Nusa Penida menawarkan keindahan alam eksotik dengan tebing dramatik, pantai berair biru jernih dan panorama semula jadi yang memukau. Lawati lokasi ikonik seperti Kelingking Beach, Angel’s Billabong dan Crystal Bay. Sesuai untuk pencinta alam, fotografi dan percutian santai yang eksklusif.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KETIBAAN BALI – ULUWATU (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan sebelum menikmati makan tengah hari di restoran tempatan.
Lawatan diteruskan ke Pantai Pendawa atau Melasti yang terkenal dengan pemandangan laut yang indah, diikuti kunjungan ke Kuil Uluwatu untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang memukau. Pada sebelah malam, peserta akan menikmati makan malam BBQ makanan laut di Pantai Jimbaran sebelum daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 2: KINTAMANI VOLCANO – KAMPUNG TRADISIONAL BALI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan ke Kampung Tradisional Penglipuran yang terkenal dengan seni bina unik, suasana tersusun serta budaya Bali yang masih terpelihara.
Perjalanan diteruskan ke Kintamani untuk menikmati pemandangan panoramik Gunung dan Tasik Batur sambil menikmati makan tengah hari bufet di restoran tempatan. Lawatan seterusnya ke Alas Harum Rice Terrace Ubud dan ladang kopi sebelum kembali ke Kuta untuk makan malam dan bermalam di hotel.
- DAY 3: FULL DAY TOUR NUSA PENIDA (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak awal ke Pelabuhan Sanur untuk menaiki bot laju ke Pulau Nusa Penida. Setibanya di sana, peserta akan melawat Broken Beach dan Angel Billabong yang terkenal dengan keindahan semula jadinya.
Selepas makan tengah hari, lawatan diteruskan ke Kelingking Beach dan Crystal Bay Beach, antara lokasi ikonik Nusa Penida. Pada sebelah petang, kembali ke Sanur dan seterusnya ke hotel untuk makan malam dan rehat.
- HARI 4: BEDUGUL – TANAH LOT (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Royal Temple of Mengwi yang memiliki seni bina tradisional Bali yang indah. Perjalanan diteruskan ke Bedugul untuk makan tengah hari sebelum singgah ke Pasar Buah Candikuning dan Kuil Ulun Danu yang terletak di tepi Tasik Beratan.
Lawatan diakhiri dengan kunjungan ke Kuil Tanah Lot untuk menyaksikan matahari terbenam sebelum kembali ke Kuta untuk makan malam dan bermalam di hotel.
- HARI 5: SHOPPING - DEPARTURE (SP)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Masa santai diberikan untuk membeli-belah di Krisna atau pusat membeli-belah sebelum bertolak ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang.
- MAKLUMAT HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
|
Ground Only:
- Tusita Kuta Hotel*3 - Stark Boutique Hotel*3 - Solaris Kuta Hotel*3 |
1,630 | 450 | 1,470 | 980 | 2-3 |
| 1,470 | 450 | 1,330 | 890 | 4-7 | |
| 1,430 | 450 | 1,290 | 860 | 8-10 | |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-DPS-KUL (kos RM900/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong (English/ Melayu) (02 - 07 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Return tiket fast boat ke Nusa Penida
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya, Cuti Sekolah & High Season (Julai - Ogos)
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN