Wholesale Shopping • Islamic Heritage • Canton Lifestyle
Tour Code: SCT01
Nikmati pengalaman meneroka Guangzhou dengan lawatan ke masjid bersejarah, tarikan bandar, kawasan membeli-belah terkenal dan suasana bandar moden yang dirancang khas untuk pelancong Muslim.
- MAKLUMAT HARGA:
| PENGINAPAN | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SAIZ (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | SINGLE SUPP | ||
| Ground Only: Days Inn 4* OR SIMILAR | 1,990 | 1,990 | 1,590 | 350 |
5 - 6
(14-seater) |
| 1,690 | 1,690 | 1,390 | 350 |
7 - 8
(18-seater) |
|
| 1,490 | 1,490 | 1,190 | 300 |
9 - 10
(20-seater) |
|
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY - RM50/PAX | |||||
| DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | |||||
| Penerbangan pergi balik Malaysia Airlines: KUL-CAN-KUL (kos RM1,300/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan 3 malam di hotel berdasarkan bilik berdua / berkongsi (Twin / Double Sharing)
- Pengangkutan sepanjang perjalanan
- Tiket masuk ke tempat lawatan seperti dalam itinerari
- Makanan Halal seperti yang dinyatakan dalam itinerari
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris
- Air mineral setiap hari (1 botol seorang sehari)
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang antarabangsa
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Optional program: Pearl River Night Cruise - RMB200/pax
- Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas (RMB30 seorang sehari)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- Selain dari yang dinyatakan dalam itineri
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – GUANGZHOU (MT/MM)
Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Guangzhou, salah sebuah bandar perdagangan terbesar di China yang terkenal sebagai syurga membeli-belah serta pusat ekonomi wilayah Guangdong.
Setibanya di Guangzhou, rombongan akan disambut oleh wakil tempatan sebelum memulakan lawatan ke Sun Yat-sen Memorial Hall dan Yuexiu Park yang menempatkan mercu tanda ikonik Five Rams Statue.
Perjalanan diteruskan ke Xiaodong Yin Mosque sebelum menikmati masa membeli-belah di Beijing Road, antara jalan membeli-belah paling popular di Guangzhou.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Bermalam di Guangzhou.
- HARI 2: GUANGZHOU (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan ke Huacheng Square, dataran moden yang dikelilingi bangunan pencakar langit serta menjadi nadi pusat bandar Guangzhou.
Seterusnya, singgah di kawasan Asian Games Stadium sebelum bergambar di hadapan Canton Tower, mercu tanda ikonik Guangzhou yang terkenal dengan reka bentuk moden serta panorama bandar yang menakjubkan.
Bagi mereka yang berminat dalam perniagaan tekstil dan fesyen, lawatan diteruskan ke Haiyin Textile Market, antara pusat tekstil terbesar di Guangzhou. Selepas itu, rombongan akan menziarahi Masjid Saad Bin Abi Waqqas, yang dikaitkan dengan sejarah awal perkembangan Islam di China.
Sebelum kembali ke hotel, nikmati sesi membeli-belah di UUS Shopping Mall, pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai produk borong dan runcit seperti pakaian, aksesori serta barangan fesyen.
Bermalam di Guangzhou.
- HARI 3: GUANGZHOU (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan ke Shamian Island, kawasan warisan kolonial yang terkenal dengan seni bina Eropah klasik, jalan yang redup serta suasana yang tenang.
Perjalanan diteruskan ke Shangxiajiu Pedestrian Street, salah satu kawasan membeli-belah paling terkenal di Guangzhou yang menawarkan pelbagai produk tempatan, makanan dan fesyen.
Bagi pencinta barangan kulit, lawatan diteruskan ke Baiyun Leather Market, syurga membeli-belah yang terkenal dengan pelbagai pilihan beg, kasut, dompet dan aksesori kulit.
Seterusnya, rombongan akan mengunjungi Guangta Mosque (Huaisheng Mosque), antara masjid tertua di China yang mempunyai sejarah lebih 1,300 tahun sebelum mengakhiri hari dengan membeli-belah di OneLink International Plaza, pusat borong cenderamata, hadiah dan barangan rumah yang popular.
Kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 4: GUANGZHOU – KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pulang kenangan indah sepanjang percutian di Guangzhou.
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Harga yang dipaparkan tidak sah bagi tempoh Canton Fair, iaitu 1–8 Oktober dan 14 Oktober–5 November.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
Tertakluk kepada terma & syarat.