INDONESIA
Pengembaraan 4 Hari 3 Malam! 🌄✨ Mari sertai kami menjejaki keunikan alam, warisan budaya, dan keindahan yang tak terlupakan dalam pakej istimewa ini. Jom sertai petualangan yang memikat hati!
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: AIRPORT – BUKITTINGGI (MT/MM)
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, peserta akan disambut oleh wakil tempatan MyZarra Travel. Lawatan dimulakan dengan singgah bersarapan di restoran berhampiran (perbelanjaan sendiri).
Perjalanan diteruskan menuju ke Bukittinggi. Dalam perjalanan, singgah di Air Terjun Lembah Anai, salah satu tarikan semula jadi ikonik di Sumatera Barat untuk bergambar dan menikmati suasana sekitarnya.
Seterusnya, berhenti di Pusat Informasi dan Dokumentasi Minangkabau, Padang Panjang, di mana peserta berpeluang menyewa serta bergambar dengan pakaian adat Minangkabau.
Selepas makan tengah hari, lawatan diteruskan ke beberapa lokasi tempatan termasuk pusat sulaman tradisional serta tempat pembuatan kuih bika tradisional (kue neraka) yang terkenal.
Pada sebelah petang, daftar masuk hotel di Bukittinggi untuk berehat. Makan malam disediakan di restoran tempatan.
Bermalam di Bukittinggi.
- HARI 2: BUKITTINGGI – TASIK MANINJAU – SHOPPING DI PASAR ATAS (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan menuju ke Panorama Puncak Lawang untuk menikmati pemandangan indah Tasik Maninjau dari ketinggian. Landskap semula jadi yang luas dan tenang menjadikan lokasi ini antara yang paling menarik di kawasan Bukittinggi.
Jika terdapat permintaan khas dan keadaan jalan mengizinkan, lawatan boleh diteruskan ke Muzium Hamka melalui laluan terkenal Kelok 44, jalan berliku yang menawarkan panorama menarik sepanjang perjalanan.
Dalam perjalanan, singgah di Panorama Sungai Landia sebelum melawat lokasi pembuatan tebu tradisional, tempat menghasilkan gula merah, serta melihat proses merendang kacang tanah secara tradisional.
Selepas makan tengah hari, lawatan diteruskan ke Taman Jam Gadang, mercu tanda utama Bukittinggi, dan masa bebas diberikan untuk membeli-belah di Pasar Atas Bukittinggi.
Lewat petang, kembali ke hotel untuk berehat.
Makan malam disediakan di restoran tempatan.
Bermalam di Bukittinggi.
- HARI 3:BUKITTINGGI – ISTANA PAGARUYUNG – PADANG (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, daftar keluar dan lawatan dimulakan ke Panorama Baru sebelum singgah di kebun salak untuk melihat hasil pertanian tempatan.
Perjalanan diteruskan menuju ke Istana Pagaruyung. Dalam perjalanan, singgah di beberapa home industry tempatan termasuk Ummi, pusat pembuatan keropok ubi, serta Kiniko, terkenal dengan penghasilan pisang salai, kopi tempatan dan pelbagai makanan ringan tradisional.
Makan tengah hari disajikan di restoran yang terletak di tengah sawah padi, memberi suasana santai dengan pemandangan hijau yang menenangkan.
Lawatan diteruskan ke Istana Raja Minangkabau di Pagaruyung, simbol kebanggaan budaya dan sejarah Minangkabau.
Kemudian perjalanan menuju ke Padang melalui laluan Tasik Singkarak atau Desa Pariangan, bergantung kepada keadaan perjalanan.
Setibanya di Padang, makan malam disediakan sebelum daftar masuk hotel untuk berehat.
Bermalam di Padang.
- HARI 4: PADANG CITY TOUR – AIRPORT (SP )
Selepas sarapan pagi di hotel, daftar keluar dan lawatan Padang City Tour dimulakan. Lawatan merangkumi Pasar Mudik dan Pasar Gadang (Kota Tua) yang terkenal dengan suasana klasik dan aktiviti perdagangan tempatan.
Seterusnya, singgah di Pelabuhan Muara, pelabuhan lama yang menyimpan sejarah awal perkembangan bandar Padang, sebelum meneruskan lawatan ke Kampung China yang kaya dengan pengaruh budaya dan seni bina tradisional.
Perjalanan diteruskan ke Jambatan Siti Nurbaya, ikon legenda Minangkabau, serta menikmati pemandangan di Pantai Padang dan Pantai Air Manis, lokasi batu legenda Malin Kundang.
Lawatan turut merangkumi kunjungan ke Masjid Raya Sumatera Barat, masjid ikonik dengan seni bina moden yang unik.
Selesai lawatan, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tamat perjalanan. Alhamdulillah.
- MAKLUMAT HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
| Ground Only: Bukittinggi: Monopoli Inn 3*/ Grand Bunda 3*/similar Padang: Axana 4*/ Whiz Hotel 3*/Daima 3*/similar | 920 | 320 | 690 | 560 | 4 |
| 890 | 320 | 670 | 540 | 5 - 6 | |
| 830 | 320 | 630 | 500 | 7 - 9 | |
| 810 | 320 | 610 | 490 | 10 | |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-PDG-KUL (kos RM500/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan di hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong atau berbahasa Melayu (02 - 10 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Pertunjukan Kebudayaan Minangkabau
- Porter di Airport
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- HARGA KANAK-KANAK:
- Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah adalah percuma.
- Kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun dengan tilam tambahan dikenakan bayaran sebanyak 75% daripada harga dewasa.
- Kanak-kanak tanpa tilam tambahan dikenakan bayaran sebanyak 60% daripada harga dewasa.
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN