4 Hari 3 Malam Bali Discovery: Pengalaman Menakjubkan Menjelajah Keindahan Alam, Budaya, dan Pantai Eksotik Bali!
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI BALI – ULUWATU (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Lawatan dimulakan dengan makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan kunjungan ke Pantai Pandawa atau Pantai Melasti yang terkenal dengan keindahan pantai dan air laut yang jernih.
Seterusnya, peserta dibawa ke Pura Uluwatu untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dari atas tebing laut yang memukau. Pada sebelah malam, makan malam BBQ makanan laut disajikan di Pantai Jimbaran sebelum daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 2: KINTAMANI VOLCANO – KAMPUNG TRADISIONAL (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke Kampung Tradisional Penglipuran yang terkenal dengan seni bina Bali yang tersusun kemas dan suasana kampung yang bersih serta tenang. Perjalanan diteruskan ke Kintamani untuk menikmati pemandangan panorama Gunung dan Tasik Batur. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan dengan konsep bufet.
Seterusnya, peserta akan melawat Teres Padi Alas Harum di Ubud serta ladang kopi bagi melihat proses penghasilan kopi tempatan. Pada sebelah petang, rombongan kembali ke Kuta untuk makan malam di restoran tempatan sebelum pulang ke hotel.
- HARI 3: NUSA PENIDA TOUR (SP/MT/MM)
Sarapan di hotel. Seawal jam 7.00 pagi, bertolak ke Sanur Port dan menaiki fast boat ke Nusa Penida, perjalanan sekitar 45 minit. Setibanya di Nusa Penida, lawatan dimulakan ke Broken Beach dan Angel’s Billabong. Makan tengah hari di restoran tempatan.
Seterusnya singgah ke Kelingking Beach yang ikonik dan Crystal Bay Beach untuk menikmati pemandangan laut. Kembali ke Sanur Port, makan malam di restoran tempatan sebelum pulang ke hotel.
- HARI 4: SHOPPING - DEPARTURE (SP)
Selepas sarapan pagi, peserta akan daftar keluar hotel. Lawatan terakhir adalah aktiviti membeli-belah di Krisna atau pusat beli-belah terpilih untuk mendapatkan cenderamata.
Seterusnya, peserta akan dihantar ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang, menandakan berakhirnya percutian indah di Bali.
- MAKLUMAT HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
|
Ground Only:
- Tusita Kuta Hotel*3 - Stark Boutique Hotel*3 - Solaris Kuta Hotel*3 |
1,360 | 530 | 1,230 | 820 | 2-3 |
| 1,260 | 530 | 1,150 | 760 | 4-7 | |
| 1,230 | 530 | 1 ,110 | 740 | 8-10 | |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-DPS-KUL (kos RM900/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong atau berbahasa Melayu (02 - 07 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Return tiket fast boat ke Nusa Penida
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya, Cuti Sekolah & High Season (Julai - Ogos)
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN