BANGKOK GATEAWAY

Experience Bangkok with a Touch of Authentic Thai Market Adventures!

Tour Code: SMT001

Nikmati percutian ke Bangkok dengan Day Trip ke Mae Klong Railway Market & Damnoen Saduak Floating Market. Saksikan pasar di atas landasan kereta api dan alami keunikan pasar terapung yang penuh warna-warni! Jangan lepaskan peluang meneroka budaya dan keindahan Thailand.

SENARAI HARGA:

TARIKH HARGA SEORANG (RM) GROUP SAIZ
DEWASA / KANAK - KANAK
PILIHAN SENDIRI 700 MIN 4
BANDAR HOTEL ANGGARAN HARGA PER BILIK / PER MALAM
Bangkok Almas Hotel Bangkok RM 200
Nouvo City Hotel RM 320
Al Meroz Hotel Bangkok RM350

Cadangan masa penerbangan:

Arrival: Flight: OD250 / ETA: 10:25 AM / Lapangan Terbang: Don Mueang International Airport

Cadangan Makan Tengahari:

Samat Muslim Food
Alamat: 421 Ratchaprarop Rd, Makkasan, Ratchathewi, Bangkok 10400

Hotel Check-in & Rest

Chocolate Ville – Taman makan bertemakan perkampungan Eropah yang indah. Jalan-jalan, ambil gambar dan nikmati suasana unik di sini. Anda boleh meneroka kawasan menarik dan bersantai di kafe atau restoran.

Asiatique The Riverfront – Pasar malam terbuka di tepi Sungai Chao Phraya. Beli cenderamata, tonton persembahan jalanan, dan nikmati makanan tempatan. Jangan lepaskan peluang menaiki Asiatique Sky Ferris Wheel untuk pemandangan bandar yang menakjubkan.

Mae Klong Railway Market – Pasar unik di mana peniaga berniaga di atas landasan kereta api. Saksikan bagaimana mereka mengalihkan barang jualan setiap kali kereta api lalu – pengalaman yang luar biasa!

Damnoen Saduak Floating Market – Pasar terapung terkenal dengan kanal yang penuh dengan peniaga menjual buah-buahan, makanan tempatan dan barangan kraftangan dari atas sampan. Naik perahu untuk merasai pengalaman pasar ini dengan lebih dekat.

Cadangan Makan Tengah Hari:
Armeen Halal Restaurant
Alamat: C243+36R ป้อมแก้ว, ซอย3, Mae Klong, Mueang Samut Songkhram District, Samut Songkhram 75000, Thailand

Jim Thompson House – Lawati rumah bersejarah Jim Thompson, seorang ahli perniagaan Amerika yang berjasa dalam menghidupkan semula industri sutera Thailand. Rumah ini menampilkan seni bina Thai tradisional dan seni halus yang menarik.

Chao Phraya River Cruise – Nikmati pelayaran indah di Sungai Chao Phraya sambil melihat mercu tanda terkenal seperti Wat Arun, Grand Palace dan Wat Pho. Beberapa pakej pelayaran termasuk hidangan dan muzik langsung untuk pengalaman yang lebih menarik.

Cadangan Makan Tengah Hari:
Jim Thompson, A Thai Restaurant
Alamat: 6, 1 Kasem San 2 Alley, Wang Mai, Pathum Wan, Bangkok 10330, Thailand

Hard Rock Café Bangkok – Tamatkan hari dengan membeli-belah dan menikmati hidangan di lokasi ikonik ini. Terokai kedai runcit mereka untuk barangan eksklusif Hard Rock dan nikmati makanan Amerika dalam suasana yang meriah dan bertenaga.

Cadangan Membeli-belah:
Icon Siam – Pusat beli-belah mewah yang menawarkan jenama antarabangsa, produk tempatan dan lokasi tepi sungai. Jangan lepaskan peluang melihat konsep pasar terapung dalam bangunan dan menikmati hidangan di tepi sungai.

Platinum Mall – Syurga buat pemburu tawar-menawar, terkenal dengan fesyen mampu milik, aksesori, dan barangan borong.

Pengangkutan ke lapangan terbang pada jam 8:00 AM ke Don Mueang Airport untuk penerbangan OD521 (ETD: 11:50 AM).

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!