CULTURAL GATEAWAY
Tour Code: W005
Casablanca – Marrakech – Rabat – Kenitra – Fez – Chefchaouen – Tangier – Granada – Cordoba – Seville – Elvas – Madrid
Pakej pelancongan ke Maghribi, Sepanyol dan Portugal menawarkan gabungan pengalaman yang kaya, menggabungkan budaya dan landskap Maghribi yang menakjubkan dengan gabungan kemodenan dan tradisi Sepanyol, serta daya tarikan bersejarah dan keindahan pemandangan Portugal. Perjalanan ini menyediakan penerokaan budaya dan sejarah Afrika Utara dan Iberia yang pelbagai dan mendalam.

- MAKLUMAT HARGA:
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN (MIN) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||||
2025 | |||||||||
19/10 - 31/10 | Autumn (QR) | 10,390 | 2,100 | 10,390 | 9,480 | 8,480 | 15 - 20 pax | ||
03/12 - 15/12 | Winter (QR) | 10,390 | 2,100 | 10,390 | 9,480 | 8,480 | |||
2026 | |||||||||
26/01 - 07/02 | Winter (QR) | 10,390 | 2,100 | 10,390 | 9,480 | 8,480 | 15 - 20 pax | ||
03/02 - 15/02 | Winter (QR) | 10,390 | 2,100 | 10,390 | 9,480 | 8,480 | |||
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/PAX |
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan (23kg/ person)
- Penginapan hotel 10 malam bertaraf 3*/4*
- (5 malam di Morocco, 2 malam di Portugal dan 3 malam di Spain)
- Sarapan pagi di hotel dan makan malam sahaja sepanjang lawatan mengikut aturcara. (Spain & Portugal pack dinner)
- Tiket masuk ke Alhambra and Cordoba Mosque
- Pengangkutan Feri: Tangier ke Tarifa (Sehala)
- 1 botol mineral water setiap hari disediakan di dalam bas (0.5 L)
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
- Tips guide & driver (Spain & Morocco)
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM174 seorang (Etiqa Takaful Insurance / Pelan Platinum – umur 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya bilangan pax dikurangkan dan disebabkan oleh turun naik mata wang.
- ATUCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR - CASABLANCA - MARRAKECH (MOB/MM)
Setibanya di Casablanca, anda akan dipindahkan untuk melawat Masjid Hassan II. Pada sebelah petang, perjalanan diteruskan ke Marrakesh untuk meneroka Medina yang penuh warna-warni, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO.
Seterusnya, lawatan diteruskan ke Jemaa el-Fnaa, dataran yang sibuk dan terkenal dengan pelbagai persembahan jalanan serta gerai makanan. Makan malam dan bermalam di Marrakesh.
- HARI 2: MARRAKECH (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan ke Bahia Palace, yang terkenal dengan seni bina Islam yang menakjubkan serta hiasan yang halus, diikuti dengan Masjid Koutoubia dan Taman Menara. Makan tengahari di restoran Halal.
Pada sebelah petang, anda akan diberi peluang untuk berjalan-jalan melalui souks (pasar-pasar) di Marrakesh bagi merasai kerajinan tempatan dan suasana yang penuh warna-warni, serta melawat Spicy Pharmacy. Makan malam dan bermalam di Marrakesh.
- HARI 3: MARRAKECH - RABAT - KENITRA (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Rabat (3 jam). Setibanya di Rabat, mulakan lawatan ke Oudaya, Istana Diraja (luar sahaja). Kemudian, tunaikan solat Zuhur di Masjid Rabat.
Seterusnya, teruskan perjalanan untuk melawat Makam Mohammed V, dan Menara Hassan. Bertolak ke Kenitra. Setibanya di Kenitra, daftar masuk hotel. Makan malam dan bermalam di Kenitra.
- HARI 4: KENITRA - FEZ (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Fez (2 jam 30 minit). Setibanya di Fez, mulakan lawatan ke Istana Diraja, Masjid Karawiyene, dan Penyamak Kulit Chouara.
Kemudian, tunaikan solat Zuhur di Medina Fez. Seterusnya, teruskan penerokaan di Medina Fez. Daftar masuk hotel dan makan malam. Bermalam di Fez.
- HARI 5: FEZ - CHEFCHAOUEN - TANGIER (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Chefchaouen (3 jam 30 minit). Setibanya di Chefchaouen, mulakan lawatan ke Masjid Sepanyol dan Dataran Outta Hammam.
Kemudian, tunaikan solat Zuhur di Chefchaouen. Seterusnya, teruskan perjalanan ke Tangier. Setibanya di Tangier, lawati Cap Spartel (bergantung kepada cuaca dan masa).
Teruskan untuk makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Tangier.
- HARI 6: TANGIER - TARIFA - GRANADA (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Hari ini, anda akan bertolak ke Tarifa menaiki feri merentasi Selat Gibraltar (1 jam). Setibanya di Tarifa, disambut mesra oleh pemandu pelancong di Sepanyol.
Seterusnya, meneruskan perjalanan ke Granada. Kita akan menunaikan solat Zuhur di Masjid Granada. Lawatan tambahan ke Kilang Outlet Malaga (bergantung kepada masa).
Teruskan untuk makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Granada. (Makan malam dibungkus)
- HARI 7: GRANADA - CORDOBA - ÉCIJA (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Hari ini, anda akan melawat Istana Alhambra dan Taman Generalife. Nikmati masa anda dan terokai keindahan warisan lama.
Seterusnya, teruskan perjalanan untuk melawat Masjid Cordoba, Jambatan Roman, dan Torre Calahorra. Bertolak ke Écija. Daftar masuk hotel dan makan malam. Bermalam di Écija. (Makan malam dibungkus)
- HARI 8: ÉCIJA - SEVILLE - ELVAS (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Seville (1 jam). Setibanya di Seville, lawati Parque Maria Luisa, Plaza de España, Giralda (luar sahaja), Torre del Oro, dan Royal Alcazar (bergambar sahaja).
Tunaikan solat Zuhur di Masjid Seville. Bertolak ke Elvas, Portugal. Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Elvas. (Makan malam dibungkus)
- HARI 9: ELVAS - LISBON - ELVAS (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan, bertolak ke Lisbon (2 jam 15 minit). Setibanya di Lisbon, mulakan lawatan ke Menara Belem, Tugu Penjelajahan, Praca do Comercio, dan Dataran Rossio. Kemudian, tunaikan solat Zuhur di Masjid Pusat Lisbon.
Seterusnya, teruskan perjalanan untuk membeli-belah di Freeport Outlet. Kembali semula ke Elvas untuk makan malam dan bermalam. (Makan malam dibungkus)
- HARI 10: ELVAS - TOLEDO - MADRID (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Toledo (3 jam). Setibanya di Toledo, mulakan lawatan ke Pintu Gerbang Bisagra, Masjid Bab al Mardum, dan Mirador del Valle (bergantung kepada masa). Kemudian, tunaikan solat Zuhur di Toledo.
Seterusnya, teruskan perjalanan ke Madrid. Setibanya di Madrid, nikmati lawatan panoramik: Sol, Plaza de España, dan Istana Diraja (berhenti bergambar).
Daftar masuk hotel untuk makan malam dan bermalam di Madrid. (Makan malam dibungkus)
- HARI 11: MADRID (SP/MOB)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Mulakan hari anda dengan lawatan ke Gran Via, Stadium Bernabeu (berhenti bergambar), Cibeles, dan Las Ventas Bullring. Tunaikan solat Zuhur. Seterusnya, teruskan lawatan ke Las Rozas Village untuk membeli-belah.
Bergerak ke lapangan terbang 4 jam sebelum waktu berlepas.
- HARI 12: MADRID - DOHA
Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha.
- HARI 13: DOHA - KUALA LUMPUR
Tiba di KLIA dan pulang dengan kenangan manis. Alhamdullilah.
PENGINAPAN:
BANDAR | HOTEL *or similar |
---|---|
Marrakech | Ayoub / Spa |
Kenitra | Relax Hotel |
Fez | Sofia Hotel |
Tangier | Med Hotel Tanger |
Granada | Hotel Alixares / Macia Condor |
Ecija | B&B Hotel Ecija |
Elvas | Hotel Estremoz |
Madrid | B&B Hotel Fuenlabrada |
PILIHAN LAWATAN:
- Horse Drawn Carriage Ride By Night Marrakech = 45 euro (1 - 4 person / per caliche)
- Horse Drawn Carriage Ride Seville = 90 euro (1 - 4 person / per caliche)
- Flamenco Granada = 35 euro
- Santiago Bernabeu Madrid = 35 euro
- Royal Palace Madrid = 26 euro
- Las Ventas Bullring = 30 euro
- Galleria Colecciones Reales = 26 euro
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT!
BUTIRAN PENERBANGAN:
QR853 KULDOH 1955 2240
QR4567 DOHCMN 0110 0730
QR152 MADDOH 2205 0635
QR4993 DOH KUL 0810 2040