Indonesia

Tour Code: PTR01

Pakej Jelajah Yogyakarta: Gabungan warisan sejarah, keindahan alam dan budaya tradisi yang memukau!

Setibanya di Lapangan Terbang Yogyakarta, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum memulakan lawatan ke Gumuk Pasir Parang Kusumo, sebuah fenomena alam unik berupa bukit pasir yang jarang ditemui di Asia Tenggara. Lawatan diteruskan ke Pantai Parangtritis, pantai ikonik Yogyakarta yang terkenal dengan ombak laut selatan serta keindahan panorama pesisirnya.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan pengalaman mencabar dengan Lava Tour menggunakan Jeep di Gunung Merapi, merentasi kawasan bekas aliran lahar sambil menikmati pemandangan landskap gunung berapi yang unik dan dramatik. Selesai aktiviti tersebut, perjalanan diteruskan ke daerah Magelang untuk lawatan ke Candi Borobudur (pelataran sahaja), tapak Warisan Dunia UNESCO yang menjadi simbol keagungan tamadun Buddha. Lawatan turut merangkumi Candi Mendut dan Candi Pawon, dua candi bersejarah yang saling berkait dari segi sejarah dan spiritual.

Seterusnya, peserta akan menikmati makan tengah hari di restoran tempatan sebelum bergerak pulang ke bandar Yogyakarta. Dalam perjalanan, persinggahan akan dibuat untuk membeli buah Salak Pondoh, buah tempatan terkenal yang digelar “snake fruit”. Setibanya di bandar, peserta akan menikmati pengalaman membeli-belah santai di Jalan Malioboro, pusat nadi pelancongan Yogyakarta, serta Pasar Beringharjo yang terkenal dengan koleksi batik, kraftangan kayu, cenderamata dan makanan tempatan seperti Bakpia Pathok. Pada sebelah malam, peserta akan menikmati makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan, perjalanan selama kira-kira 2 jam ke kawasan Wonosari, Gunung Kidul untuk melawat Pantai Timang (Gondola tidak termasuk).

Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, lawatan diteruskan ke Heha Skyview dan Tebing Breksi. Pada waktu malam, makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan meneruskan Jogja City Tour dengan lawatan ke Istana Sultan (Keraton Yogyakarta), pusat pemerintahan dan simbol kebudayaan Kesultanan Yogyakarta yang masih berfungsi hingga hari ini. Lawatan diteruskan ke Taman Sari Water Castle, sebuah kompleks bersejarah yang dahulunya digunakan sebagai taman diraja dan tempat peristirahatan keluarga Sultan.

Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, peserta akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. Dengan ini, berakhirlah perjalanan di Yogyakarta bersama MyZarra Travel. Jumpa lagi dalam kembara seterusnya.

PENGINAPAN HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only : H Boutique Hotel3 / Lynn Hotel3 / Similar 1,530 400 1,380 920 2-3
1,410 400 1,270 850 4-7
1,350 400 1,220 810 8-10
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-YIA-KUL (kos RM500/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

The above itineraries are to be used as guide, may change slightly.

TERMS & CONDITIONS APPLY!