Discover the Natural Wonders of Central Asia
Almaty • Charyn Canyon • Kolsai Lake • Karakol • Issyk Kul Lake • Bishkek • Shymbulak
Nikmati pengembaraan merentasi Kazakhstan dan Kyrgyzstan yang menggabungkan keindahan landskap semula jadi, tasik alpine yang jernih, ngarai batu yang dramatik serta warisan budaya masyarakat nomad Asia Tengah. Perjalanan ini membawa anda meneroka Charyn Canyon, Kolsai Lake, Issyk Kul Lake, Karakol, Bishkek dan Shymbulak sambil menikmati panorama Pergunungan Tian Shan yang memukau. Disusun dengan laluan yang selesa, pakej ini menawarkan gabungan pengalaman alam semula jadi, sejarah dan budaya dalam sebuah percutian yang lengkap merentasi dua buah negara.
- MAKLUMAT HARGA:
| HARGA SEORANG (RM) | GROUP SIZE | |
|---|---|---|
| HOTEL BUDGET OPTION 3* | HOTEL TOURIST OPTION 4* | |
| 7,700 | 8,000 |
2-3
(Sedan) |
| 6,100 | 6,400 |
4-6
(MPV) |
| 5,400 | 5,700 |
7-9
(Minivan) |
| 5,100 | 5,400 |
10
(Merc Sprinter) |
| 1,000 | 1,400 | Single Supplement |
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY - RM50/PAX | ||
| DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | ||
| Penerbangan pergi balik Air Asia KUL-ALA-KUL (kos RM3,000/seorang) estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | ||
- * Nota: Kos tambahan sebanyak RM300 seorang akan dikenakan bagi penambahan Tour Leader dari Malaysia untuk kumpulan minimum 10 peserta.
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan 6 malam di hotel berdasarkan bilik berdua / bertiga
- Pengangkutan sepanjang tour
- Tiket masuk seperti dalam itineri
- Makanan seperti dalam itineri
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris
- Air Mineral setiap hari
- Tour Leader dari Malaysia (tertakluk kepada surcaj tambahan RM300 seorang bagi kumpulan minimum 10 peserta)
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Tip untuk pemandu dan tour guide
- Insurans perjalanan RM115/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- Selain dari yang dinyatakan dalam itineri
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – ALMATY (MM)
Berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Almaty, Kazakhstan dengan penerbangan AirAsia. Almaty merupakan bandar terbesar di Kazakhstan yang terletak berhampiran kaki Pergunungan Tian Shan, menawarkan gabungan suasana bandar moden dengan pemandangan alam semula jadi yang mengagumkan.
Setibanya di Almaty, disambut oleh wakil tempatan dengan ucapan “Khush Keldiniz” yang bermaksud Selamat Datang. Perjalanan diteruskan dengan makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel.
Masa untuk berehat selepas penerbangan dan bersedia untuk menerokai keindahan Kazakhstan serta Kyrgyzstan pada hari berikutnya.
Bermalam di Almaty.
- HARI 2: ALMATY – CHARYN CANYON – SATY VILLAGE (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan menuju ke arah timur Kazakhstan, meninggalkan suasana bandar Almaty menuju ke kawasan luar bandar yang dihiasi padang rumput luas, perkampungan kecil dan pemandangan Pergunungan Tian Shan di kejauhan.
Destinasi pertama hari ini adalah Charyn Canyon, salah satu kawasan semula jadi terkenal di Kazakhstan yang terbentuk sejak jutaan tahun dahulu hasil proses hakisan alam. Kawasan ini terkenal dengan formasi batuan unik, lembah yang luas serta pemandangan tebing canyon yang menyerupai landskap gurun purba.
Setibanya di Charyn Canyon, nikmati masa untuk berjalan santai di sekitar kawasan canyon, menikmati panorama batuan semula jadi serta mengambil gambar kenangan di salah satu lokasi ikonik Kazakhstan.
Pada lewat petang, perjalanan diteruskan menuju ke Saty Village, sebuah perkampungan kecil yang terletak berhampiran kawasan pergunungan. Nikmati suasana kehidupan desa Kazakhstan yang lebih tenang serta dekat dengan alam semula jadi.
Aktiviti pilihan: Menunggang kuda di sekitar kawasan kampung (atas kos sendiri).
Makan malam dan daftar masuk guesthouse.
Bermalam di Saty.
- HARI 3: SATY – KOLSAI LAKE – KARAKOL (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan menuju ke Kolsai Lake yang terletak di kawasan pergunungan timur Kazakhstan. Tasik alpine ini terkenal dengan airnya yang jernih, dikelilingi hutan hijau dan puncak gunung yang memberikan suasana damai serta panorama semula jadi yang indah.
Masa untuk menikmati keindahan sekitar tasik, berjalan santai dan bergambar sebelum meneruskan perjalanan menuju ke sempadan Kazakhstan dan Kyrgyzstan.
Selepas selesai urusan imigresen, perjalanan diteruskan memasuki Kyrgyzstan menuju ke Karakol, sebuah bandar yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan sejarahnya sebagai salah satu kawasan penting di Asia Tengah.
Setibanya di Karakol, lawatan dimulakan dengan mengunjungi Wooden Orthodox Church, sebuah gereja kayu bersejarah yang dibina menggunakan seni bina tradisional, serta Dungan Mosque yang mempunyai reka bentuk unik dengan pengaruh budaya Cina.
Melalui lawatan ini, dapat mengenali kepelbagaian budaya Kyrgyzstan yang terbentuk hasil pertemuan pelbagai bangsa dan komuniti sepanjang sejarah Laluan Sutera.
Makan malam dan daftar masuk hotel.
Bermalam di Karakol.
- HARI 4: KARAKOL – CHOLPON ATA – BISHKEK (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan menuju ke arah barat melalui kawasan pergunungan Kyrgyzstan menuju ke Cholpon Ata, sebuah kawasan peranginan yang terletak di persisiran Tasik Issyk Lake.
Tasik Issyk Lake merupakan antara tasik gunung terbesar di dunia dan menjadi salah satu lokasi utama Kyrgyzstan dengan latar belakang Pergunungan Tian Shan yang mengelilinginya.
Nikmati pengalaman menaiki cruise di Tasik Issyk Lake sambil menikmati pemandangan air tasik yang luas serta panorama gunung di sekitarnya.
Makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Burana Tower. Menara bersejarah setinggi kira-kira 47 meter ini merupakan peninggalan bandar purba Balasagun yang pernah menjadi salah satu pusat penting di Laluan Sutera sekitar abad ke-11 hingga ke-12.
Perjalanan diteruskan ke kawasan Issyk Ata sebelum menuju ke Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan. Aktiviti pilihan: Menyaksikan permainan kuda tradisional Nomad (atas kos sendiri).
Tiba di Bishkek, daftar masuk hotel dan makan malam.
Bermalam di Bishkek.
- HARI 5: BISHKEK (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke selatan Bishkek menuju ke Ala Archa National Park, sebuah kawasan perlindungan alam semula jadi yang terletak di kaki Pergunungan Tian Shan.
Sepanjang perjalanan, nikmati pemandangan lembah hijau, sungai mengalir dan panorama gunung yang menjadi simbol keindahan alam Kyrgyzstan.
Setibanya di Ala Archa National Park, masa untuk menikmati suasana alam semula jadi, melihat aliran Sungai Ala Archa serta mengambil gambar pemandangan sekitar taman negara ini.
Makan tengah hari berhampiran Sungai Ala Archa dengan hidangan ikan segar.
Kemudian, kembali ke bandar Bishkek untuk lawatan bandar termasuk Philharmonic, patung Manas iaitu tokoh legenda dan wira negara Kyrgyzstan, Ala-Too Square serta TSUM Shopping Centre.
Aktiviti pilihan: Mencuba “Kymyz”, minuman tradisional masyarakat nomad Kyrgyzstan yang diperbuat daripada susu kuda yang difermentasi (atas kos sendiri).
Makan malam dan bermalam di Bishkek.
- HARI 6: BISHKEK – ALMATY (SP/MT/MM)
Sarapan pagi secara bungkusan sebelum memulakan perjalanan kembali ke Kazakhstan melalui Kordai Border.
Perjalanan hari ini membawa kembali merentasi kawasan sempadan Kyrgyzstan dan Kazakhstan sambil menikmati perubahan landskap daripada kawasan pergunungan menuju ke bandar Almaty.
Setibanya di Almaty, makan tengah hari di restoran tempatan sebelum memulakan lawatan bandar.
Lawatan termasuk Panfilov Park, kawasan bersejarah yang menjadi lokasi beberapa mercu tanda utama bandar; Zenkov Cathedral, sebuah bangunan kayu bersejarah dengan seni bina unik; World War II Memorial Complex & Eternal Flame sebagai tanda penghormatan kepada sejarah perang; serta Green Bazaar, pasar tempatan yang terkenal dengan pelbagai produk makanan, buah-buahan kering dan barangan tempatan.
Aktiviti pilihan: Menyaksikan persembahan Falcon Show (atas kos sendiri).
Makan malam di restoran dan bermalam di Almaty.
- HARI 7: ALMATY – SHYMBULAK – KUALA LUMPUR (SP/MT)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan menuju ke Shymbulak Mountain Resort yang terletak di kawasan Pergunungan Tian Shan. Kawasan ini merupakan antara destinasi terkenal Kazakhstan untuk menikmati suasana pergunungan serta aktiviti musim sejuk.
Menaiki cable car (termasuk) menuju ke kawasan lebih tinggi untuk menikmati pemandangan gunung yang luas dan panorama sekitar Almaty dari ketinggian.
Masa bebas untuk menikmati aktiviti seperti ski, snowboarding, paragliding atau aktiviti lain mengikut musim dan keadaan cuaca (atas kos sendiri).
Kembali ke bandar Almaty untuk makan tengah hari lewat sekitar jam 4.00 petang sebelum bergerak ke Almaty International Airport bagi penerbangan pulang pada jam 7.00 malam.
PENGINAPAN:
| BANDAR | BUDGET OPTION 3* | TOURIST OPTION 4* | |||
|---|---|---|---|---|---|
| Almaty | Alma / Golden Palace | Millanium / Ozen Place | |||
| Saty | Guesthouse | Saty Guesthouse | |||
| Karakol | Caravan / Tagaytay | Ak Maral / 78 Hotel | |||
| Bishkek | Golden / Asia | Lulu / Discovery | |||
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
Tertakluk kepada terma & syarat.