Indonesia

Tour Code: PTR01

Jakarta & Bandung + Lawatan Istimewa Kawah Putih: Pakej Unik dengan Pengalaman Membeli-belah, Alam Semula Jadi, dan Keindahan Kawah Berwarna!

Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung sama ada melalui lebuh raya atau menaiki Whoosh Speed Train.

Setibanya di Bandung, lawatan bandar dimulakan dengan melalui beberapa lokasi utama seperti Gedung Merdeka / Gedung Sate, Jalan Asia Afrika, Alun-Alun dan Jalan Braga. Seterusnya, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Rumah Kain Sulam serta Factory Outlet seperti Heritage atau Rumah Mode.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel di Bandung dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan bertolak ke selatan Bandung dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam. Lawatan diteruskan ke kawasan Ciwidey, bermula dengan kunjungan ke Kawah Putih, sebuah tasik kawah gunung berapi yang terkenal dengan warna putih kehijauan serta suasana berkabus yang unik.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum lawatan diteruskan ke Glamping Lakeside, lokasi santai berlatarbelakangkan pemandangan tasik yang indah, sebelum singgah ke Strawberry Farm, di mana peserta boleh membeli strawberi segar atas perbelanjaan sendiri.

Seterusnya, peserta akan kembali ke Bandung City untuk menikmati aktiviti membeli-belah di Cibaduyut Shoes Center, pusat membeli-belah yang terkenal dengan pelbagai barangan kulit seperti kasut, beg dan aksesori buatan tempatan. Lawatan diteruskan dengan singgahan di Bandung Perfume sebelum makan malam.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan meneruskan lawatan ke kawasan Lembang dengan singgahan di The Lodge Maribaya, destinasi alam semula jadi yang terkenal dengan suasana hijau dan pelbagai spot bergambar yang menarik. Lawatan diteruskan ke Lembang Floating Market, sebuah tarikan unik berkonsepkan pasar terapung yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan produk tempatan.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum peserta menikmati aktiviti membeli-belah di Pasar Baru, yang terkenal dengan pelbagai pilihan kain, pakaian, telekung dan produk tempatan. Seterusnya, peserta akan singgah di Kartika Sari untuk membeli pelbagai pilihan makanan dan produk oleh-oleh terkenal dari Bandung.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, para peserta akan daftar keluar dan bertolak menuju ke Jakarta sama ada melalui lebuh raya atau menaiki Whoosh Speed Train. Setibanya di Jakarta, lawatan diteruskan ke Taman Mini Indonesia Indah, sebuah taman budaya yang mempamerkan kepelbagaian warisan dan seni bina dari seluruh kepulauan Indonesia.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum memulakan Jakarta City Tour dengan singgahan bergambar di Monumen Nasional (Monas) serta Masjid Istiqlal, mercu tanda utama yang melambangkan sejarah dan identiti ibu negara Indonesia. Seterusnya, peserta akan menikmati masa membeli-belah di Mangga Dua, kawasan membeli-belah popular dengan pelbagai pilihan barangan dan cenderamata.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel di Jakarta dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, para peserta akan daftar keluar dan menikmati masa untuk membeli-belah di Thamrin City Mall, pusat membeli-belah yang terkenal dengan pelbagai pilihan tekstil, pakaian dan cenderamata.

Seterusnya, peserta akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. 

PAKEJ HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only: Bandung: Tebu Hotel3 / Similar Jakarta: Holiday Inn Express Menteng Hotel3 / Similar 1,650 300 1,490 990 2-3
1,380 300 1,240 830 4-7
1,330 300 1,200 800 8-10
Additional Whoosh Speed Train Ticket & Transfer: RM160/pax/way - (Jakarta - Bandung OR Bandung - Jakarta)
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-CGK-KUL (kos RM500/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN