SEOUL · NAMI ISLAND · MT SEORAK · EVERLAND THEME PARK

Tour Code : JAA001

Hanya dengan minimum 2 orang, anda sudah boleh menikmati percutian lengkap ke Korea. Dari keindahan Nami Island dan Mount Seorak, keseronokan Everland Theme Park hingga aktiviti shopping di Seoul — pakej ini menawarkan gabungan sightseeing, alam semula jadi dan hiburan dalam satu perjalanan yang selesa dan tersusun.

HOTEL HARGA SEORANG (MYR) SINGLE SUPP
MIN 2 - 3 PAX MIN 4 - 6 PAX MIN 7 - 10 PAX
TOURIST CLASS OR 3 STAR HOTEL 5,920 4,590 3,890 1,000
4 STAR HOTEL 6,490 4,550 4,420 1,500

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, guide akan menyambut ketibaan sebelum perjalanan ke Nami Island, pulau ikonik dengan lorong pokok indah lokasi penggambaran drama Winter Sonata. Nikmati lake cruise dan berjalan santai di sepanjang lorong pokok sambil bergambar.

Selepas makan tengah hari, lawatan ke Happy Chowon Farm, sebuah mini zoo halal-friendly yang sesuai untuk bergambar dan menikmati suasana alam. Kemudian bertolak ke Mt. Sorak (Sokcho City) dan singgah di Daepo Wharf Fishery Market, pasar ikan tempatan terkenal dengan hasil laut segar.

Daftar masuk hotel / resort berhampiran Mt. Sorak National Park.

Makan tengah hari di restoran Halal Chicken BBQ, dan makan malam di restoran Muslim.

Selepas sarapan pagi, lawatan ke Mt. Sorak National Park. Nikmati pemandangan menakjubkan dari Gwongeumseong Fortress dengan cable car (tertakluk kepada cuaca & keselamatan).

Seterusnya bertolak kembali ke Seoul, singgah di COEX Mall & Starfield Library, lokasi membeli-belah moden yang terkenal dengan reka bentuk perpustakaan unik. Masa bebas membeli-belah di Dongdaemun Market & DDP.

Daftar masuk hotel di Seoul untuk berehat.

Makan tengah hari di restoran Korean Seafood, dan makan malam di restoran Muslim.

Selepas sarapan pagi, perjalanan ke Everland Theme Park dengan tiket masuk percuma untuk menikmati pelbagai tarikan termasuk roller coaster, safari dan persembahan live. Pilihan untuk tukar ke Lotte World tanpa caj tambahan (tiket masuk percuma).

Selepas itu, singgah membeli-belah di National Ginseng Center atau Amethyst Factory, melihat produk kesihatan dan batu permata semulajadi.

Daftar masuk hotel di Seoul dan berehat.

Makan tengah hari di restoran Korean Halal Friendly, dan makan malam di restoran Muslim.

Selepas sarapan pagi, lawatan ke Gyeongbokgung Palace dan National Folk Museum, termasuk sesi memakai hanbok. Perjalanan diteruskan melalui kawasan Presidential Blue House untuk sesi bergambar.

Singgah di Kimchi & Seaweed Museum termasuk sesi bergambar memakai hanbok. Seterusnya menunaikan solat di International Mosque Seoul.

Daftar masuk hotel di Seoul untuk berehat selepas lawatan.

Makan tengah hari di restoran Muslim, dan makan malam di restoran Muslim.

Selepas sarapan pagi, lawatan ke Eunpyeong Traditional Hanok Village, kawasan kampung tradisional Korea yang menawan dan sesuai untuk bergambar.

Seterusnya, lawatan ke Seoul N Tower & Love Lock Wall (observatory tidak termasuk, menaiki bas). Sesi membeli-belah di Pine Tree Center, Korean Cosmetic Center, Shinsegae Duty Free, serta masa bebas di Namdaemun Street Market & Myeongdong Fashion Street.

Daftar masuk hotel di Seoul selepas aktiviti untuk berehat.

Makan tengah hari di restoran Korean Seafood, dan makan malam di restoran Muslim.

Selepas sarapan pagi dan check-out hotel, singgah di Korean Souvenir Shop sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Incheon bagi penerbangan pulang.

PENGINAPAN:

JENIS HOTEL NAMA
Seoul 3 Star Hotel Golden City Hotel, The Recenz Hotel, COOP BMK, JK Blossom, Luce Bridge Hotel, Rich Diamond, Lart, Travelodge Dongdaemun, Cs Premiere Hotel, WD Hotel, Benikea Seoul, Intercity Hotel, Benikea Premier Hotel, Ramada Encore Seoul Magok, Thomas hotel, Chisun hotel, Staz Hotel or similar class (tourist hotels)
Seoul 4 Star Hotel Nine Tree Hotel, T Mark Grand, Kukdo Best Western hotel, Hotel, Sotetsu Hotels The Splaisir Myeongdong & Dongdaemun, Dragon City Yongsan, Hotel Ramada, Lotte City, L7 Hotel, Hamilton, New Kukje, Hotel Bernoui, Vabien, Koreana, Best Western, IP Boutique, Coop Residence Centro similar class
Ski resort and Mt. Sorak resort Hanhwa Resort, Daemyung Resort, Ilsung Resort, I-Park Resort, Pheonix park Resort, High Castle Resort, Kum ho Resort or similar class (Only provided Small Towel in Resort)

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!