TURKEY
Experience Turkiye from Bursa to Istanbul—historic cities, natural wonders, and vibrant culture all in one epic adventure!
Tour Code: DTM01
Satu perjalanan menyeluruh merentasi bandar ikonik Turkiye, dari suasana tradisi Bursa, keindahan Aegean di Alacati, kolam travertine Pamukkale, sejarah Konya, landskap magis Cappadocia hingga kemegahan bandar Ankara dan Istanbul—dirangka khas untuk keselesaan kumpulan kecil dengan hidangan halal penuh sepanjang trip.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI ISTANBUL - BURSA (MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Sabiha, anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan sebelum bertolak terus ke Bursa untuk makan malam dan daftar masuk hotel untuk bermalam.
- HARI 2 : BURSA - IZMIR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, kemudian peserta akan melawat Grand Mosque, sebuah masjid bersejarah yang terkenal dengan seni bina Uthmaniyah yang mengagumkan. Di sini, peserta dapat melihat ukiran kaligrafi besar yang menjadi tarikan utama masjid ini.
Seterusnya, peserta singgah di Silk Bazaar yang terkenal sebagai pusat tekstil dan sutera tradisional. Pengunjung boleh melihat pelbagai koleksi fabrik tempatan serta membeli cenderahati unik.
Lawatan diteruskan ke Cumalikizik Village, sebuah perkampungan kuno yang masih mengekalkan rumah kayu dan batu berusia ratusan tahun. Suasananya yang tenang memberikan pengalaman menyelami kehidupan tradisional Turki.
Selepas lawatan dan makan tengah hari, peserta akan bertolak ke Izmir untuk bermalam. Sepanjang perjalanan ke Izmir, peserta akan disajikan dengan pemandangan laut Aegean yang membiru serta deretan bangunan moden di sepanjang pesisir. Setelah tiba, makan malam dan daftar masuk hotel untuk berehat.
- HARI 3 : IZMIR - ALACATI - PAMUKKALE (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa untuk bergambar di Izmir Clock Tower, mercu tanda ikonik yang terletak di Konak Square dan menjadi simbol utama kota Izmir. Di sini, peserta boleh menikmati suasana waterfront yang tenang sambil merakam foto kenangan.
Seterusnya, peserta meneruskan lawatan ke Alacati Town, sebuah pekan kecil yang terkenal dengan rumah batu berwarna pastel, laluan sempit yang cantik dan kafe-kafe hipster. Pekan ini turut dikenali sebagai destinasi Instagrammable paling popular di Izmir kerana suasananya yang santai dan penuh karakter.
Selepas makan tengah hari, peserta akan bertolak ke Pamukkale, menikmati pemandangan ladang zaitun dan bukit berbatu sepanjang perjalanan. Sebelum tiba, peserta akan berhenti di kedai Leather untuk membeli barangan kulit Turkiye yang terkenal dengan kualiti premium dan rekaan eksklusif.
Setelah tiba, makan malam dan daftar masuk hotel untuk berehat.
Optional program: Ephesus or Virgin Mary House
- HARI 4: PAMUKKALE - KONYA - CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa melawat Cotton Castle (Pamukkale), kawasan teres travertine putih yang kelihatan seperti istana kapas terbentang di lereng bukit. Di sini, peserta boleh menikmati pemandangan semula jadi yang unik sambil merasai sendiri air panas mineral yang terkenal sejak zaman purba.
Setelah itu, perjalanan diteruskan menuju ke Konya, bandar bersejarah yang terkenal sebagai pusat sufi dan budaya Mevlana. Pemandangan padang terbuka dan gunung berbatu mengiringi perjalanan merentasi kawasan Anatolia.
Dalam perjalanan, peserta akan berhenti untuk bergambar di Obruk Sinkhole, kawah semula jadi yang terbentuk ribuan tahun dengan warna air biru kehijauan yang memukau. Peserta juga singgah di Caravanserai, tempat persinggahan perdagangan lama yang masih mengekalkan seni bina tradisional Turkiye.
Seterusnya, peserta akan meneruskan perjalanan ke Cappadocia, salah satu destinasi paling ikonik di Turkiye. Sepanjang perjalanan, peserta dapat melihat landskap batuan unik yang menandakan kemasukan ke wilayah Cappadocia yang mempesona. Setelah tiba di hotel, makan malam dan daftar masuk hotel untuk berehat.
- HARI 5: CAPPADOCIA FULL DAY TOUR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, Peserta akan dibawa melawat Cardak Underground City, kota bawah tanah purba yang dibina sebagai tempat perlindungan pada zaman dahulu. Di sini, peserta dapat melihat terowong sempit dan ruang kediaman yang masih terpelihara. Seterusnya, peserta meneruskan lawatan ke Love Valley, lembah terkenal dengan formasi batu yang unik dan pemandangan semula jadi yang sangat memukau. Lawatan diteruskan ke Avanos Village, sebuah perkampungan seni yang terkenal dengan tembikar tradisional yang diwarisi sejak ribuan tahun.
Perjalanan diteruskan dengan singgah bergambar di Pigeon Valley, lembah indah yang dinamakan sempena rumah burung merpati yang terukir pada dinding batu. Peserta juga akan berhenti untuk photostop di Uchisar Castle, kubu batu tertinggi di Cappadocia yang menawarkan panorama seluruh kawasan sekitarnya.
Selepas itu, peserta akan berhenti di kedai Carpet & Pottery, tempat terbaik untuk melihat hasil kraftangan Turkiye yang berkualiti tinggi. Di sini, peserta boleh membeli permaidani buatan tangan dan tembikar unik sebagai cenderahati istimewa. Kemudian, kembali ke hotel untuk makan malam dan berehat.
Optional program: Hot-Air Balloon, Jeep Safari, Mevlana Show & Belly Dance Show with Drink
- HARI 6: CAPPADOCIA - ANKARA - BOLU (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, peserta akan memulakan perjalanan ke Ankara, dengan singgah seketika untuk photo stop di Salt Lake, tasik luas yang cantik dengan panorama unik.
Setibanya di Ankara, lawatan diteruskan ke Mausoleum Ataturk (Anıtkabir), tempat persemadian pengasas Turki moden sambil menikmati seni bina yang mengagumkan dan suasana sejarah yang mendalam.
Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Bolu untuk bermalam. Sepanjang perjalanan menaiki bas, peserta akan disajikan pemandangan pergunungan dan hutan hijau yang subur, bukit-bukau bergelombang, serta lembah dan sungai yang jernih. Setibanya di Bolu, peserta akan makan malam dan berehat di hotel.
- HARI 7: BOLU - ISTANBUL (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, peserta akan bergerak dari Bolu ke Istanbul. Perjalanan menaiki bas mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam. (Bergantung pada trafik) Sepanjang perjalanan, peserta akan disajikan pemandangan bukit-bukau hijau, hutan tebal dan tasik-tasik kecil yang cantik, manakala kampung tradisional Turki dengan rumah-rumah kayu dan kebun-kebun buah muncul sesekali di tepi jalan. Jalan raya yang melintasi pergunungan memberi panorama menenangkan dan peluang bergambar dari dalam bas.
Setibanya di Istanbul, peserta akan dibawa ke Grand Bazaar untuk sesi membeli-belah. Di sini, boleh melihat dan membeli cenderahati tradisional Turki termasuk Turkish Delight dan kraftangan tempatan yang unik.
Selepas itu, peserta akan menikmati makan malam di restoran tempatan, merasai hidangan tradisional Turki yang asli sebelum check-in dan berehat di hotel.
Optional program: Bosphorus Cruise (min 10paxs), Dolmabache Palace & Underground Cistern
- HARI 8: ISTANBUL FULL DAY TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, peserta akan memulakan lawatan di Old City district yang penuh dengan sejarah. Lawatan bermula dengan Blue Mosque, masjid ikonik dengan seni bina menarik dan kubah yang megah. Seterusnya, peserta akan melihat Hippodrome, tapak lama yang pernah menjadi pusat sukan dan acara awam pada zaman Empayar Byzantine. Terdapat juga photo stop di Hagia Sophia, mercu tanda bersejarah yang menakjubkan, dan photo stop di Topkapi Palace 1st Courtyard, istana megah yang memaparkan kehidupan penguasa Uthmaniyyah.
Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Ortakoy Village, sebuah kampung cantik di tepi Bosphorus yang terkenal dengan suasana santai dan kedai-kedai kecil. Kemudian, peserta akan dibawa ke Taksim Square untuk sesi membeli-belah dan merasai suasana kota moden Istanbul, lengkap dengan butik, kafe dan kraftangan tempatan.
Pada penghujung hari, peserta akan menikmati makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 8: ISTANBUL - TIBA DI KUALA LUMPUR (SP/MT)
Selepas sarapan pagi, peserta akan memulakan lawatan ke Balat, kawasan bersejarah di Istanbul yang terkenal dengan rumah-rumah berwarna-warni dan suasana tradisional yang menawan. Peserta juga akan berhenti bergambar di Rainbow Stairway, lokasi popular untuk foto kenangan dengan latar belakang tangga penuh warna-warni.
Selepas itu, peserta akan menikmati makan tengah hari di restoran tempatan, mencuba hidangan tradisional Turkiye sambil berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Setelah selesai, peserta akan bertolak ke Lapangan Terbang Sabiha untuk penerbangan pulang ke tanah air. Perjalanan penuh kenangan ini berakhir, membawa pulang pengalaman dan momen indah sepanjang jelajah Turkiye.
- BUTIRAN HARGA:
| PAKEJ | HARGA SEORANG (MYR) | SINGLE SUPP | GROUP SIZE (PAX) | |||
|---|---|---|---|---|---|---|
| BASED ON TWIN / TRIPLE SHARING ROOM | ||||||
| TWIN/ TRIPLE | KANAK-KANAK DENGAN KATIL (6 - 11 TAHUN) | KANAK-KANAK TANPA KATIL (2 - 5 TAHUN) | ||||
| Ground only | 6,590 | 5,600 | 4,650 | 1,200 | 4 | |
| 5,290 | 4,500 | 3,700 | 1,200 | 6 | ||
| 4,790 | 4,090 | 3,390 | 1,200 | 8 | ||
| Penerbangan pergi balik AirArabia KUL-SAW-KUL (kos RM4,000/seorang)* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel 8 malam bertaraf 4/5* sepanjang lawatan.
- Sarapan pagi di hotel, makan tengah hari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tour guide berbahasa Inggeris.
- Pengangkutan yang selesa sepanjang lawatan. (12 seats)
- Tiket masuk lawatan mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke Cardak Underground, Hierapolis & Cotton Castle
- Air mineral di dalam bas (1 botol/pax/hari)
- Air mineral sewaktu makan(1 botol besar/4pax)
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan
- Insurans perjalanan RM115/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Tips untuk guide & driver
- 15pax kebawah - (8 USD/pax/hari)
- 15pax keatas - (5 USD/pax/hari)
- Perbelanjaan Peribadi
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj untuk Krismas, Tahun Baru dan Hari Raya
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Dec 2026
- PENGINAPAN
| BANDAR | HOTEL / SIMILAR* | BILANGAN MALAM |
|---|---|---|
| Bursa | Levor Hotel | 1 |
| Izmir | Hampton By Hilton Aliaga | 1 |
| Pamukkale | Kaya Thermal | 1 |
| Cappadocia | Emin Kocak Hotel | 2 |
| Bolu | Elifim Hotel | 1 |
| Istanbul | Golden Way Hotel | 2 |
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN