Kembara Ancient Mini Silk Road China
Tour Code: W002
XIAN – XINING – ZHANGYE – LANZHOU – LINXIA
Nikmati keindahan Laluan Sutera Kuno dari Xian hingga Linxia! Saksikan Tentera Terracotta, pemandangan menakjubkan Rainbow Mountain, menunggang unta di gurun Zhangye, serta jelajahi masjid bersejarah dan pasar malam Lanzhou. Pakej lengkap dengan hotel 4⭐, kereta api laju & sajian halal!

- MAKLUMAT HARGA:
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN (MIN) | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||
2025 | ||||||||
10/12 - 17/2 | Winter (GJ) | 4,790 | 600 | 4,790 | 4,590 | 4,490 | 15 pax | |
26/12 - 2/1 | Winter (GJ) | 4,790 | 600 | 4,790 | 4,590 | 4,490 | ||
2026 | ||||||||
4/1 - 11/1 | Winter (GJ) | 4,790 | 600 | 4,790 | 4,590 | 4,490 | 15 pax | |
21/1 - 28/1 | Winter (GJ) | 4,790 | 600 | 4,790 | 4,590 | 4,490 | ||
4/2 - 11/2 | Spring (GJ) | 4,790 | 600 | 4,790 | 4,590 | 4,490 | ||
25/3 - 1/4 | Spring (GJ) | 4,790 | 600 | 4,790 | 4,590 | 4,490 | ||
15/4 - 22/4 | Spring (GJ) | 4,790 | 600 | 4,790 | 4,590 | 4,490 | ||
1/5 - 8/5 | Spring (GJ) | 4,790 | 600 | 4,790 | 4,590 | 4,490 | ||
6/5 - 13/5 | Spring (GJ) | 4,790 | 600 | 4,790 | 4,590 | 4,490 | ||
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/PAX |
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan pergi balik dengan Loong Air termasuk bagasi 23kg
- Penginapan 6 malam di hotel 4* bertaraf tourist class
- Tiket masuk ke tempat lawatan yang disenaraikan
- Makan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam seperti dalam itineri.
- 3x High Speed Train dari Xian - Xining / Zhangye - Lanzhou / Lanzhou - Xian
- Lawatan ke White Pagoda Hill dengan pengalaman menaiki kereta kabel pergi dan balik.
- Perkhidmatan Tour Leader dari Malaysia dan Tour Guide Tempatan
- Bas persendirian berhawa dingin dengan pemandu pelancong berpengalaman Tour Leader
- Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM89/seorang (Etiqa Takaful Insurance / Pelan Platinum) - 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj
- Aktiviti / lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis sekiranya bilangan pax dikurangkan, ketersediaan tiket penerbangan/kelas dan disebabkan turun naik mata wang.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1 : KUALA LUMPUR - XIAN
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) dan bersiap sedia untuk daftar masuk sebelum berlepas ke Xian.
Setibanya di sana, lawatan ke Tentera Terracotta & Kilang Replika. Seterusnya, solat di Masjid Dongxinjie. Kemudian, singgah melihat Pagoda Besar Angsa Liar (pemandangan luar).
Nikmati masa bersiar-siar di Grand Tang Dynasty Ever Bright City. Selepas makan malam, daftar masuk ke hotel untuk bermalam.
- HARI 2 : XIAN - XINING (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, kemudian bersiap untuk menaiki kereta api laju kelas kedua ke Xining.
Setibanya di sana, singgah melawat dan menunaikan solat di Masjid Dongguan. Selepas itu, nikmati masa bersiar-siar serta membeli-belah di Jalan Muslim. Akhir sekali, daftar masuk ke hotel untuk bermalam.
- HARI 3 : XINING - ZHANGYE (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Xining untuk menikmati pemandangan padang rumput Gunung Qilian sambil menjamu selera dengan hidangan hotpot untuk makan tengah hari.
Seterusnya, teruskan perjalanan ke Zhangye dan lawatan ke Zhangye Rainbow Mountain (Zhangye Danxia Geopark). Makan malam di restoran tempatan sebelum bermalam di Zhangye.
- HARI 4 : ZHANGYE - LANZHOU (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Zhangye Desert Park dan alami pengalaman menunggang unta di sana.
Seterusnya, menaiki kereta api laju ke Lanzhou (3 jam perjalanan). Setibanya di Lanzhou, lawatan ke Jambatan Besi Sungai Kuning diikuti dengan masa bersiar-siar di Pasar Malam Lanzhou.
Selepas makan malam, daftar masuk ke hotel dan bermalam di Lanzhou.
- HARI 5 : LANZHOU - LINXIA (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Linxia yang terkenal sebagai Little Mecca. Seterusnya, kunjungan ke Takungan Liujiaxia di Sungai Kuning.
Kemudian, singgah dan menunaikan solat di Masjid Laohuasi. Perjalanan diteruskan dengan melawat kawasan bersejarah Eight Lanes and Thirteen Alleys. Selepas menikmati makan malam, daftar masuk ke hotel untuk bermalam.
- HARI 6 : LINXIA - XIAN (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Lanzhou dan berpeluang menikmati mi daging lembu terkenal, Lanzhou Beef Noodles.
Seterusnya, lawatan ke White Pagoda Hill dengan pengalaman menaiki kereta kabel pergi dan balik. Kemudian, singgah serta menunaikan solat di Masjid Xiguan.
Selepas itu, menaiki kereta api laju ke Xian. Setibanya di Xian, makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk ke hotel untuk bermalam.
- HARI 7 : XIAN - KUALA LUMPUR (S/MT)
Selepas sarapan pagi, lawatan ke Tembok Kota Purba (Ancient City Wall). Seterusnya, masa untuk membeli-belah dan menikmati masa bebas di Pusat Perdagangan dan Komersial Barat Laut.
Kemudian, singgah serta menunaikan solat di Masjid Besar (Great Mosque). Lawatan diteruskan ke Muslim Quarter sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- HARI 8 : XIAN - KUALA LUMPUR
Tiba di KLIA dengan kenangan manis.
PENGINAPAN:
BANDAR | HOTEL | BILANGAN MALAM |
---|---|---|
Xian | Holiday Inn Express or similar | 2 |
Xining | Xining Mansion or similar | 1 |
Zhangye | Xinshengyue Hotel or similar | 1 |
Lanzhou | Holiday Inn Express or similar | 1 |
Linxia | Hezhou Hongrui International or similar | 1 |
Jadual perjalanan di atas untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT!
MAKLUMAT PENERBANGAN : LOONG AIR (GJ)
GJ 8722 KUL XIY 0255 0755
GJ 8721 XIY KUL 2035 0155 +1