SEOUL · NAMI ISLAND · EVERLAND THEME PARK

Tour Code : JAA001

Private tour ke Seoul ini menawarkan gabungan tempat cantik, aktiviti fun dan shopping. Anda akan menikmati suasana romantik di Nami Island serta sehari penuh di Everland Theme Park — sesuai untuk dewasa, keluarga dan pasangan. Perjalanan yang mudah, selesa dan boleh ikut masa sendiri.

HOTEL HARGA SEORANG (MYR) SINGLE SUPP
MIN 2 - 3 PAX MIN 4 - 6 PAX MIN 7 - 10 PAX
TOURIST CLASS OR 3 STAR HOTEL 5,690 4,040 3,500 800
4 STAR HOTEL 6,000 4,450 3,930 1,300

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, guide akan menyambut ketibaan sebelum perjalanan ke Nami Island, pulau ikonik dengan lorong pokok indah lokasi penggambaran drama Winter Sonata. Nikmati lake cruise dan berjalan santai sambil bergambar.

Selepas makan tengah hari, bertolak ke Mt. Sorak National Park. Lawatan ke Gwongeumseong Fortress menggunakan cable car untuk menikmati pemandangan panorama yang menakjubkan (tertakluk kepada cuaca & keselamatan). Singgah di Daepo Wharf Fishery Market.

Daftar masuk hotel / resort berhampiran Mt. Sorak National Park untuk berehat.

Makan tengah hari di restoran Halal Chicken BBQ, dan makan malam di restoran Muslim.

Selepas sarapan pagi, check-out hotel dan bertolak ke Everland Theme Park, taman tema terbesar Korea dengan pelbagai tarikan termasuk roller coaster, safari dan persembahan live. Pilihan untuk tukar ke Lotte World tanpa caj tambahan (tiket masuk percuma).

Selepas itu, singgah membeli-belah di National Ginseng Center atau Amethyst Factory.

Daftar masuk hotel di Seoul untuk berehat.

Makan tengah hari di restoran Korean Seafood, dan makan malam di restoran Muslim.

Lawatan ke Gyeongbokgung Palace dan National Folk Museum, termasuk sesi memakai hanbok. Perjalanan diteruskan melalui kawasan Presidential Blue House untuk sesi bergambar.

Singgah di Kimchi & Seaweed Museum termasuk sesi bergambar memakai hanbok. Petang, lawatan ke Seoul N Tower dan Love Lock Wall (observatory tidak termasuk, menaiki bas). Seterusnya menunaikan solat di International Mosque Seoul.

Daftar masuk hotel di Seoul untuk berehat selepas lawatan.

Makan tengah hari di restoran Korean Halal Friendly, dan makan malam di restoran Muslim (Halal Bulgogi).

Selepas sarapan pagi, lawatan ke COEX Mall & Starfield Library, pusat membeli-belah moden dengan perpustakaan unik dan menjadi tumpuan fotografi. Seterusnya ke Eunpyeong Traditional Hanok Village, kampung tradisional Korea yang cantik.

Sesi membeli-belah di Pine Tree Center, Korean Cosmetic Center, dan Shinsegae Duty Free. Masa bebas membeli-belah di Namdaemun Street Market dan Myeongdong Fashion Street.

Daftar masuk hotel di Seoul.

Makan tengah hari di restoran Korean Seafood, dan makan malam di restoran Muslim.

Selepas sarapan pagi dan check-out hotel, singgah di Korean Souvenir Shop untuk membeli cenderahati terakhir sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Incheon bagi penerbangan pulang.

PENGINAPAN:

JENIS HOTEL NAMA
Seoul 3 Star Hotel Golden City Hotel, The Recenz Hotel, COOP BMK, JK Blossom, Luce Bridge Hotel, Rich Diamond, Lart, Travelodge Dongdaemun, Cs Premiere Hotel, WD Hotel, Benikea Seoul, Intercity Hotel, Benikea Premier Hotel, Ramada Encore Seoul Magok, Thomas hotel, Chisun hotel, Staz Hotel or similar class (tourist hotels)
Seoul 4 Star Hotel Nine Tree Hotel, T Mark Grand, Kukdo Best Western hotel, Hotel, Sotetsu Hotels The Splaisir Myeongdong & Dongdaemun, Dragon City Yongsan, Hotel Ramada, Lotte City, L7 Hotel, Hamilton, New Kukje, Hotel Bernoui, Vabien, Koreana, Best Western, IP Boutique, Coop Residence Centro similar class
Ski resort and Mt. Sorak resort Hanhwa Resort, Daemyung Resort, Ilsung Resort, I-Park Resort, Pheonix park Resort, High Castle Resort, Kum ho Resort or similar class (Only provided Small Towel in Resort)

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!