Kembara Ancient Mini Silk Road China

Tour Code: W002

XIAN – XINING  – ZHANGYE –  LANZHOU – LINXIA

Nikmati keindahan Laluan Sutera Kuno dari Xian hingga Linxia! Saksikan Tentera Terracotta, pemandangan menakjubkan Rainbow Mountain, menunggang unta di gurun Zhangye, serta jelajahi masjid bersejarah dan pasar malam Lanzhou. Pakej lengkap dengan hotel 4⭐, kereta api laju & sajian halal!

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2025
10/12 - 17/2 Winter (GJ) 4,790 600 4,790 4,590 4,490 15 pax
26/12 - 2/1 Winter (GJ) 4,790 600 4,790 4,590 4,490
2026
4/1 - 11/1 Winter (GJ) 4,790 600 4,790 4,590 4,490 15 pax
21/1 - 28/1 Winter (GJ) 4,790 600 4,790 4,590 4,490
4/2 - 11/2 Spring (GJ) 4,790 600 4,790 4,590 4,490
25/3 - 1/4 Spring (GJ) 4,790 600 4,790 4,590 4,490
15/4 - 22/4 Spring (GJ) 4,790 600 4,790 4,590 4,490
1/5 - 8/5 Spring (GJ) 4,790 600 4,790 4,590 4,490
6/5 - 13/5 Spring (GJ) 4,790 600 4,790 4,590 4,490
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/PAX

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) dan bersiap sedia untuk daftar masuk sebelum berlepas ke Xian.

Setibanya di sana, lawatan ke Tentera Terracotta & Kilang Replika. Seterusnya, solat di Masjid Dongxinjie. Kemudian, singgah melihat Pagoda Besar Angsa Liar (pemandangan luar).

Nikmati masa bersiar-siar di Grand Tang Dynasty Ever Bright City. Selepas makan malam, daftar masuk ke hotel untuk bermalam.

Sarapan pagi di hotel, kemudian bersiap untuk menaiki kereta api laju kelas kedua ke Xining.

Setibanya di sana, singgah melawat dan menunaikan solat di Masjid Dongguan. Selepas itu, nikmati masa bersiar-siar serta membeli-belah di Jalan Muslim. Akhir sekali, daftar masuk ke hotel untuk bermalam.

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Xining untuk menikmati pemandangan padang rumput Gunung Qilian sambil menjamu selera dengan hidangan hotpot untuk makan tengah hari.

Seterusnya, teruskan perjalanan ke Zhangye dan lawatan ke Zhangye Rainbow Mountain (Zhangye Danxia Geopark). Makan malam di restoran tempatan sebelum bermalam di Zhangye.

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Zhangye Desert Park dan alami pengalaman menunggang unta di sana.

Seterusnya, menaiki kereta api laju ke Lanzhou (3 jam perjalanan). Setibanya di Lanzhou, lawatan ke Jambatan Besi Sungai Kuning diikuti dengan masa bersiar-siar di Pasar Malam Lanzhou.

Selepas makan malam, daftar masuk ke hotel dan bermalam di Lanzhou.

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Linxia yang terkenal sebagai Little Mecca. Seterusnya, kunjungan ke Takungan Liujiaxia di Sungai Kuning.

Kemudian, singgah dan menunaikan solat di Masjid Laohuasi. Perjalanan diteruskan dengan melawat kawasan bersejarah Eight Lanes and Thirteen Alleys. Selepas menikmati makan malam, daftar masuk ke hotel untuk bermalam.

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Lanzhou dan berpeluang menikmati mi daging lembu terkenal, Lanzhou Beef Noodles.

Seterusnya, lawatan ke White Pagoda Hill dengan pengalaman menaiki kereta kabel pergi dan balik. Kemudian, singgah serta menunaikan solat di Masjid Xiguan.

Selepas itu, menaiki kereta api laju ke Xian. Setibanya di Xian, makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk ke hotel untuk bermalam.

Selepas sarapan pagi, lawatan ke Tembok Kota Purba (Ancient City Wall). Seterusnya, masa untuk membeli-belah dan menikmati masa bebas di Pusat Perdagangan dan Komersial Barat Laut.

Kemudian, singgah serta menunaikan solat di Masjid Besar (Great Mosque). Lawatan diteruskan ke Muslim Quarter sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di KLIA dengan kenangan manis.

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL BILANGAN MALAM
Xian Holiday Inn Express or similar 2
Xining Xining Mansion or similar 1
Zhangye Xinshengyue Hotel or similar 1
Lanzhou Holiday Inn Express or similar 1
Linxia Hezhou Hongrui International or similar 1

Jadual perjalanan di atas untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

MAKLUMAT PENERBANGAN : LOONG AIR (GJ)

GJ 8722   KUL  XIY   0255   0755

GJ 8721   XIY   KUL   2035   0155 +1

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / PER PERSON