2 Malam di Liveaboard • Komodo National Park • Pink Beach
Tour Code: PTR01
Bukan semua orang menikmati Labuan Bajo dengan cara yang sama.
Pakej 5 Hari 4 Malam Komodo Liveaboard Experience direka untuk mereka yang ingin menikmati lebih banyak masa di lautan berbanding di daratan. Bermalam selama 2 malam di atas kapal Phinisi, anda akan menyaksikan matahari terbit di Padar Island, matahari terbenam di Kalong Island, snorkeling bersama ikan pari manta di Manta Point, meneroka Pink Beach dan melihat Komodo Dragon di habitat semula jadinya. Gabungan pelayaran eksklusif, pulau-pulau tropika dan panorama Laut Flores menjadikan pengalaman ini jauh lebih lengkap berbanding lawatan sehari biasa.
- MAKLUMAT HARGA:
| HOTEL | HARGA SEORANG (MYR) | |
|---|---|---|
| MIN 2 PAX | MIN 4 PAX | |
|
3-Star: Zasgo Hotel / Flamingo Avia Hotel
OR similar |
2,590 | 2,490 |
|
4-Star: Luwansa Resort / Laprima Hotel*4
OR similar |
2,790 | 2,690 |
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | |
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI LABUAN BAJO (MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Labuan Bajo, bandar pelabuhan yang menjadi pintu masuk utama ke Taman Negara Komodo, Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti serta panorama kepulauan Flores.
Setibanya di Lapangan Terbang Komodo, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.
Masa bebas diberikan untuk menikmati suasana santai sekitar Labuan Bajo. Peserta boleh bersiar-siar di sekitar bandar, menikmati kafe tepi laut atau menyaksikan matahari terbenam yang cukup terkenal di destinasi ini. Bermalam di Labuan Bajo.
- HARI 2: OPEN TRIP KOMODO – KELOR ISLAND – MANJARITE – KALONG ISLAND (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta bertolak ke pelabuhan untuk memulakan pelayaran menaiki Liveaboard Phinisi, bot tradisional Indonesia yang telah dilengkapi dengan kemudahan moden.
Destinasi pertama ialah Kelor Island, sebuah pulau kecil yang terkenal dengan air laut yang jernih serta panorama bukit yang menawarkan pemandangan indah kepulauan Komodo. Peserta berpeluang mendaki ke puncak bukit atau menikmati aktiviti berenang dan snorkeling.
Perjalanan diteruskan ke Manjarite Island, lokasi yang terkenal dengan terumbu karang yang cantik dan kehidupan marin yang pelbagai, sesuai untuk aktiviti snorkeling.
Menjelang petang, pelayaran diteruskan ke Kalong Island, lokasi yang terkenal dengan fenomena ribuan kelawar keluar dari hutan bakau ketika matahari terbenam. Pemandangan ini menjadi antara pengalaman paling unik sepanjang pelayaran di Labuan Bajo.
Makan malam disajikan di atas kapal sebelum peserta bermalam di tengah lautan. Bermalam di atas Liveaboard Phinisi.
- HARI 3: PADAR ISLAND – PINK BEACH – KOMODO ISLAND – TAKA MAKASSAR – MANTA POINT – SIABA ISLAND (SP/MT/MM)
Seawal pagi, peserta tiba di Padar Island dan mendaki ke puncak bukit untuk menyaksikan panorama matahari terbit yang memukau. Dari puncak ini, peserta dapat menikmati pemandangan tiga teluk ikonik yang menjadi simbol utama Labuan Bajo.
Selepas sarapan, pelayaran diteruskan ke Komodo Island untuk aktiviti trekking bersama renjer taman negara bagi melihat Komodo Dragon, spesies biawak terbesar di dunia yang hanya terdapat di Indonesia.
Seterusnya, peserta mengunjungi Pink Beach, pantai unik yang terkenal dengan pasir berwarna merah jambu hasil campuran pasir putih dan serpihan batu karang merah. Aktiviti berenang dan snorkeling boleh dilakukan di perairan yang jernih.
Perjalanan diteruskan ke Taka Makassar, sebuah beting pasir putih yang muncul di tengah lautan dan menjadi lokasi fotografi yang cukup popular.
Kemudian peserta menikmati aktiviti snorkeling di Manta Point, lokasi terbaik untuk melihat ikan pari manta berenang bebas di habitat semula jadinya sebelum meneruskan pelayaran ke Siaba Island, yang terkenal dengan kejernihan air serta peluang melihat penyu laut ketika snorkeling.
Makan malam disediakan di atas kapal. Bermalam di atas Liveaboard Phinisi.
- HARI 4: SIABA ISLAND – LABUAN BAJO (SP/MT)
Selepas sarapan pagi, peserta menikmati sesi snorkeling terakhir di sekitar Siaba Island, yang terkenal sebagai habitat penyu laut dan terumbu karang yang masih terpelihara.
Selepas makan tengah hari di atas kapal, pelayaran kembali ke Labuan Bajo.
Setibanya di pelabuhan, peserta dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Masa selebihnya adalah bebas untuk berehat atau meneroka sekitar bandar Labuan Bajo mengikut keselesaan sendiri. Bermalam di Labuan Bajo.
- HARI 5: LABUAN BAJO – KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta bertolak ke Lapangan Terbang Komodo bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan 2 malam di hotel bertaraf 3★ / 4★ berserta sarapan pagi harian
- 2 malam penginapan di Liveaboard Phinisi berhawa dingin (Open Trip – Deluxe Superior Cabin)
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam itinerari (Makanan Halal / seafood)
- Khidmat kapten, kru kapal dan chef sepanjang pelayaran
- Air mineral, kopi, teh dan snek petang sepanjang pelayaran
- Tuala sepanjang penginapan di atas kapal
- Pengangkutan sepanjang lawatan beserta pemandu
- Airport transfer (Lapangan Terbang ↔ Hotel ↔ Jeti ↔ Lapangan Terbang)
- Khidmat pemandu pelancong tempatan
- Tiket masuk ke Taman Negara Komodo
- Peralatan snorkeling
- Khidmat Komodo Ranger semasa lawatan di Taman Negara Komodo
- Rakaman foto, video dan dron sepanjang pelayaran
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan antarabangsa serta cukai lapangan terbang
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Aktiviti pilihan (Optional Tour) yang tidak dinyatakan dalam itinerari
- Selain dari yang dinyatakan dalam itineri
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Kadar bayaran masuk ke Taman Negara Komodo adalah tertakluk kepada perubahan oleh pihak berkuasa tempatan.
- Pakej Liveaboard hanya beroperasi pada hujung minggu (Jumaat–Ahad).
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
Tertakluk kepada terma & syarat.