East China Highlights
Classical Gardens • West Lake • Old Streets • Modern City
Tour Code: ICT01
Nikmati perjalanan 5 Hari 4 Malam merentasi Shanghai, Suzhou dan Hangzhou, tiga destinasi ikonik di wilayah Jiangnan yang menggabungkan taman klasik, tasik yang indah, kawasan kota lama dan panorama metropolitan moden. Lawati Master of the Nets Garden, Shantang Street, nikmati pelayaran di West Lake, jelajahi Southern Song Imperial Street dan Hefang Street sebelum meneruskan pengalaman di The Bund, Pudong dan Lujiazui Shanghai. Perjalanan turut merangkumi kunjungan ke beberapa masjid bersejarah serta pengalaman membeli-belah dan budaya tempatan.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – SHANGHAI – SUZHOU (MM)
Setibanya di Shanghai pada sebelah petang, anda akan disambut oleh wakil tempatan sebelum meneruskan perjalanan darat selama kira-kira 1 jam 30 minit menuju ke Suzhou.
Setibanya di Suzhou, nikmati makan malam sebelum meneruskan lawatan ke Golden Rooster Lake, salah satu kawasan moden yang popular di bandar ini. Dari sini, nikmati pemandangan dari kejauhan The Gate of the Orient, mercu tanda moden Suzhou yang menghiasi panorama bandar.
Selepas selesai lawatan, bertolak ke hotel untuk urusan daftar masuk. Bermalam di Suzhou.
- HARI 2: SUZHOU – HANGZHOU (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan mulakan perjalanan dengan lawatan ke Master of the Nets Garden, salah sebuah taman klasik terkenal di Suzhou. Seterusnya, kunjungi Silk Factory untuk mengenali lebih dekat proses dan industri penghasilan sutera yang sinonim dengan kawasan ini.
Selepas makan tengah hari, kunjungi Masjid Taipingfang sebelum meneruskan perjalanan ke Shantang Street. Nikmati suasana klasik kawasan bersejarah ini yang terkenal dengan seni bina tradisional, laluan tepi air serta deretan kedai tempatan.
Selepas makan malam, bertolak menuju ke Hangzhou. Setibanya di bandar ini, daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 3: HANGZHOU – SHANGHAI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, mulakan lawatan ke West Lake, tarikan ikonik Hangzhou yang terkenal dengan pemandangan tasik dan landskapnya yang indah. Nikmati pengalaman pelayaran di West Lake sebelum meneruskan lawatan ke Liulang Wenying Park.
Perjalanan diteruskan ke Tea Plantation untuk mengenali budaya serta penghasilan teh tempatan. Selepas makan tengah hari, kunjungi Masjid Phoenix, antara masjid yang termasuk dalam program perjalanan Muslim di Hangzhou.
Seterusnya, bersiar-siar di Southern Song Imperial Street dan Hefang Shopping Street, kawasan popular dengan suasana tradisional serta peluang membeli-belah. Selepas makan malam, perjalanan diteruskan dengan coach menuju ke Shanghai untuk daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 4: SHANGHAI CITY TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, mulakan penerokaan Shanghai dengan lawatan ke Chenghuangmiao Market dan Nine Zigzag Bridge, kawasan yang terkenal dengan seni bina tradisional dan suasana klasik Shanghai.
Selepas makan tengah hari, kunjungi Masjid Xiaotaoyuan sebelum singgah di Tongrentang. Perjalanan kemudian diteruskan ke Nanjing Shopping Street, salah satu kawasan membeli-belah utama dan paling terkenal di Shanghai.
Selepas makan malam, nikmati panorama malam di The Bund, dengan pemandangan ikonik bandar Shanghai dan skyline moden Pudong di seberang Sungai Huangpu. Selepas selesai lawatan, kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 5: SHANGHAI – KUALA LUMPUR (SP/MT)
Selepas sarapan pagi dan urusan daftar keluar hotel, teruskan program dengan menerokai Pudong New Area dan kawasan Lujiazui, pusat kewangan moden Shanghai yang terkenal dengan bangunan pencakar langitnya. Program turut merangkumi Lujiazui Circular Air Corridor.
Seterusnya, singgah di AP Wholesale Market untuk peluang membeli-belah sebelum menikmati makan tengah hari. Gunakan masa yang ada untuk mendapatkan barangan atau cenderamata sebelum meninggalkan Shanghai.
Selepas selesai program, bertolak menuju ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- BUTIRAN HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BILIK BERDUA / BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
| Ground only | 5,490 | 480 | 5,490 | 4,690 | 2-3 |
| 3,490 | 480 | 3,490 | 2,990 | 4-5 | |
| 2,890 | 480 | 2,890 | 2,490 | 6-7 | |
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | ||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan 4x malam di hotel bertaraf tourist class beserta sarapan pagi
- Makan tengah hari & makan malam mengikut itineri
- Pengangkutan private yang selesa
- Tiket masuk untuk semua lawatan seperti dalam itinerari
- Perkhidmatan Tour Guide Tempatan
- Air mineral setiap hari
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa*
- Insurans perjalanan RM89 seorang (Etiqa Takaful Insurance / Pelan Platinum – umur 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Tips untuk tour guide - RM150/ seorang
- Selain daripada yang dinyatakan dalam itinerari
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya, Cuti Sekolah & High Season
- BLACKOUT DATE: 1–7 Oktober 2026 — National Day Holiday
- BLACKOUT DATE: 5–12 Februari 2027 — Chinese New Year Holiday
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Mac 2027
PENGINAPAN:
| BANDAR | HOTEL* or similar |
|---|---|
| Suzhou | ROSSO Hotel Mudu * |
| Hangzhou | Junting Hotel (Zhejiang University – City Campus) * |
| Shanghai | Holiday Inn Express Shanghai Gongkang * |
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN