INDONESIA
Sertai perjalanan kami menelusuri kecantikan alam, kekayaan budaya, dan pengalaman yang mengujakan dalam pakej istimewa ini. Jom jalin kenangan yang tak terlupakan bersama!
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI BUKITTINGGI - BUKITTINGGI TOUR (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, anda akan disambut dan dibawa ke restoran berdekatan untuk sarapan pagi (tanggungan sendiri). Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Bukittinggi dengan persinggahan di Air Terjun Lembah Anai serta Pusat Informasi dan Dokumentasi Minangkabau di Padang Panjang.
Selepas makan tengah hari, lawatan diteruskan ke pusat pembuatan sulaman hasil kemahiran tempatan dan pembuatan kuih tradisional seperti kuih bika atau kuih neraka. Petang, daftar masuk hotel dan makan malam di restoran tempatan.
- HARI 2: BUKITTINGGI – MANINJAU TOUR - SHOPPING DI PASAR ATAS (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, perjalanan bermula ke Lembah Harau dan Kelok 9. Kemudian, makan tengah hari di restoran di Payakumbuh. Dalam perjalanan pulang ke Bukittinggi, singgah di pusat pembuatan makanan ringan berasaskan jagung.
Setibanya di Bukittinggi, lawatan ke Taman Jam Gadang dan membeli-belah di Pasar Atas. Petang, kembali ke hotel dan makan malam di restoran tempatan.
- HARI 3: BUKITTINGGI – MINANGKABAU - BUKITTINGGI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, lawatan dimulakan dengan mengunjungi Panorama Baru dan kebun salak sebelum menuju ke Batusangkar. Dalam perjalanan, singgah di industri rumahan seperti pembuatan keropok ubi Ummi serta Kiniko yang menghasilkan pisang salai, kopi, dan pelbagai makanan ringan lain.
Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, lawatan ke Istana Raja Minangkabau di Pagaruyung. Perjalanan kembali ke Bukittinggi melalui Tasik Singkarak atau Desa Pariangan. Setibanya di Bukittinggi, terus ke hotel untuk berehat.
- HARI 4: BUKITTINGGI – PADANG (SP/MT/MM)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, perjalanan diteruskan ke Panorama Puncak Lawang untuk menikmati keindahan semula jadi Tasik Maninjau. Jika keadaan jalan mengizinkan, lawatan ke Muzium Hamka melalui Kelok 44 akan disertakan.
Dalam perjalanan, singgah di Panorama Sungai Landia serta pusat pembuatan gula merah secara tradisional dan pemprosesan kacang tanah rendang.
Petang, tiba di Padang dan meneruskan lawatan bandar dengan mengunjungi Masjid Sumatera Barat, Kota Tua, Kampung Cina, Masjid Al Hakim, Pelabuhan Muara, Jambatan Siti Nurbaya sebelum daftar masuk hotel. Makan malam di restoran tempatan.
- HARI 5: PADANG - DEPARTURE (SP)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, lawatan ke Pantai Padang dan Pantai Air Manis untuk melihat Batu Legenda Malin Kundang atau Sitanggang. Seterusnya, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- MAKLUMAT HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
| Ground Only: Bukittinggi: Monopoli Inn 3*/ Grand Bunda 3*/similar Padang: Axana 4*/ Whiz 3*/similar | 1,040 | 400 | 780 | 630 | 4 |
| 1,010 | 400 | 760 | 610 | 5 - 6 | |
| 950 | 400 | 710 | 570 | 7 - 9 | |
| 920 | 400 | 690 | 560 | 10 | |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-PDG-KUL (kos RM500/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan di hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong atau berbahasa Melayu (02 - 10 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Pertunjukan Kebudayaan Minangkabau
- Porter di Airport
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- HARGA KANAK-KANAK:
- Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah adalah percuma.
- Kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun dengan tilam tambahan dikenakan bayaran sebanyak 75% daripada harga dewasa.
- Kanak-kanak tanpa tilam tambahan dikenakan bayaran sebanyak 60% daripada harga dewasa.
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN