JAPAN - OSAKA, KYOTO & NARA

Journey Through History: Discover Osaka, Kyoto & Nara!

Tour Code: DZH001

Pakej ini sesuai untuk anda yang mahu travel ke Jepun bersama keluarga atau geng sendiri. Lawati Osaka, Kyoto dan Nara, dan luangkan masa berseronok di Universal Studios Japan. Itinerari ringkas, tidak rushing dan sesuai untuk semua peringkat umur.

TARIKH HARGA PAKEJ SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA / BERTIGA KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL BAYI (BAWAH 2 TAHUN)
PILIHAN SENDIRI 4,800 4,550 4,200 PERCUMA MIN 6
POLISI PEMANDU PELANCONG
Waktu kerja biasa bagi pemandu pelancong kami adalah dari 9 pagi hingga 8 malam
Caj akan dikenakan sekiranya lebih dari waktu bekerja.

Tiba di Kansai International Airport.

Lawatan di Nara:
• Nara Park: Nara Park terletak di bahagian Nara di wilayah Kansai. Nara Park adalah salah satu tempat yang mesti dilawati kerana tarikan di kawasan tersebut yang terdapat rusa-rusa yang jinak dan bebas berkeliaran. Rusa-rusa di sini di bawah perlindungan “Deer Preservation Foundation” di mana tindakan akan dikenakan oleh pihak berkuasa di Jepun sekiranya didapati bersalah. Rusa-rusa di sini tersangat jinak dan akan menunduk kepada pengunjung yang hendak dan memberi mereka makanan.

Bertolak ke hotel. Bermalam di Kyoto.

Lawatan ke Kyoto

• Sagano Romantic Train, atau “Sagano Torokko Ressha,” adalah kereta api pelancongan yang menarik di Sagano Scenic Railway, Kyoto. Ia melalui lembah Sungai Hozu dengan pemandangan yang menakjubkan sepanjang tahun. Dengan perjalanan yang perlahan, penumpang dapat menikmati bunga sakura, kehijauan musim panas, daun merah musim luruh, dan salji musim sejuk. Pengalaman ini pasti meninggalkan kenangan indah bagi pengunjung.

• Bamboo Forest ialah tempat paling terkenal di Arashiyama kerana laluan yang membelah rumpun buluh membuatkan boleh berjalan kaki. Hutan-hutan itu amat menarik apabila angin bertiup sepoi-sepoi dan tangkai buluh yang tinggi bergoyang-goyang perlahan-lahan ke sana ke mari. Buluh itu telah digunakan untuk mengeluarkan pelbagai produk, seperti bakul, cawan, kotak dan tikar di bengkel tempatan selama berabad-abad.

• Jambatan Togetsukyo (Togetsukyo bridge) ialah mercu tanda pusat Arashiyama yang terkenal, banyak kedai kecil, restoran dan tarikan lain terdapat berdekatan, termasuk Tenryuji temple, Bamboo Forest dan bot-bot keseronokan yang boleh disewa di sungai.

• Fushimi Inari Shrine: Kuil  Shinto yang penting di selatan Kyoto. la terkenal dengan beribu-ribu pintu gerbang torii berwarna merah jambu, yang merangkumi rangkaian denai di belakang bangunan utamanya. Laluan menuju ke hutan berhutan Gunung Inari yang suci, yang berdiri pada 233 meter dan tergolong dalam kawasan kuil

Makan malam dan bermalam di Osaka.

• Universal Studio Japan (USJ), yang terletak di Osaka, Jepun, merupakan salah satu taman hiburan terkenal di dunia. Dibuka pada tahun 2001, taman ini menawarkan pengalaman luar biasa dengan wahana dan atraksi yang terinspirasi dari warisan filem Universal Studios Hollywood.

*Tiket masuk tempat-tempat lawatan ini termasuk dalam pakej.

Bermalam di Osaka.

Lawatan seharian ke Osaka

• Museum of Housing and Living ialah sebuah muzium di Osaka, Jepun, yang menawarkan gambaran tentang kehidupan harian dan perumahan dari zaman Edo hingga zaman Showa. Muzium ini menampilkan replika berskala penuh bangunan dan jalan-jalan dari zaman Edo, membolehkan pengunjung merasai suasana kehidupan pada masa itu. Selain itu, muzium ini mempunyai pameran interaktif, paparan bermusim, dan pelbagai artifak sejarah. 

•  Tempozan Ferris Wheel ialah roda ferris setinggi 112 meter yang terletak di Osaka, Jepun, di Tempozan Harbour Village, bersebelahan dengan Akuarium Osaka Kaiyukan, salah satu akuarium terbesar di dunia. Roda itu mempunyai ketinggian 112.5 meter dan diameter 100 meter.

•  Melawat Osaka Castle. Osaka Castle adalah salah satu simbol yang memaparkan bandar Osaka. Istana Osaka mempunyai sejarah yang panjang dan merupakan salah satu istana yang banyak berperang di zaman dahulu dan terselamat dari banyak bencana. Pada zaman sekarang ini, Istana Osaka menjadi tarikan pelancong di mana masih lagi berdiri dengan moden dan boleh dilihat dari luar kawasan istana. Keluasan Istana Osaka sangatlah besar, mengambil masa dalam 1 jam lebih.
 
• Melawat Osaka Masjid ialah masjid terbesar di Osaka dan terdekat dari bandar Osaka. Masjid Osaka bukan di dalam kawasan bandar Osaka, tetapi masih boleh sampai di situ dengan menaiki kereta api. Kawasan masjid Osaka juga terdapat kedai barang-barang halal dan menyediakan makanan halal tradisional Jepun.
 
• Umeda Sky Building ialah  dua menara pencakar langit yang terletak di Osaka, Jepun. Bangunan ini terletak di pinggiran distrik perniagaan Umeda di Kita-ku. Ia terdiri daripada dua menara setinggi 40 tingkat yang berhubung pada dua tingkat teratas mereka melalui jambatan kaca dengan eskalator dan lif. Umeda Sky Building adalah salah satu bangunan tertinggi di prefektur ini dan merupakan salah satu mercu tanda yang paling mudah dikenali di bandar Osaka.
 
• Shinsaibashi street atau dikenali sebagai Dotonbori adalah daerah hiburan yang paling terkenal di bandar ini dan menawarkan pilihan tempat makan dan membeli-belah yang banyak.
 
• Bermalam di Osaka.

Masa santai di hotel sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL BILANGAN MALAM
Kyoto Nara Royal Hotel / Similar 1
Osaka Hotel Nikko Osaka / Similar 3

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG