Indonesia
Rancang Perjalanan Istimewa Anda dengan Pakej Eksklusif kami ke Destinasi Bersejarah Banda Aceh dan Kecantikan Memukau Pulau Sabang! Temui Keajaiban Alam, Kekayaan Budaya, dan Kenangan Abadi di Tengah-tengah Pengembaraan yang Menakjubkan!
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI BANDA ACEH - TOUR BANDA ACEH (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, rombongan akan disambut oleh pemandu pelancong. Lawatan dimulakan dengan melawat Kuburan Massal, tempat di mana mangsa Tsunami seramai 46,718 orang dikebumikan dalam satu liang. Seterusnya, makan tengah hari di restoran tempatan diikuti dengan solat Dzuhur di Masjid Oman.
Selepas itu, daftar masuk ke hotel untuk berehat sebentar sebelum melawat Masjid Baiturrahman untuk solat Maghrib. Hari ini diakhiri dengan makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel.
- HARI 2: BANDA ACHEH - SABANG TOUR (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan check-out pada jam 7:00 pagi. Rombongan akan terus menuju ke pelabuhan Ulee Lheue untuk persiapan menaiki feri ke Pulau Sabang. Setibanya di Sabang, lawatan bandar bermula dengan melawat Tugu I Love Sabang.
Makan tengah hari di restoran tempatan diikuti dengan solat Dzuhur di Masjid Sabang. Lawatan diteruskan ke Kota Sabang, Benteng Jepun, Pantai Sumur Tiga, dan Tugu 0 Kilometer Sabang. Kemudian, melawat Pantai Iboih dan menikmati pemandangan sekitar Pulau Rubiah. Selepas itu, daftar masuk hotel di Sabang dan solat Maghrib. Hari diakhiri dengan makan malam di restoran tempatan.
- HARI 3: SABANG - BANDA ACHEH TOUR (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan check-out di Sabang, kemudian rombongan menuju ke pelabuhan Balohan Sabang untuk menaiki feri kembali ke Banda Aceh. Setibanya di Banda Aceh, lawatan diteruskan dengan melawat Kapal PLTD Apung, Muzium Aceh, dan Muzium Tsunami. Makan tengah hari di restoran tempatan, diikuti sesi membeli-belah di Pasar Aceh (Sesi 1).
Selepas itu, rombongan dibawa melawat Kubah Tengah Sawah dan Rumah Aceh Cut Nyak Dhien (Rumah Aceh). Solat Maghrib dilakukan di Masjid Keuchiek Leumiek (Masjid KL). Hari diakhiri dengan makan malam di restoran tempatan dengan menu istimewa Mie Aceh sebelum daftar masuk hotel untuk bermalam.
- HARI 4: BANDA ACEH TOUR (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, diikuti dengan lawatan ke kapal yang tersangkut di atas rumah, sebuah kapal yang menyelamatkan 59 mangsa tsunami. Seterusnya, melawat Gunongan Putri Pahang sebelum menikmati makan tengah hari di restoran tempatan dan solat Dzuhur di Masjid Al-Makmur (Masjid Oman, kawasan bandar).
Lawatan diteruskan ke Rumah-Rumah Adat Aceh 23 Negeri yang terletak di kawasan Taman Ratu Safiatuddin. Selepas itu, melawat Masjid Rahmatullah untuk solat Asar. Hari diakhiri dengan makan malam di restoran tempatan di Pantai Lampuuk sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 5: DEPARTURE - SULTAN ISKANDAR MUDA AIRPORT (S)
Sarapan pagi dan check out hotel. Kemudian, bertolak ke Bandara Sulthan Iskandar Muda untuk penerbangan balik.
- MAKLUMAT HARGA:
| PENGINAPAN | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
| Ground Only: Rasamala Hotel *3 / Grand Permata Hotel *4 / Similar | 1,420 | 430 | 1,280 | 860 | 2-3 |
| 1,270 | 430 | 1,150 | 770 | 4-7 | |
| 1,180 | 430 | 1,070 | 710 | 8-10 | |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-BTJ-KUL (kos RM600/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong atau berbahasa Melayu (02 - 07 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- HARGA KANAK-KANAK:
- Harga kanak-kanak (02 – 11 Tahun): 100% Bilik Kongsi
- Harga kanak-kanak (02 – 11 Tahun): 90% Kongsi Katil
- Harga kanak-kanak (02 – 11 Tahun): 60% Tiada Katil
- Untuk Bayi, akan berkongsi makan dan tidur dengan ibu bapa dan oleh itu FOC.
- NOTA & SURCAJ:
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
The above itineraries are to be used as guide, may change slightly.
TERMS & CONDITIONS APPLY!