Jelajah Kota Bersejarah & Alam Semula Jadi

Tour Code: W002

Changsha • Fenghuang • Furong • Zhangjiajie

Bayangkan berdiri di depan barisan gunung yang unik dan berkabus, seolah-olah terapung di udara. Inilah Zhangjiajie – lokasi asal inspirasi filem Avatar. Udara segar, pemandangan luar biasa, dan pengalaman berjalan di jambatan kaca paling tinggi di dunia pasti buat anda rasa lain daripada biasa.

Perjalanan diteruskan ke Fenghuang, sebuah bandar purba yang tenang di tepi sungai, penuh suasana klasik dan budaya tradisional. Dari alam semula jadi yang memukau ke jejak sejarah yang damai — ini adalah gabungan destinasi yang cukup sempurna untuk anda rehat, jelajah dan ambil angin baru.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2025
2/11 - 8/11 Autumn 3,990 600 3,990 3,990 3,690 15 - 20 pax
25/11 - 1/12 Autumn (CZ) 3,990 600 3,990 3,990 3,690
3/12 - 9/12 Winter 3,990 600 3,990 3,990 3,690
12/12 - 18/12 Winter 3,990 600 3,990 3,990 3,690
2026
8/1 - 14/1 Winter 3,990 600 3,990 3,990 3,690 15 - 20 pax
20/1 - 26/1 Winter 3,990 600 3,990 3,990 3,690
5/2 - 11/2 Winter 3,990 600 3,990 3,990 3,690
27/3 - 2/4 Spring 3,990 600 3,990 3,990 3,690
8/4 - 14/4 Spring 3,990 600 3,990 3,990 3,690
21/4 - 27/4 Spring 3,990 600 3,990 3,990 3,690
5/5 - 11/5 Spring 3,990 600 3,990 3,990 3,690
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/PAX

Berkumpul di lapangan terbang untuk daftar masuk dan bersedia menaiki penerbangan ke Changsha.

Tiba di Changsha dan berehat sebentar di hotel. Selepas sarapan, perjalanan diteruskan dengan kereta api laju selama kira-kira 2.5 jam ke bandar Fenghuang – sebuah kawasan bersejarah yang didiami etnik Tujia dan Miao. Rumah-rumah kayu bertiang di sepanjang tebing sungai menjadikan pemandangan kampung ini sangat menarik.

Selepas makan tengah hari, aktiviti diteruskan dengan lawatan ke bandar lama Fenghuang. Naik ke Jambatan Pelangi untuk melihat kawasan sekitar dari sudut tinggi.

Apabila hari mula gelap, anda akan menaiki bot menyusuri Sungai Tuojiang, melalui tembok bandar lama, Jumping Rock Bridge dan Jambatan Pelangi yang terkenal.

Selepas sarapan, bergerak ke Furong Town – kampung etnik Tujia yang berusia lebih 2,000 tahun. Tarikan utama di sini ialah air terjun dua tingkat yang mengalir melalui kawasan kampung ke Sungai Youshui. Pengunjung juga berpeluang berjalan di belakang aliran air terjun untuk merasai suasana semula jadi dari sudut yang berbeza.
Kemudian nikmati pelayaran ringkas di Sungai Youshui sebelum meneruskan perjalanan ke Zhangjiajie.

Sebelah malam, lawatan diteruskan ke 72 Tujia Stilted Buildings – bangunan tradisional bertingkat yang dihidupkan dengan cahaya, aktiviti budaya dan persembahan rakyat.

Nota: Makan tengah hari dibekalkan kerana tiada restoran halal di kawasan ini

Hari ini bermula dengan menaiki kereta kabel terpanjang di dunia ke puncak Gunung Tianmen. Dari atas, anda akan melihat pemandangan kawasan pergunungan yang luas.
Laluan tebing yang tinggi lebih 1,400 meter termasuk laluan kaca Sky Walk turut dilalui – sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran.

Turun ke pintu gunung Tianmen menggunakan eskalator bawah tanah, kemudian menaiki semula kereta kabel dan turun melalui Jalan 99 Seleko yang berpusing.

Akhir hari dilengkapkan dengan pelayaran di Tasik Baofeng, sebelum pulang ke hotel selepas lawatan ke kilang herba.

Selepas sarapan, naik kereta kabel ke Gunung Tianzi. Laluan pejalan kaki di sini membawa anda melintasi kawasan batu unik seperti Fairy Bouquet dan Royal Pen.

Perjalanan diteruskan ke kawasan Yuanjiajie yang terkenal dengan gunung-gunung menjulang tinggi yang menjadi inspirasi filem “Avatar.” Turun menggunakan Bailong Elevator – lif terbuka tertinggi di dunia.

Seterusnya menaiki kereta api mini melalui Ten Mile Gallery, dan berjalan santai di tepi sungai jernih Golden Whip Stream. Sebelum balik ke hotel, singgah di kedai jed tempatan.

Nota: Makan tengah hari dibekalkan kerana tiada restoran halal di kawasan ini.

Lawatan pagi dimulakan di Zhangjiajie Grand Canyon. Anda akan melintasi Jambatan Kaca setinggi 300 meter dan sepanjang 430 meter – struktur yang memegang rekod sebagai jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di dunia.

Selepas itu, bergerak ke Changsha (4.5 jam) dengan singgah sebentar di Masjid Changde untuk solat.

Disebelah petang nikmati masa santai membeli-belah di kawasan pejalan kaki Huangxing.

Akhirnya, anda akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan malam ke Kuala Lumpur.

Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis. Alhamdulillah…

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL BILANGAN MALAM
Changde Tang’s Hotel or similar 1
Fenghuang
Xingcheng Hotel or similar 1
Phoenix International Hotel Duzeng Hotel or similar 3

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

 

BUTIRAN PENERBANGAN: CHINA SOUTHERN AIRLINES (CZ)

CZ 5050  KUL CSX  0310 0755
CZ 5049  CSX KUL  2110 0210

BUTIRAN PENERBANGAN: BATIK AIRLINES (OD)

OD642   KULCSX   1920 0010
OD643   CSXKUL   0120 0610

DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG