INDONESIA
Tour Code: PTR01
Pakej 6H5M ini sesuai untuk anda yang ingin menghayati perjalanan ziarah rohani sambil menerokai budaya Islam di Tanah Jawa tanpa jadual yang terlalu padat. Lawatan merangkumi destinasi penting seperti Makam Wali Songo, masjid bersejarah dan bandar-bandar utama dari Surabaya hingga Jakarta. Perjalanan disusun seimbang antara ziarah, sejarah dan pengalaman tempatan, dengan masa yang selesa untuk berehat sepanjang trip. Penginapan, makanan halal dan waktu solat turut diambil kira, menjadikan pakej ini pilihan ideal untuk percutian yang tenang, bermakna dan penuh pengisian spiritual.
- SENARAI HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||
|
Ground Only:-
Jakarta: Orchardz Jayakarta Hotel Cirebon: Neo Samadikun Hotel Semarang: @Hom Hotel Tuban: Fave Hotel Surabaya: Neo Hotel |
1,700 | 570 | 1,530 | 1,020 | Min 10 pax |
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-SUB-KUL (kos RM700/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||||
- ITINERARI PAKEJ
- HARI 1: KETIBAAN SURABAYA (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Lawatan dimulakan dengan makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan kunjungan ke Monumen Kapal Selam (Monkasel), sebuah mercu tanda bersejarah yang menggambarkan kekuatan maritim Indonesia.
Seterusnya, peserta akan melawat Masjid Cheng Ho dan Makam Sunan Ampel, antara lokasi penting dalam sejarah penyebaran Islam di Jawa. Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel dan bermalam di Surabaya.
- HARI 2: SURABAYA – TUBAN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan memulakan perjalanan dengan menziarahi Makam Sunan Giri serta Makam Maulana Malik Ibrahim. Perjalanan diteruskan ke Lamongan untuk melawat Makam Sunan Drajat.
Selesai lawatan, rombongan akan bertolak ke Tuban dan singgah ke Makam Sunan Bonang, salah seorang Wali Songo yang terkenal. Daftar masuk hotel dan bermalam di Tuban.
- HARI 3: TUBAN – KUDUS – SEMARANG (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Perjalanan diteruskan ke Kudus untuk menziarahi Makam Sunan Kudus (Ja’far Shodiq) serta Masjid Kudus yang terkenal dengan seni bina unik gabungan unsur Hindu dan Islam.
Lawatan diteruskan ke Makam Sunan Muria (Raden Umar Said). Selepas itu, rombongan bertolak ke Semarang, daftar masuk hotel dan bermalam di Semarang.
- HARI 4: SEMARANG – CIREBON (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta akan menuju ke Demak untuk menziarahi Makam Sunan Kalijaga (Raden Mas’id) serta Masjid Agung Demak, masjid bersejarah yang dibina oleh Sunan Kalijaga dan Wali Songo. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Cirebon. Daftar masuk hotel dan bermalam di Cirebon.
- HARI 5: CIREBON – JAKARTA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Lawatan dimulakan dengan menziarahi Makam Sunan Gunung Jati (Syeikh Syarif Hidayatullah), tokoh penting dalam sejarah Islam di Jawa Barat. Selepas itu, rombongan bertolak ke Jakarta. Setibanya di sana, daftar masuk hotel dan bermalam di Jakarta.
- HARI 6: JAKARTA – KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta akan mengikuti lawatan bandar Jakarta dengan singgah ke Monas (Monumen Nasional), Masjid Istiqlal serta masa bebas untuk membeli-belah saat akhir di Thamrin City.
Selesai lawatan, rombongan akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. Tamatlah perjalanan ziarah yang penuh bermakna ini.
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel
- Sarapan pagi di hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong (berbahasa Melayu)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!