Kembara Eksklusif Merentasi Alps Megah – Dari Germany, Austria & Italy

Nikmati perjalanan ikonik merentasi tiga kawasan paling mempesona di Eropah – Bavarian Alps yang penuh warisan di Jerman, Tyrol yang bergunung indah di Austria, dan puncak dramatik Dolomites di Itali. Direka sebagai tour original yang eksklusif, pengalaman ini membawa anda ke lokasi luar biasa, jauh dari laluan tipikal – setiap hari disusun untuk mencipta rasa kagum, tenang dan teruja. Ini bukan sekadar tour, ini adalah The Alps Experience yang sebenar.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
SPECIAL! EARLY BIRD BERDUA / BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
23/4 - 1/5 Spring 13,790 14,290 2,500 13,290 12,990 11 - 14 pax
14/5 - 22/5 Spring 13,790 14,290 2,500 13,290 12,990
5/6 - 13/6 Summer 13,790 14,290 2,500 13,290 12,990
17/9 - 25/9 Autumn 13,790 14,290 2,500 13,290 12,990
8/10 - 16/10 Autumn 13,790 14,290 2,500 13,290 12,990
29/10 - 6/11 Autumn 13,790 14,290 2,500 13,290 12,990
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR YANG PERTAMA!
Surcharge RM500 / seorang untuk saiz kumpulan 9-10 pax
SENIOR CITIZEN – RM150 / PAX (58 TAHUN KE ATAS) INSTANT CASHBAK REWARDS - UP TO RM140 / PAX LOYALTY DISCOUNT - RM200 / PAX

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas, daftar masuk dan berlepas

Setibanya di Lapangan Terbang Munich, selesaikan urusan imigresen, kastam dan pengambilan bagasi. Kemudian, bersiap untuk memulakan perjalanan melintasi sempadan Jerman ke Austria, menelusuri laluan indah menuju kawasan pergunungan yang dikenali sebagai ‘3 Alps’, iaitu gabungan kawasan alpine memukau di sempadan Jerman, Austria dan Itali. Perjalanan ini memperkenalkan suasana desa Eropah dengan latar belakang gunung-ganang yang menjadi tarikan utama dalam siri jelajah 3 Alps ini.

Destinasi pertama ialah Swarovski Crystal Worlds di Wattens, pusat interaktif yang diasaskan oleh jenama kristal mewah Swarovski. Tarikan ini menampilkan gabungan galeri seni moden, pemasangan cahaya dan bilik-bilik pameran unik yang dikenali sebagai “Chambers of Wonder”, direka oleh artis antarabangsa.

Kemudian, bertolak terus ke Innsbruck, bandar bersejarah di Austria yang terletak di tengah banjaran Alps. Perjalanan mengambil masa sekitar dua jam melalui lebuh raya yang menawarkan pemandangan gunung sepanjang perjalanan. Innsbruck merupakan ibu negeri wilayah Tirol dan terkenal sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Setibanya di pusat bandar, makan tengah hari sebelum memulakan lawatan di kawasan Old Town Innsbruck, pusat bersejarah yang masih mengekalkan elemen seni bina zaman pertengahan. Antara tarikan utama di sini ialah Golden Roof (Goldenes Dachl), sebuah struktur ikonik dari abad ke-15 yang dihiasi lebih 2,600 jubin tembaga bersadur emas. Tidak jauh dari situ terletak Hofburg Palace, istana lama keluarga diraja Habsburg yang menjadi simbol sejarah Austria (lawatan luar sahaja). Masa santai di sepanjang tebing Sungai Inn, yang merentasi tengah bandar Innsbruck. Di sini, anda berpeluang menikmati suasana tenang sambil bergambar.

Sebelah petang, pilihan untuk menaiki Nordkette Cable Car ke puncak pergunungan. Bagi yang tidak menyertai aktiviti ini, boleh terus ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Akhir sekali, daftar masuk hotel dan bermalam di Innsbruck.

Sarapan pagi dan teruskan perjalan ke Itali menuju kawasan Dolomites – salah satu highlight utama dalam siri jelajah 3 Alps ini. Banjaran gunung yang dramatik ini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan terkenal dengan landskap berbatu yang luar biasa serta keindahan semula jadinya.

Singgah di Lago di Braies, tasik alpine yang terkenal dengan air jernih berwarna zamrud dan dikelilingi gunung batu kapur. Tasik ini sangat popular dalam kalangan jurugambar dan pengunjung yang ingin berjalan santai di sekitarnya atau menyewa bot kayu (tidak termasuk aktiviti bot). Makan tengahari disini.

Pada sebelah petang, teruskan perjalanan ke Cortina d’Ampezzo, sebuah pekan alpine yang terkenal sebagai pusat peranginan musim sejuk dan sukan Olimpik juga merupakan host olimpik pada tahun 2026. Dikenali juga sebagai “Ratu Dolomites”, Cortina menawarkan suasana gunung yang tenang dan bangunan chalet klasik yang sangat indah. Akhir sekali, daftar masuk hotel dan bermalam di Cortina.

Selepas sarapan pagi, bertolak awal dari Cortina d’Ampezzo dan memulakan perjalanan melalui salah satu laluan tercantik di pergunungan Dolomites – dikenali sebagai The Great Dolomites Road. Laluan ini merentasi kawasan Val Gardena melalui Passo Gardena, laluan yang terkenal dengan selekoh-selekoh dramatik, cerun curam serta pemandangan luar biasa banjaran Alps. Beberapa hentian akan dibuat untuk mengambil gambar di lokasi strategik.

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Ortisei, sebuah bandar alpine yang terkenal dengan suasana tradisional Tyrolean serta terkenal dengan seni ukiran kayu. Sebaik tiba, masa diberikan untuk makan tengah hari dan meneroka pusat bandar Ortisei yang indah. Pilihan untuk menaiki kereta kabel ke kawasan pergunungan yang menawarkan panorama menakjubkan formasi batu kapur seperti Sciliar dan Sasso Piatto.

Menjelang lewat petang, perjalanan diteruskan menuju ke Bolzano, ibu negeri wilayah Tyrol Selatan yang menggabungkan budaya Itali dan Austria. Bandar ini juga dikenali sebagai gerbang ke Alps Itali.

Tiba di Bolzano, daftar masuk hotel dan berehat.

Nikmati sarapan pagi. Kemudian, nikmati lawatan singkat ke Bolzano Old Town, kawasan yang terkenal dengan bangunan bercirikan gaya Gothic dan suasana Eropah Tengah. Lawatan termasuk ke Piazza Walther dan nikmati masa santai di deretan kedai menjual pelbagai hasil tempatan. Seterusnya ke Ötzi Museum yang menempatkan mumia berusia lebih 5,000 tahun yang ditemui dalam glasier di Alps.

Selepas itu, perjalanan diteruskan ke arah utara, kembali merentasi sempadan Austria untuk singgah sebentar di Seefeld in Tirol, sebuah pekan kecil yang sering menjadi lokasi rehat dalam laluan alpine. Di sini, anda boleh nikmati kopi sambil melihat pemandangan kawasan resort ski dan Tirol Alps.

Pada sebelah petang, tiba di Garmisch-Partenkirchen, bandar peranginan musim sejuk utama di selatan Jerman. Pekan ini terkenal sebagai pintu masuk ke puncak tertinggi Jerman, Zugspitze. Pekan ini memiliki suasana tradisional dengan rumah-rumah kayu, lukisan dinding bergaya Lüftlmalerei. Sebelum daftar masuk hotel, luangkan masa di kawasan Old Town (Altstadt). Akhir sekali, daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi, nikmati masa santai di hotel pada waktu pagi atau pilihan untuk menaiki kereta kabel / Cogwheel Train di Garmisch-Partenkirchen untuk pengalaman ke puncak tertinggi di Jerman, iaitu Zugspitze (Top of Germany Mountain). Dari atas ketinggian hampir 3,000 meter, anda dapat menikmati pemandangan 360 darjah merentasi lebih 400 puncak gunung di Jerman, Austria, Switzerland dan Itali. Masa santai di dek pemerhatian atau menikmati minuman panas di kafe sambil menghayati keindahan pergunungan Alps.

Pada waktu tengah hari, singgah sebentar di kawasan Tasik Eibsee (bergantung kepada ketersediaan masa), sebuah tasik Alpine yang terkenal dengan airnya yang jernih kehijauan, dikelilingi oleh hutan tebal dan landskap gunung-ganang. Kemudian, bergerak ke Neuschwanstein Castle, salah satu istana paling ikonik di dunia yang dibina oleh Raja Ludwig II dari Bavaria. Istana bergaya romantik ini terletak di kaki gunung Hohenschwangau dan menjadi inspirasi kepada rekaan istana dalam filem animasi Disney. Lawatan termasuk menaiki shuttle bus ke kawasan Marienbrücke, jambatan gantung yang menawarkan pemandangan menakjubkan ke arah istana dan persekitaran hutan serta gunung.

Selesai lawatan, kembali semula ke Garmisch-Partenkirchen untuk bermalam.

Selepas sarapan pagi, perjalanan dimulakan dengan menuju ke Mittenwald, sebuah pekan kecil yang terletak di kaki pergunungan Alps dan terkenal dengan seni lukisan fasad (Lüftlmalerei) pada bangunan tradisional Bavarian. Perkampungan ini juga dikenali sebagai pusat pembuatan biola klasik di Jerman. Masa santai disini sebelum meneruskan perjalanan memasuki Austria.

Perjalanan diteruskan merentasi sempadan Austria menuju ke Zell am See, sebuah bandar peranginan yang indah di tepi tasik jernih dengan latar belakang banjaran Alps. Tiba di Zell am See nikmati masa bebas untuk bergambar dan bersiar-siar di kawasan promenade tepi tasik. Makan tengah hari disini (kos sendiri).

Bergerak ke Salzburg, singgahan pertama ke Designer Outlet Salzburg, sebuah pusat beli-belah yang menempatkan pelbagai jenama antarabangsa pada harga diskaun. Masa diberikan untuk membeli-belah.

Akhir sekali, bertolak ke hotel untuk daftar masuk dan berehat. Salzburg merupakan sebuah bandar warisan UNESCO yang terkenal sebagai tempat kelahiran komposer terkenal Mozart dan lokasi penggambaran filem The Sound of Music.

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Mulakan hari dengan meneroka bandar Salzburg. Lawatan termasuk ke Mirabell Gardens, taman diraja yang terkenal dengan lanskap simetri dan patung-patung klasik. Seterusnya, kunjungi Salzburg Cathedral, gereja utama dari abad ke-17, sebelum menikmati sesi berjalan kaki santai merentasi kawasan bersejarah Old Town Salzburg (Altstadt), yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Setelah selesai lawatan, teruskan perjalanan ke Munich, ibu negeri Bavaria yang moden namun sarat dengan sejarah. Setelah tiba, berkunjung ke Marienplatz, dataran utama yang menempatkan bangunan Majlis Bandaraya Lama dan jam bersejarah Glockenspiel. Makan tengahari disini.

Seterusnya, singgah di BMW Welt, sebuah pusat pameran automotif yang futuristik dan ikonik di Munich. Di sini, anda boleh melihat dari dekat lebih daripada 100 model kenderaan terkini dan klasik daripada jenama ternama seperti BMW, MINI dan Rolls-Royce yang dipamerkan. Selain pameran statik, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai paparan teknologi automotif, simulasi pemanduan, serta konsep mobiliti masa depan.

Perjalanan diteruskan ke Olympiapark, tapak bersejarah yang dibina khas untuk temasya Sukan Olimpik Musim Panas 1972. Kini, kawasan ini menjadi ruang riadah terbuka yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang lengkap dengan tasik buatan, menara pemerhatian dan laluan berjalan kaki yang mengelilingi kompleks sukan.

Akhir sekali, singgah di Allianz Arena, stadium rasmi kelab bola sepak tersohor Jerman, FC Bayern Munich. Lawatan adalah bergambar dari luar dan pengunjung berpeluang membeli cenderahati rasmi kelab di kedai rasminya yang terletak di kawasan stadium.

Bertolak ke hotel dan berehat. Bermalam di Munich.

Sarapan pagi dan masa lapang sehingga masa daftar keluar. Bertolak ke lapangan terbang pada sebelah petang dan kita mengucapkan selamat tinggal kepada bandar ini!

Berlepas ke Kuala Lumpur.

SENARAI PENGINAPAN: HOTEL 3*

Bandar Hotel *atau setara
Innsbruck Hotel Stubai*
Cortina Best Western Hotel Nevada*
Garmisch Partenkirchen Mercure Hotel Garmisch Partenkirchen*
Bolzano Fiera Bolzano*
Salzburg Leonardo Hotel Salzburg*
Munich Holiday Inn Munich – Unterhaching*

Jadual perjalanan di atas untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

FLIGHT DETAILS: QATAR AIRWAYS (QR)

QR853  KUL DOH  2020 2245

QR059  DOH MUC  0200 0700

QR058  MUC DOH  1650 2325

QR852  DOH KUL   0235 1510

TRAVEL MAP

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM3,000 / PER PERSON