TAIWAN
Discover The Best of Taiwan's Highlands & City Experience
Tour Code: TLT01
Nikmati pengalaman 5 Hari 4 Malam yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dan tarikan ikonik Taiwan. Terokai Sun Moon Lake yang terkenal dengan pemandangan tasiknya yang memukau, nikmati udara nyaman di kawasan pergunungan Alishan serta luangkan masa meneroka bandar Taipei yang moden dan penuh dengan tarikan menarik. Sesuai untuk keluarga dan kumpulan yang ingin menikmati Taiwan dengan lebih selesa dan fleksibel.
- SENARAI HARGA:
| PENGINAPAN | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SAIZ (PAX) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDASARKAN BILIK KONGSI BERDUA / BERTIGA | ||||||
| BERDUA/ BERTIGA | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||
|
1M di Taichung: 3★ Stay Hotel
1M di Alishan: Long Yun Leisure Farm, 1M di Chiayi: 3★ Renyi Lake Hotel, 1M di Taipei: 3★ Delight Hotel or similar |
6,130 | 5,210 | 3,680 | 2-3 | ||
| 4,200 | 3,570 | 2,520 | 4-7 | |||
| 3,810 | 3,420 | 2,290 | 8-10 | |||
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-TPE-KUL (kos RM1,500/seorang)* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel berserta sarapan pagi setiap hari
- Kenderaan persendirian sepanjang perjalanan (maksimum penggunaan 10 jam sehari)
- Tiket masuk ke lokasi lawatan yang dinyatakan dalam aturcara : Alishan Forest Recreation Area,Yuyupas Tsou Cultural Park & Zhongshe Flower Market
- Makanan Halal / Vagetarian seperti dalam aturcara
- Pemandu merangkap pemandu pelancong berbahasa Inggeris (untuk 2 - 9 pax)
- 1 pemandu pelancong berbahasa Inggeris + 1 pemandu (mini bas dan ke atas)
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Harga yang dinyatakan tidak termasuk perkhidmatan porter serta perbelanjaan peribadi sepanjang perjalanan
- Harga dan ketersediaan adalah tertakluk kepada perubahan semasa musim cuti umum, acara khas atau pameran antarabangsa (Blackout Dates)
- Blackout Dates 2026: 25–28 Sep, 9–11 Okt, 24–26
- Blackout Dates 2027: 1–3 Jan, 4–10 Feb, 27 Feb – 1 Mac
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – TAOYUAN – TAICHUNG (MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Taoyuan, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Taichung, bandar yang terkenal dengan suasana santai dan gaya hidup moden di tengah Taiwan.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat. Pada waktu malam, peserta boleh meluangkan masa meneroka Yizhong Street yang terkenal dengan pelbagai pilihan makanan tempatan dan suasana jalanan yang meriah.
Bermalam di Taichung.
- HARI 2: TAICHUNG – NANTOU – CHIAYI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan menuju ke Sun Moon Lake, tasik semula jadi paling terkenal di Taiwan yang dikelilingi oleh pergunungan hijau dan panorama yang menenangkan.
Peserta akan berpeluang bersiar-siar di Ita Thao Shopping District yang terkenal dengan produk tempatan, makanan ringan dan suasana santai di tepi tasik.
Selepas makan tengah hari, lawatan diteruskan ke Checheng Visitor Center dan Checheng Logging Exhibition Hall yang memperkenalkan sejarah industri pembalakan Taiwan serta perkembangan kawasan pergunungan di Nantou.
Selepas makan malam, peserta akan daftar masuk hotel dan berehat di Hotel Leisure Farm.
Bermalam di Chiayi.
- HARI 3: CHIAYI – ALISHAN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan menuju ke Alishan Forest Recreation Area yang terkenal dengan hutan gunung, pokok cedar gergasi dan suasana berkabus yang menjadikan kawasan ini antara destinasi paling ikonik di Taiwan.
Peserta akan menikmati keindahan alam semula jadi Alishan sambil meneroka kawasan rekreasi yang terkenal dengan udara nyaman dan pemandangan pergunungan yang memukau.
Selepas makan tengah hari, lawatan diteruskan ke Yuyupas Tsou Cultural Park untuk mengenali budaya dan warisan masyarakat Tsou, salah satu komuniti pribumi utama di Taiwan.
Selepas lawatan, daftar masuk hotel dan berehat.
Bermalam di Chiayi.
- HARI 4: CHIAYI – TAICHUNG – TAIPEI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta akan dibawa melawat Rainbow Village yang terkenal dengan mural berwarna-warni hasil karya seorang bekas tentera yang menjadikan kampung ini antara lokasi fotografi paling popular di Taiwan.
Perjalanan diteruskan ke Zhongshe Flower Market yang terkenal dengan taman bunga bermusim serta landskap yang cantik sepanjang tahun.
Seterusnya, peserta akan menuju ke Taipei untuk melawat Taipei 101, antara bangunan paling ikonik di Asia dan simbol kemodenan Taiwan. (Tak temasuk tiket ruang pemerhati)
Pada sebelah petang, peserta diberi masa untuk menikmati suasana Ximending Shopping District yang terkenal sebagai pusat fesyen, makanan dan hiburan paling popular di Taipei.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Bermalam di Taipei.
- HARI 5: TAIPEI – TAOYUAN – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Taoyuan bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Mac 2027
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!