Experience Japan's Most Beautiful Autumn

Tokyo, Mt. Fuji, Kawaguchiko, Momiji & Odaiba

Tour Code: MT02

Nikmati keindahan musim luruh di Jepun melalui perjalanan yang menggabungkan panorama ikonik, warisan budaya dan pesona bandar moden. Saksikan keindahan Mt. Fuji, Tasik Kawaguchiko yang diselubungi warna-warni Momiji, sebelum meneruskan penerokaan ke Asakusa dan Odaiba yang melengkapkan pengalaman Autumn di Tokyo.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
20/11 - 24/11 Autumn (OD) 6,080 1,000 6,080 5,800 5,230 15 Pax
DISKAUN SENIOR CITIZEN / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, rombongan akan disambut oleh wakil tempatan sebelum memulakan pengembaraan di bumi Jepun.

Lawatan dimulakan di Asakusa, salah sebuah kawasan paling bersejarah di Tokyo yang masih mengekalkan suasana Jepun tradisional. Di sini, peserta berpeluang melihat Kaminarimon Gate, pintu gerbang ikonik berwarna merah yang menjadi simbol Asakusa, sebelum berjalan menyusuri Nakamise Street yang dipenuhi deretan kedai cenderamata, makanan tradisional serta kraftangan Jepun.

Perjalanan diteruskan ke Ueno untuk mengunjungi Ameyoko Street Market, sebuah pasar yang terkenal dengan pelbagai pilihan barangan, pakaian, kosmetik, makanan ringan serta produk tempatan pada harga yang menarik. Kawasan ini juga merupakan antara lokasi membeli-belah paling popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Selepas selesai lawatan, rombongan akan menuju ke hotel untuk urusan daftar masuk dan berehat selepas penerbangan.

Bermalam di Tokyo.

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak menuju ke kawasan Gunung Fuji, gunung tertinggi di Jepun yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO serta menjadi simbol negara Matahari Terbit.

Persinggahan pertama ialah di Iyashi no Sato, sebuah perkampungan tradisional Jepun yang dibina semula dengan rumah-rumah beratap jerami berlatarbelakangkan Gunung Fuji. Kawasan ini menawarkan suasana desa Jepun yang tenang serta menjadi lokasi bergambar yang sangat popular.

Perjalanan diteruskan ke Tasik Kawaguchiko dan Oishi Park, antara lokasi terbaik untuk menikmati panorama Gunung Fuji. Sekiranya cuaca mengizinkan, peserta berpeluang menyaksikan keindahan landskap musim luruh yang menghiasi kawasan sekitar tasik.

Sebelum kembali ke Tokyo, rombongan akan singgah di Gotemba Premium Outlets, pusat beli-belah outlet terbesar di Jepun yang menempatkan ratusan jenama antarabangsa dan tempatan dengan harga yang menarik.

Bermalam di Tokyo.

Sarapan pagi di hotel.

Hari ini merupakan hari bebas untuk peserta meneroka Tokyo mengikut perancangan sendiri. Peserta boleh memilih untuk membeli-belah di Shinjuku atau Ginza, mengunjungi Akihabara, menikmati pengalaman digital di teamLab, atau melawat taman tema seperti Tokyo Disneyland, DisneySea atau Sanrio Puroland.

Tiada perkhidmatan pengangkutan dan pemandu pelancong disediakan pada hari ini.

Bermalam di Tokyo.

Sarapan pagi di hotel.

Hari ini merupakan hari bebas untuk peserta meneroka Tokyo mengikut perancangan sendiri. Peserta boleh memilih untuk membeli-belah di Shinjuku atau Ginza, mengunjungi Akihabara, menikmati pengalaman digital di teamLab, atau melawat taman tema seperti Tokyo Disneyland, DisneySea atau Sanrio Puroland.

Tiada perkhidmatan pengangkutan dan pemandu pelancong disediakan pada hari ini.

Bermalam di Tokyo.

Sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar.

Lawatan terakhir dimulakan di Odaiba, sebuah pulau buatan yang terkenal dengan pemandangan Rainbow Bridge, pusat beli-belah Aqua City dan DiverCity Tokyo Plaza.

Seterusnya, peserta akan singgah untuk bergambar di Tokyo Tower, mercu tanda ikonik yang telah menjadi simbol bandar Tokyo sejak tahun 1958.

Pada waktu yang ditetapkan, rombongan akan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita bagi menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pulang kenangan indah sepanjang percutian di Jepun

Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan indah. Alhamdulillah.

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL ATAU SETARA
Tokyo Toyoko Inn

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

 

BUTIRAN PENERBANGAN: BATIK AIR (OD)

OD 872  KUL NRT  0010 0825

OD 871  NRT KUL  2150  0420

NON- REFUNDABLE DEPOSIT

RM3,000 / SEORANG