SPECIAL YUNNAN

Gabungan Alam Semula Jadi, Budaya Tempatan & Pengalaman Bermakna

Tour Code: SV01

Alami keindahan Yunnan dalam trip 7H5M yang penuh dengan panorama luar biasa dan budaya unik! Lawati bandar bersejarah Dali dan Lijiang, bergambar di Jade Dragon Snow Mountain & Blue Moon Valley yang memukau, serta nikmati pengalaman bersama komuniti Muslim tempatan. Itinerari lengkap dengan makanan halal, waktu solat terjaga dan lawatan ke masjid. Sesuai untuk yang nak rasa ‘feel macam Eropah’ tapi dengan bajet Asia – selesa, santai dan penuh kenangan!

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Kunming. Setibanya di Lapangan Terbang Kunming, peserta akan disambut oleh tour guide sebelum dibawa ke hotel untuk daftar masuk.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke Dali, sebuah bandar bersejarah yang terkenal dengan pemandangan tasik, gunung dan budaya etnik tempatan. Singgah di Lixiang Bang, kawasan ikonik yang sering digelar Santorini of China, menampilkan deretan bangunan putih bergaya Eropah dengan latar belakang tasik yang tenang. Peserta menikmati shuttle buggy ride di kawasan ini serta tea break sambil bergambar.

Lawatan diteruskan ke South Gate Mosque, masjid bersejarah komuniti Muslim tempatan. Seterusnya, peserta dibawa meneroka Dali Ancient Town, kawasan lama yang masih terpelihara, serta Foreigner’s Street yang meriah dengan kedai cenderamata, kafe dan suasana klasik bandar lama.

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Lijiang dengan singgah di Xizhou Ancient Town, sebuah pekan lama yang terkenal dengan seni bina tradisional kaum Bai dan rumah-rumah warisan yang unik.

Perjalanan diteruskan ke Flower Meadows, kawasan lapang yang dikelilingi landskap semula jadi. Di sini, peserta menikmati jeep adventure, sesi travel photography dan aktiviti berbasikal santai di Erhai Lake Eco-Corridor sambil menikmati suasana alam yang mendamaikan.

Setibanya di Lijiang, lawatan petang merangkumi Lijiang Ancient Town, Sifang Street yang menjadi pusat aktiviti tempatan, serta Black Dragon Pool Park, lokasi popular dengan refleksi Jade Dragon Snow Mountain di tasik yang indah.

Sarapan pagi di hotel. Hari ini dikhususkan untuk meneroka keindahan alam ikonik Lijiang. Lawatan ke Jade Dragon Snow Mountain Glacier Park menggunakan eco bus dan cable car bagi menikmati panorama gunung bersalji yang megah.

Peserta turut singgah di Gan Haizi Grassland, White Water River dan Blue Moon Valley, terkenal dengan air sungai berwarna biru kehijauan yang memukau.

Pengalaman hari ini dilengkapkan dengan persembahan kebudayaan terkenal Impression Lijiang Show, sebuah pertunjukan berskala besar yang menggabungkan seni, muzik dan latar belakang alam semula jadi.

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta menaiki High Speed Train dari Lijiang ke Kunming. Perjalanan ini mengambil masa  dalam 4.5 jam dan memberikan pengalaman sistem pengangkutan moden China yang selesa.

Setibanya di Kunming, aktiviti diteruskan dengan membeli-belah di New Luosiwan International Wholesale Market, pusat borong terbesar di Yunnan, sebelum ke DouNan Flower Market, pasar bunga terbesar di Asia yang penuh warna-warni dan aktiviti tempatan.

Selepas sarapan pagi, lawatan ke Yunnan Stone Forest Scenic Spot, tapak alam semula jadi terkenal dengan formasi batu kapur yang unik dan dramatik, sering digelar sebagai “hutan batu”.

Kembali ke bandar Kunming untuk city walk santai sekitar Jinbi Archway, Nanping Pedestrian Street dan Qianwang Old Street, kawasan popular untuk membeli-belah dan merasai suasana bandar. Bergerak ke lapangan terbang bagi persiapan penerbangan pulang.

Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Kunming. Alhamdulillah, selamat tiba di tanah air.

TAK TERMASUK MAKANAN SEPANJANG TOUR (KECUALI BREAKFAST)
HARGA SEORANG (MYR) HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BILIK BERDUA / BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground only 4,700 550 4,100 3,300 2-3
3,390 550 3,000 2,450 4-5
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL- KMG -KUL (kos RM1,700/seorang) estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.
TERMASUK MAKANAN SEPANJANG TOUR
HARGA SEORANG (MYR) HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BILIK BERDUA / BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground only 3,250 550 2,950 2,420 6-7
2,990 550 2,640 2,170 8-9
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL- KMG -KUL (kos RM1,700/seorang) estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL* or similar
Kunming Xinshengda Hotel
Radisson Hotel
Dali QingchenShiguang Hotel
Lijiang Manbohaoting Hotel

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN