HIGHLIGHTS OF UNITED KINGDOM

Tour Code: S002

Nikmati Keindahan Eropah – United Kingdom, Paris, Amsterdam, Brussels & Switzerland

Jelajah UK, Netherlands, Germany, Switzerland & France dalam masa 10 hari. Lawat tempat popular, bergambar di spot menarik, nikmati makanan tempatan dan rasa sendiri suasana berbeza setiap negara.

Sesuai untuk yang nak tengok “highlights” Eropah dalam masa singkat tapi berbaloi!

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2025
5/12 - 14/12 Winter (MH) 12,090 2,500 12,090 11,610 10,880 20 - 25 pax
2026
28/1 - 5/2 Winter (MH) 12,090 2,500 12,090 11,610 10,880 20 - 25 pax
4/2 - 13/2 Winter (MH) 12,090 2,500 12,090 11,610 10,880
DISKAUN UNTUK SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/ SEORANG

Berkumpul di KLIA untu.k menaiki penerbangan ke London.

Bermalam di London

•  Membeli-belah di Bicester Village yang menempatkan pelbagai butik dan kedai jenama-jenama terkenal di samping menikmati diskaun yang luar biasa.

Lawatan di London:
• Buckingham Palace: Istana rasmi pemerintah diraja England dan peserta berpeluang untuk melihat upacara pertukaran pengawal diraja dan berfoto di Victoria Memorial yang merupakan sebuah monumen air pancut di hadapan istana.

• Palace of Westminster: Bangunan Parlimen tempat persidangan ahli-ahli politik UK yang amat terkenal dengan menara jam ikonik Big Ben dan berhampiran dengannya iaitu ferris wheel gergasi London Eye.

• Westminster Abbey yang menjadi tempat pertabalan raja dan perkahwinan keluarga diraja.

• Trafalgar Square yang merupakan sebuah dataran terkenal sempena kemenangan British dalam Battle of Trafalgar pada tahun 1805 dan menempatkan Nelson’s Column iaitu sebuah menara dikelilingi 4 ekor singa.

• Tower of London yang kini merupakan istana menyimpan mahkota pemerintah United Kingdom dan Tower Bridge iaitu jambatan yang cukup terkenal sebagai ikon London.

• Downing Street yang menempatkan pejabat Perdana Menteri UK dan juga bangunan yang cukup unik iaitu City Hall yang terletak di The Queens Walk.

• Houses of Parliment berfungsi sebagai tempat pertemuan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Pertuanan. Bangunan Parliment terletak di tebing utara Sungai Themes di Bandar Westminster di tengah Kota London, England

• Masa terluang untuk berfoto di Marble Arch yang dibina pada tahun 1850 di Hyde Park dan membeli-belah di tengah kota London iaitu di Oxford Street yang menempatkan pelbagai gedung membeli-belah terkenal seperti Primark, Marks & Spencer dan Lilywhites.

• Membeli-belah di tengah kota London iaitu di Oxford Street di mana hampir 300 kedai pelbagai gedung membeli-belah terkenal seperti Primark, Marks & Spencer dan Lilywhites.

• Bermalam satu malam di atas kapal dari Harwich ke Hook of Holland yang memberikan pengalaman yang unik, di mana dapat menikmati suasana yang tenang sambil melintasi perairan menuju destinasi baru.

Khas Lawatan Bulan April:
• Melawat dan bergambar di Keunkenhof Garden juga dikenali sebagai Taman Eropah adalah salah satu taman bunga terbesat di dunia yang terletak di Netherland. Keluasan taman ini adalah seluas 32 Hektar dan dianggarkan terdapat 7 Juta jenis bunga yang ditanam di sini.

Lawatan di Amsterdam:

• Dibawa ke perkampungan tradisi orang Belanda di Zaanse Schans, di mana peserta berpeluang berfoto secara dekat dengan pelbagai jenis kincir angin tradisional yang terdapat di sini.

• Lihat sendiri pembuatan terompah kayu tradisional di Wooden Shoe Workshop dan cara pembuatan keju di Cheese Farm Catharina Hoeve.

• Melawat galeri pembuatan berlian Gassan Diamonds.

• Rasai pengalaman unik menaiki Canal Cruise menyusuri sepanjang terusan di kota ini sambil melihat bangunan-bangunan bersejarah di sekitar Amsterdam.

• Waktu bebas di Damrak Square yang menempatkan Royal Palace, National Monument, Amsterdam Central dan membeli-belah di kawasan tumpuan orang tempatan iaitu Kalverstraat.
Bermalam di Amsterdam.

Lawatan di Cologne:
• Cologne Central Mosque masjid gaya seni bina Neo-Uthmaniyyah dengan dinding kaca, dua menara dan kubah.

Lawatan di Frankfurt:
• Romerberg, satu dataran yang dikelilingi dengan pelbagai binaan bersejarah seperti Fountain of Justice di mana pesalah zaman dahulu dibicarakan, jambatan replika Bridge of Sigh dan juga The Romer iaitu teres 7 bangunan unik termasuk City Hall yang dibina pada hujung abad ke 13.

Bermalam di Frankfurt.

Lawatan di Titisee:
• Alami pengalaman bersantai melihar keindahan alam di Tasik Titisee, sebuah bandar tasik yang menawan di bahagian selatan Black Forest.
• Melawat ke The Rhine Falls yang merupakan air terjun terbesar di Eropah. Berkedudukan berhampiran dengan Schaffhausen.

Bermalam di Zurich.

Lawatan di Lucerne:
• Chapel Bridge: Jambatan kayu yang dibina pada tahun 1333 asalnya sebagai sebahagian dari tembok pertahanan kota ini.

• Lion Monument: Ukiran tugu batu singa dan perisai melambangkan kegagahan, keberanian dan kesetiaan Swiss Army ketika zaman French Revolution.

• Membeli-belah di butik jam terkenal iaitu Bucherer dan barangan cenderamata di Casa Grande

Lawatan di Engelberg:
• Menaiki kereta kabel ke salah satu puncak pergunungan Alps iaitu Mount Titlis.

• Peserta bebas untuk berfoto, bermain salji, menerokai Glacier Cave atau menaiki jambatan gantung tertinggi di Eropah iaitu Cliff Walk.

Bermalam di Interlaken/Bern.

Lawatan di Bern:
• Melawat ke Old Town of Bern dan mengunjungi Zytylogge (Clock Tower) yang merupakan salah satu mercu tanda bandar Bern yang telah wujud sejak kurun ke 16.

• Jambatan Nydeggbrucke yang menghubungkan Old Town dengan New Town merentasi Sungai Aare.

• Waktu bebas di sekitar Munsterplatz, satu dataran di tengah kota Bern untuk untuk membeli belah pelbagai cenderahati kenang-kenangan dari Bandar Bern.

• Berhenti untuk makan dan solat di Kota Dijon.

Bermalam di Paris.

Lawatan di Paris:
• Galeries Lafayette rangkaian pusat membeli-belah Perancis yang mewah dan terbesar di Eropah. Galeri utamanya di Boulevard Haussmann, Paris tetapi kini beroperasi di beberapa lokasi lain. Pengunjung dapat membeli belah dan menghayati seni bina bangunan yang sangat menarik.

• Bersiar menaiki bas melepasi Louvre Museum di mana potret Monalisa dipamerkan, Les Invalides yang pernah menjadi hospital tentera satu ketika dahulu dan Palais Garnier yang merupakan sebuah teater opera yang boleh memuatkan hampir 2,000 orang.

• Bergambar di Arc de Triomphe yang cukup terkenal sebagai tanda penghormatan kepada wira Perancis ketika French Revolution dan Peperangan Napoleon.

• Eiffel Tower: Menara ikonik kota Paris yang dibina sempena World’s Fair lebih 130 tahun dahulu.

• Bersolat di Grand Mosque Paris yang dibina pada tahun 1926 dengan menaranya setinggi 33m dan terletak berhampiran Notre-Dame Cathedral yang merupakan salah satu binaan Gothic yang unik.

Bermalam di Paris.

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di Kuala Lumpur

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL BILANGAN MALAM
London Holidays Inn Express/ Heathrow Airport T4 1
Harwich On Board Cruise 1
Amsterdam Ibis Amsterdam Airport 1
Langen ACHAT Hotel Frankfurt Airport 1
Zurich Dorint Airport - Hotel Zurich 1
Bern Hotel City Am Bahnhof 1
Paris Appart’ City Confort Le Bourget 2

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

 

BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)

MH04  KUL  LHR  0950  1635
MH21  CDG KUL  1125  0650 +1

DEPOSIT

RM3,000 / SEORANG