Indonesia

Tour Code: PTR01

Nikmati keindahan Lombok yang autentik dalam pengembaraan 5 hari 4 malam — dari pantai pasir putih Mandalika, budaya tradisi masyarakat Sasak, hingga pengalaman island hopping ke pulau eksotik Gili Trawangan. Gabungan alam semula jadi, budaya dan laut biru menjadikan Lombok destinasi sempurna untuk percutian santai dan bermakna.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan dan menerima kain selendang tradisional Lombok sebagai cenderamata alu-aluan.

Lawatan dimulakan dengan menyusuri kawasan bandar utama di Lombok iaitu Ampenan, Mataram dan Cakranegara, tiga kawasan yang saling berhubung dan menjadi antara pusat pentadbiran, ekonomi serta pendidikan di Lombok.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum lawatan diteruskan ke Narmada Park, sebuah taman bersejarah yang dibina pada zaman Raja Anak Agung Ngurah Karangasem. Di kawasan ini turut terdapat Pura Kalasa serta mata air semula jadi yang dipercayai masyarakat tempatan sebagai “mata air awet muda”.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Islamic Center, salah satu mercu tanda utama di Lombok.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak ke Pelabuhan Teluk Nare untuk menaiki bot menuju ke Gili Trawangan.

Setibanya di Gili Trawangan, peserta diberikan masa untuk menikmati suasana pulau, pemandangan laut serta melakukan aktiviti pilihan seperti menyelam, berbasikal mengelilingi pulau dan pelbagai aktiviti sukan air lain atas perbelanjaan sendiri.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke Pelabuhan Teluk Nare.

Perjalanan diteruskan ke Malimbu Hill, sebuah lokasi yang menawarkan panorama laut serta pemandangan gugusan tiga pulau Gili iaitu Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Jika keadaan cuaca mengizinkan, peserta juga berpeluang menikmati pemandangan matahari terbenam dengan Gunung Agung, Bali sebagai latar belakang.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, perjalanan diteruskan ke Pusuk Pass atau Pusuk Forest, kawasan hutan hujan yang terkenal dengan suasana semula jadi serta kumpulan monyet yang sering kelihatan di sekitar kawasan tersebut.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Sendang Gile Waterfall yang terletak di kawasan kaki Gunung Rinjani. Perjalanan ke air terjun mengambil masa kira-kira 30 minit berjalan kaki.

Dari Sendang Gile Waterfall, peserta akan meneruskan trekking sekitar 25 minit lagi menuju ke Tiu Kelep Waterfall, salah satu air terjun terkenal di Lombok yang dikelilingi kehijauan semula jadi. Peserta berpeluang menikmati suasana air terjun dan kawasan sekitarnya sebelum kembali ke kawasan parkir.

Makan tengah hari dan makan malam disediakan di restoran tempatan. Peserta turut diberikan masa untuk membeli-belah cenderamata Lombok seperti mutiara air laut dan air tawar serta makanan tempatan.

Selepas selesai lawatan, kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan ke Banyumulek Village, sebuah perkampungan kraftangan tembikar yang membolehkan peserta melihat proses pembuatan barangan tembikar tradisional secara lebih dekat.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Sukarara Village, sebuah perkampungan yang terkenal dengan penghasilan kain tenun tradisional. Peserta juga berpeluang bergambar dengan mengenakan pakaian tradisional Sasak.

Perjalanan diteruskan ke Sade / Ende Village untuk melihat rumah tradisional masyarakat Sasak serta mengenali kehidupan dan budaya masyarakat tempatan.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum lawatan diteruskan ke Kuta Beach Mandalika dan Tanjung Aan Beach, yang terkenal dengan pasir putih serta air laut yang jernih.

Seterusnya, peserta akan mengunjungi Merese Hill untuk menikmati panorama laut dan landskap sekitar kawasan Mandalika dari kawasan bukit.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta diberikan masa untuk membeli-belah cenderamata dan makanan tempatan Lombok mengikut kesesuaian masa.

Seterusnya, anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok untuk penerbangan pulang.

Dengan itu, berakhirlah perjalanan anda di Lombok dengan membawa pulang kenangan indah sepanjang percutian.

PENGINAPAN HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only: Puri Saron Senggigi 3* / Lombok Plaza Mataram 3* / Idoop 3* Mantaram / Fave Mataram 3* / Sunwoo Mataram 3* 1,870 540 1,690 1,130 2-3
1,450 540 1,310 870 4-7
1,440 540 1,300 870 8-10
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-LOP-KUL (kos RM1,040/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

The above itineraries are to be used as guide, may change slightly.

TERMS & CONDITIONS APPLY!