dimulakan dengan pengalaman di Damnoen Saduak Floating Market, pasar terapung terkenal di Thailand. Anda akan menaiki bot tradisional menyusuri terusan sambil melihat aktiviti jual beli penduduk tempatan.
Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan kembali ke Bangkok. Setibanya di Bangkok, anda akan melawat Wat Arun, salah satu kuil paling ikonik di Thailand, dengan pengalaman mengenakan pakaian tradisional Thai untuk sesi fotografi.
Seterusnya, lawatan ke ICONSIAM, pusat beli-belah mewah di tepi Sungai Chao Phraya. Anda akan menikmati perjalanan bot hop-on hop-off untuk ke lokasi ini, menambah pengalaman santai di sungai. Makan malam disediakan sebelum daftar masuk hotel di Bangkok.
- HARI 4: BANGKOK – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di hotel. Masa bebas untuk aktiviti sendiri sehingga waktu daftar keluar. Kemudian, anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj tambahan akan dikenakan bagi tempoh perayaan seperti Loy Krathong, Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan Songkran.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN