KEMBARA SELATAN THAILAND
Tour Code: MZ002
Nikmati percutian santai ke Selatan Thailand dengan konsep jalan dan makan-makan bersama private tour. Pakej 4 hari 3 malam ini merangkumi Patthalung, Trang, Satun dan Hat Yai, dengan pilihan masuk dari Padang Besar atau Hat Yai Airport. Perjalanan disusun secara relaks, fokus kepada makanan tempatan, suasana bandar kecil dan pengalaman local yang autentik.
- ITINERI PAKEJ
- HARI 1: TIBA DI PADANG BESAR / LAPANGAN TERBANG HATYAI - PATTHALUNG
Setibanya di Padang Besar atau Lapangan Terbang Hatyai pada waktu pagi, perjalanan diteruskan ke Patthalung. Aktiviti pertama adalah menaiki bot di Tasik Thale Noi yang terkenal dengan keindahan bunga teratai dan pelbagai jenis burung berhijrah. Sepanjang perjalanan bot, anda berpeluang melihat aktiviti nelayan tradisional menggunakan bubu dan pukat serta menyaksikan kawasan pertanian di sekitarnya. Tasik ini juga menjadi tempat kerbau berkubang, memberikan suasana asli kehidupan kampung yang unik dan menenangkan.
Seterusnya, lawatan diteruskan ke Pa Phai Sang Suk Bamboo Market, sebuah pasar unik yang dikelilingi buluh. Di sini, anda boleh menikmati suasana tempatan sambil mencuba pelbagai jenis makanan dan hasil buatan tangan.
Disebelah petang, anda berpeluang menikmati kopi di kafe-kafe menarik sekitar Patthalung yang menawarkan suasana tepi tasik.
Aktiviti hari pertama diakhiri dengan daftar masuk ke hotel di Patthalung untuk berehat.
- HARI 2: PATTHALUNG - TRANG - WANG SAI THONG WATERFALL - SATUN (SP)
Selepas sarapan pagi di hotel di Pattalung, lawatan bermula ke Lung Viet Garden.Taman ini terkenal dengan landskapnya yang indah, dihiasi pelbagai jenis flora. Anda boleh menikmati suasana yang damai di sini sambil merakam gambar kenangan.
Seterusnya, lawatan diteruskan ke Dragon Tree Sculpture Garden. Sebuah taman unik dengan patung-patung seni yang terinspirasi daripada reka bentuk naga dan elemen tradisional tempatan.
Perjalanan diteruskan ke Trang, sebuah wilayah di selatan Thailand yang kaya dengan budaya dan sejarah. Trang terkenal sebagai kawasan campuran budaya, termasuk pengaruh orang Cina, Melayu, dan Thai. Komuniti Cina di Trang terdiri daripada pelbagai subkumpulan, termasuk Hokkien dan Teochew, yang telah lama menetap di kawasan ini. Pengaruh mereka dapat dilihat dalam seni bina, makanan, dan perayaan tradisional.
Di Trang, lawatan ke Kantang Railway Station. Stesen keretapi ini merupakan stesen keretapi terakhir Thailand di wilayah Laut Andaman. Dibuka pada tahun 1913, Kantang Railway Station adalah salah satu stesen kereta api tertua di Thailand. Ia masih mengekalkan reka bentuk seni bina klasik dengan struktur kayu kuno berwarna kuning dan coklat.
Seterusnya, lawatan diteruskan ke Wang Sai Thong Waterfall. Air terjun ini terkenal dengan keindahan semula jadinya, terdiri daripada beberapa tingkat yang membentuk kolam semula jadi. Airnya yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda sambil menikmati suasana hutan yang damai dan menenangkan.
Akhir sekali, perjalanan diteruskan ke Satun sebuah wilayah kecil yang terletak di selatan Thailand, bersempadan dengan Malaysia (Perlis) untuk daftar masuk dan bermalam.
- HARI 3: SATUN - TAMAN NEGARA MU KO - TANYONG PO - HAT YAI (SP)
Selepas sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Taman Negara Mu Ko di daerah Satun, yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian hidupan marin. Anda berpeluang melakukan aktiviti seperti snorkeling atau berehat di pantai.
Kemudian, perjalanan diteruskan ke Tanyong Po, sebuah perkampungan nelayan yang menawarkan pemandangan laut. Makan tengahari denagn mencuba pelbagai makanan laut segar di sini.
Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke bandar Hat Yai. Tiba di Hat Yai, nikmati masa santai membeli-belah di tempat-tempat popular seperti Kim Yong Market, Central Festival Hat Yai dan Asean Night Bazaar. Pelbagai barangan tempatan, makanan dan cenderamata menarik boleh didapati di kawasan ini.
Daftar masuk ke hotel di Hat Yai untuk bermalam.
*Pasar terapung Khlong Hae hanya dibuka pada hujung minggu sahaja (Jumaat – Ahad)
- HARI 4: HAT YAI - PADANG BESAR / LAPANGAN TERBANG HATYAI (SP)
Selepas sarapan pagi di hotel, masa bebas diberikan untuk bersiar-siar atau membeli-belah buat kali terakhir di Hatyai. Kemudian, bertolak ke Padang Besar untuk menaiki kereta api atau ke Lapangan Terbang Hatyai untuk penerbangan pulang.
BUTIRAN HARGA
| TARIKH | HARGA SEORANG (MYR) | |||
|---|---|---|---|---|
| DEWASA / KANAK-KANAK (MIN 6-7 PAX) | DEWASA / KANAK-KANAK (MIN 8-10 PAX) | |||
| PILIHAN SENDIRI | 990 | 890 | ||
| Harga tertakluk kepada surcaj jika kumpulan kurang daripada 6 pax | ||||
| DISKAUN WARGA EMAS ATAU LOYALTY - RM50 / SEORANG | ||||
SENARAI PENGINAPAN
| HOTEL PATTHALUNG | HOTEL SATUN | HOTEL HATYAI |
|---|---|---|
| Ozone Resort & Pool Villa atau setaraf | Pak Bara Resort atau setaraf | Golden Crown Grand Hotel atau setaraf |
| Termasuk: Sarapan | Termasuk: Sarapan | Termasuk: Sarapan |
| 1 Malam | 1 Malam | 1 Malam |
SENARAI HARGA TIKET MASUK: (OPTIONAL)
| BIL | BUTIRAN | HARGA SORANG (BAHT) |
|---|---|---|
| 1 | Patthalung Thale Noi Boat | 200 Baht |
| 2 | Wang Sai Thong Waterfall | 200 Baht |
| 3 | Mu Ko National Park | 200 Baht |
- PAKEJ TERMASUK:
- 1x malam penginapan hotel di Patthalung
- 1x malam penginapan hotel di Satun
- 1x malam penginapan hotel di Hat Yai
- 3x sarapan pagi halal di hotel/restoran
- Private transfer dari Immigration Thailand atau Lapangan Terbang Hat Yai
- Van (private sightseeing di Pathalung, Pak Bara & Hat Ya)
- Program & aturcara peribadi boleh diubah mengikut masa /keadaan samasa
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket kereta api ETS / kapal terbang / bas pergi balik dari Malaysia
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Makan tengahari & malam
- Pengangkutan ke Stesen Padang Besar
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- Selain daripada yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Cukai pelancongan Thailand
- Tiket bagi lawatan / aktiviti
- NOTES & SURCHARGE
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Disyorkan membawa bagasi saiz 20/22 sahaja
- Van Thailand max 10 pax per van
- Surcaj untuk Krismas, Tahun Baru dan Hari Raya atau apa-apa perayaan lain & cuti utama Thailand.
- Surcaj cuti sekolah
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT!