Indonesia
Tour Code: PTR01
Yogyakarta, atau Jogja, adalah sebuah bandar bersejarah di Indonesia, terkenal dengan warisan budaya, kuil yang indah, dan suasana yang meriah.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI YOGJAKARTA TOUR (MT/MM))
Setibanya di Lapangan Terbang Yogyakarta, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke restoran tempatan untuk makan tengah hari. Selepas itu, lawatan dimulakan ke Gumuk Pasir Parang Kusumo, sebuah fenomena alam unik berupa bukit pasir semula jadi yang jarang ditemui di rantau ini. Lawatan diteruskan ke Pantai Parangtritis, pantai ikonik Yogyakarta yang terkenal dengan pemandangan laut selatan, suasana pantai yang luas serta nilai budaya dan legenda tempatan.
Pada sebelah petang, peserta akan menikmati makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel untuk berehat dan bersedia bagi aktiviti hari berikutnya.
- MERAPI LAVA TOUR – BOROBUDUR – NEPAL VAN JAVA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan pengalaman menarik dengan Merapi Lava Tour menggunakan Jeep, merentasi kawasan bekas aliran lahar sambil menikmati pemandangan landskap Gunung Merapi yang unik dan dramatik.
Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, perjalanan diteruskan ke daerah Magelang untuk lawatan ke Candi Borobudur (pelataran sahaja), tapak Warisan Dunia UNESCO yang menjadi simbol keagungan tamadun Buddha dan terkenal dengan seni bina serta ukiran batu bersejarah.
Seterusnya, peserta akan meneruskan pengalaman menaiki Jeep ke Nepal Van Java dan Sukomakmur Village, dua kawasan perkampungan tanah tinggi yang terkenal dengan pemandangan rumah-rumah di lereng bukit, ladang sayuran bertingkat serta panorama indah berlatarbelakangkan Gunung Sumbing. Suasana perkampungan yang dikelilingi kehijauan ini menjadikan kawasan tersebut antara lokasi fotografi menarik di Magelang.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel di Magelang dan berehat.
- HARI 3: SUNRISE TELOMOYO HILL – YOGYAKARTA CITY TOUR (SP/MT/MM)
Peserta akan dibawa menaiki Jeep menuju ke Telomoyo Hill untuk menikmati keindahan matahari terbit dari kawasan tanah tinggi. Pemandangan panorama pergunungan yang terbentang luas serta suasana pagi yang nyaman menjadikan pengalaman ini antara tarikan istimewa sepanjang perjalanan.
Peserta kembali ke hotel untuk bersarapan, membersihkan diri dan daftar keluar sebelum meneruskan perjalanan ke Yogyakarta.
Setibanya di bandar, peserta akan menikmati Jogja City Tour dengan lawatan ke Istana Sultan (Keraton Yogyakarta), pusat kebudayaan dan simbol Kesultanan Yogyakarta yang masih berfungsi hingga hari ini. Lawatan diteruskan ke Taman Sari Water Castle, sebuah kompleks bersejarah yang dahulunya digunakan sebagai taman diraja dan tempat peristirahatan keluarga Sultan.
Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, peserta berpeluang membeli-belah di Jalan Malioboro dan Pasar Beringharjo, pusat membeli-belah terkenal di Yogyakarta yang menawarkan pelbagai pilihan batik, kraftangan, cenderamata serta makanan tradisional.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel di Yogyakarta dan berehat.
- HARI 4: TIMANG BEACH (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan bertolak ke kawasan Wonosari, Gunung Kidul untuk melawat Pantai Timang, sebuah pantai yang terkenal dengan formasi batu karang, ombak Lautan Hindi serta pemandangan pesisir yang dramatik.
Peserta akan menikmati pengalaman menaiki Jeep menuju ke kawasan Pantai Timang, melalui laluan berbatu dengan pemandangan semula jadi yang menarik. Aktiviti Gondola di Pantai Timang adalah tidak termasuk dalam pakej.
Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, lawatan diteruskan ke Jungwok Blue Ocean, destinasi rekreasi tepi laut yang terkenal dengan konsep seni bina berinspirasikan Santorini, Greece serta pemandangan laut biru yang memukau.
Seterusnya, peserta akan mengunjungi Pictniq Land, sebuah kawasan rekreasi dan fotografi dengan pelbagai sudut bergambar menarik serta suasana santai untuk menikmati keindahan kawasan Gunung Kidul.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel di Yogyakarta untuk berehat.
- HARI 5 : YOGYAKARTA - DEPARTURE (SP)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan seterusnya dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
- MAKLUMAT HARGA:
| PENGINAPAN | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
| Ground Only : Lamora Sagan Hotel3 / Front One Hotel3 / Similar | 1,980 | 300 | 1,790 | 1,190 | 2-3 | |
| 1,630 | 300 | 1,470 | 980 | 4-7 | ||
| 1,600 | 300 | 1,440 | 960 | 8-10 | ||
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-YIA-KUL (kos RM700/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan di hotel
- Sarapan pagi di hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong atau berbahasa Melayu (02 - 07 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Jeep ke Merapi & Pantai Timang
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- Lawatan tambahan
- Caj tambahan musim puncak
- Aktiviti Gondola di Pantai Timang
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 March 2027
The above itineraries are to be used as guide, may change slightly.
TERMS & CONDITIONS APPLY!