Keajaiban Alam Zhangjiajie dengan Formasi Gunung Ikonik
Tour Code: ICT01
Changsha • Fenghuang • Furong • Zhangjiajie
Private Tour Zhangjiajie & Fenghuang menawarkan gabungan keajaiban alam dan warisan bersejarah China dalam suasana yang santai dan peribadi. Zhangjiajie terkenal dengan formasi gunung unik, lembah hijau serta panorama dramatik dari ketinggian. Perjalanan diteruskan ke Fenghuang, sebuah bandar purba di tepi Sungai Tuojiang dengan seni bina kayu klasik dan suasana yang tenang. Laluan ini sesuai untuk mereka yang menghargai keselesaan, fleksibiliti dan pengalaman perjalanan yang bermakna.
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | HARGA SEORANG (MYR) | SAIZ KUMPULAN (PAX) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| HARGA BILIK BERDUA / BERTIGA | ||||||
| DEWASA | KANAK-KANAK DENGAN KATIL (2-12yrs) | KANAK - KANAK TANPA KATIL (2-12yrs) | ||||
| GROUND ONLY | 3,450 | 3,450 | 2,950 | 6-7 | ||
| 3,150 | 3,150 | 2,690 | 8-9 | |||
| ANGGARAN KOS PENERBANGAN PERGI BALIK KUL- CSX - KUL (RM1,100/ PAX)* | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan 5x malam di hotel bertaraf tourist class
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Pakej makanan halal khas (self-heating meal) di lokasi tiada restoran halal
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- 1 way Bullet Train dari Changsa - Fenghuang
- Tiket cable car ke Tianmen Mountain & Tianzi Mountain
- Tiket Bailong Elevator & mini train di Ten Mile Natural Gallery
- Naik cruise di Sungai Tuojiang & Sungai Furong
- 2x buggy/eco-car di lokasi terpilih (Fenghuang & Furong Town)
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan
- Insurans perjalanan RM89/seorang (ETIQA TAKAFUL Insurans) - 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj
- Tip untuk tour guide dan pemandu bas persiaran - RM30/pax/day
- Optional Tour: Charming Xiangxi Show + Tujia Customs Park : RMB 300 per pax
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- NOTA & SURCAJ
- Kadar harga tertakluk kepada PERUBAHAN DISEBABKAN TURUN NAIK MATA WANG.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Pakej validity: Until 31st December 2026
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya bilangan pax dikurangkan dan disebabkan oleh turun naik mata wang.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – CHANGSHA – FENGHUANG (MT/MM)
Berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Changsha, ibu kota wilayah Hunan. Ketibaan pada waktu pagi dan disambut oleh wakil tempatan di lapangan terbang. Seterusnya, menaiki kereta api laju dari Changsha ke Fenghuang dengan anggaran perjalanan sekitar 2 hingga 2.5 jam.
Tiba di Fenghuang, makan tengah hari disediakan sebelum daftar masuk ke hotel untuk berehat seketika. Pada waktu petang, lawatan diteruskan ke Fenghuang Ancient Town, salah satu bandar purba tercantik di China yang berusia lebih 300 tahun dan terkenal dengan rumah-rumah kayu tradisional yang dibina di sepanjang tebing Sungai Tuojiang.
Nikmati pelayaran bot di Sungai Tuojiang sambil menyaksikan deretan rumah tradisional dan jambatan batu yang diterangi cahaya lampu pada waktu malam. Suasana malam di sini amat memukau, diserikan dengan alunan muzik serta aroma makanan jalanan tempatan.
Makan malam di restoran halal tempatan dan bermalam di Fenghuang.
- HARI 2: FENGHUANG – FURONG – ZHANGJIAJIE (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, bertolak ke Furong Town (Hibiscus Town), sebuah kampung kuno yang unik kerana dibina di atas air terjun setinggi lebih 60 meter. Kampung ini terkenal sebagai lokasi penggambaran filem “Hibiscus Town”. Nikmati pelayaran santai di sungai yang merentasi perkampungan ini sambil menghayati suasana damai serta keindahan rumah-rumah kayu tradisional yang berderet di tepi air.
Seterusnya, perjalanan diteruskan menaiki bas ke Zhangjiajie dengan anggaran masa perjalanan sekitar 2.5 jam. Setibanya di Zhangjiajie, daftar masuk ke hotel dan berehat sehingga waktu makan malam. Makan malam di restoran halal tempatan.
Pada waktu malam, lawatan diteruskan ke 72 Tujia Stilted Building, sebuah kompleks budaya etnik Tujia yang terkenal dengan seni bina rumah kayu bertiang tinggi. Kompleks ini turut menempatkan galeri seni serta persembahan kebudayaan tradisional yang mempamerkan tarian dan nyanyian masyarakat Tujia. Selepas lawatan dan persembahan, kembali ke hotel dan bermalam di Zhangjiajie.
Nota: Makan tengah hari disediakan dalam bentuk Halal Self-Heating Rice Meal.
- HARI 3: ZHANGJIAJIE (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke Gunung Tianmen (Tianmen Mountain National Park), ikon utama Zhangjiajie. Perjalanan ke puncak gunung menggunakan cable car terpanjang di dunia dengan jarak 7.4 km, mengambil masa sekitar 30 minit sambil menikmati pemandangan menakjubkan jurang yang dalam serta lembah hijau di bawah.
Setibanya di puncak, nikmati pengalaman berjalan di Glass Skywalk, laluan kaca lutsinar yang tergantung di tebing pada ketinggian lebih 1,400 meter. Laluan ini menawarkan pemandangan panorama seluruh Zhangjiajie dan memberikan pengalaman yang mendebarkan, khususnya bagi mereka yang berani mencabar diri.
Lawatan diteruskan ke Tianmen Cave (Heaven’s Gate), sebuah gua semula jadi berbentuk gerbang gergasi setinggi 131.5 meter yang menjadi simbol spiritual kawasan ini. Seterusnya, turun dari gunung menggunakan gabungan eskalator dalam gunung, cable car dan bas khas.
Makan tengah hari di restoran halal tempatan, kemudian singgah ke Herbal Factory untuk melihat dan mengenali herba perubatan tradisional Hunan. Akhir sekali, bertolak kembali ke hotel dan bermalam di Zhangjiajie.
- HARI 4: ZHANGJIAJIE NATIONAL FOREST PARK (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke Taman Negara Zhangjiajie, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal sebagai inspirasi kepada filem Avatar. Perjalanan dimulakan dengan menaiki Tianzi Mountain Cableway untuk menikmati pemandangan kawasan Tianzi Mountain Scenic Area, yang terkenal dengan formasi tebing batu menegak seperti Fairy Bouquet Peak dan Royal Pen Peak.
Seterusnya, menaiki shuttle bus ke Yuanjiajie Scenic Area, lokasi asal Avatar Hallelujah Mountain yang terkenal di seluruh dunia. Nikmati pemandangan menakjubkan dari Enchanting Platform, antara titik pandang paling popular di taman ini. Lawatan diteruskan dengan turun menggunakan Bailong Elevator, lif kaca setinggi 326 meter yang diiktiraf sebagai lif luaran tertinggi di dunia.
Pada sebelah petang, menaiki mini tram di Ten Mile Gallery, sebuah kawasan lembah yang mempamerkan formasi batu semula jadi berbentuk unik. Lawatan diakhiri dengan berjalan santai di Golden Whip Stream, sungai jernih yang mengalir di tengah hutan dan menjadi lokasi popular untuk bergambar. Kembali ke hotel untuk makan malam dan berehat.
Nota: Makan tengah hari disediakan dalam bentuk Halal Self-Heating Rice Meal.
- HARI 5: ZHANGJIAJIE (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke Zhangjiajie Grand Canyon, sebuah kawasan lembah curam yang menempatkan Jambatan Kaca Terpanjang di Dunia dengan panjang 430 meter dan ketinggian 300 meter. Nikmati pengalaman berjalan di atas kaca lutsinar sambil menyaksikan pemandangan jurang yang dalam tepat di bawah kaki anda.
Selepas itu, makan tengah hari di restoran halal tempatan. Lawatan diteruskan ke Baofeng Lake, sebuah tasik yang indah dikelilingi tebing batu serta hutan hijau. Nikmati pelayaran di tasik ini sambil mendengar nyanyian tradisional penduduk etnik Tujia yang menambahkan suasana unik dan menenangkan.
Akhir sekali, singgah ke Jade Store sebelum kembali ke hotel. Makan malam dan bermalam di Zhangjiajie.
- HARI 6: ZHANGJIAJIE – CHANGSHA – KUALA LUMPUR (SP/MT)
Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke Changsha menaiki bas dengan anggaran perjalanan sekitar 4 jam. Setibanya di Changsha, makan tengah hari disediakan serta masa untuk menunaikan solat sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah di Huangxing Walking Street, kawasan membeli-belah paling terkenal di bandar ini yang dipenuhi butik fesyen, kedai cenderamata dan kafe tempatan.
Selepas itu, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur sambil membawa pulang kenangan indah dari bumi Hunan.
- HARI 7: TIBA DI KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis. Alhamdulillah…
PENTING:
Semasa musim hujan, hujan lebat berkemungkinan menyebabkan kerosakan pada laluan lawatan. Dalam situasi ini, laluan akan disesuaikan mengikut peraturan pihak taman bagi memastikan keselamatan dan keselesaan anda.
PENGINAPAN:
| BANDAR | HOTEL or similar* | BILANGAN MALAM |
|---|---|---|
| Fenghuang | Phoenix International Hotel | 1 |
| Zhangjiajie | Days Hotel by Wyhdham Hunan | 2 |
| Zhangjiajie National Forest Park | Duzeng Hotel | 2 |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!
CADANGAN MAKLUPENERBANGAN: CHINA SOUTHERN AIRLINES (CZ)
CZ 5050 KUL CSX 0310 0755
CZ 5049 CSX KUL 2110 0210